Suamiku Mat Piun ialah sebuah siri drama televisyen komedi Malaysia 2018 dibintangi oleh Along Cham dan Sharifah Sakinah. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 10 April 2018 dari 14 Mei 2018 menggantikan Budak Boys.[2][3][4][5]

Fakta Segera Suamiku Mat Piun, Genre ...
Suamiku Mat Piun
Genre
Ditulis olehPouvin
Tommy Loh
PengarahAmor Rizan[1]
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod19
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
PenerbitDatuk Rosyam Nor Shamsuddin
Datin Runika Mohd Yusof
Tempoh siaran21–22 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal10 April 2018 (TV3)
21 Julai 2021 (TV9) – 14 Mei 2018 (TV3)
9 Ogos 2021 (TV9)
Kronologi
MengikutiBudak Boys
Diikuti olehDoa Ku Mohon
Tutup

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[6]

Sinopsis

Mengisahkan Poji (Along Cham) merupakan seorang Mat Despatch atau Mat Piun dan mempunyai dua orang anak, Firash dan Khayla. Nama sebenar anak-anaknya memang susah disebut disebabkan isteri Poji, Nieza (Sharifah Sakinah) yang amat taksub dengan novel dan juga peminat drama. Kerana itu juga, Poji berkenalan dengan Nieza yang pada ketika itu sibuk membaca novel di tengah jalan dan menyebabkan Poji kemalangan. Nieza seringkali berkelakuan agak dramatik di depan anak dan suaminya kerana terbawa-bawa dengan karakter-karakter novel dan drama yang ditontonnya.

Almari rumah Poji dipenuhi dengan novel-novel Nieza. Dia mahu membuang novel-novel itu tapi takut dimarahi isterinya. Satu hari, Poji mencuri baca novel milik Nieza dan tanpa disangka, Poji pula obses untuk terus membacanya sampai ke tempat kerja pun Poji akan membacanya. Poji sentiasa terfikir bilalah agaknya nasibnya akan berubah. Bermacam kerja sambilan telah dilakukan untuk menampung keluarga mereka. Sehinggalah suatu hari, Nieza memberikan sebuah kertas iklan ‘Ujibakat mencari pelakon kanak-kanak’ kepada Poji.

Nieza merasakan ujibakat tersebut mungkin dapat mengubah nasib mereka. Kalau menjadi dapatlah mereka menumpang rezeki Khayla. Pada hari ujibakat tersebut, bermacam-macam hal telah berlaku untuk mereka sampai ke lokasi tersebut.

Lebih malang lagi, ujibakat telah tamat sebaik sahaja mereka tiba. Poji risau kerana Nieza pasti naik angin jika dia mengetahui mereka tidak sempat menghadiri ujibakat itu. Lalu dia berpakat dengan Khayla untuk memberitahu Nieza bahawa Khayla sudah menghadiri ujibakat itu. Dalam masa yang sama, Poji terdengar mereka turut mencari hero baru dan berbakat untuk sebuah drama adaptasi novel. Poji yang perasan kacak telah menawarkan diri. Azman, penerbit syarikat produksi itu meminta Poji menunjukkan bakat lakonannya.

Tidak disangka, Azman tertarik dengan bakat Poji dan ingin memberi peluang kepadanya. Poji sangat gembira, kerana dirinya pula yang bakal menjadi seorang pelakon. Nieza gembira dengan berita itu tetapi dalam masa yang sama timbul pula rasa cemburu memikirkan Poji akan digilai ramai wanita. Adakah Nieza akan bersikap lebih dramatik lagi apabila Poji bergelar pelakon popular?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

  • Mark Adam sebagai Ashraf
  • Mimi Lana sebagai Atikah
  • Idzham Ismail sebagai Ayim
  • Rania Humaira sebagai Kayla
  • Qhaisy Hazali sebagai Firash
  • Syafi Danish sebagai Bulat
  • Shahriza Mahmud sebagai Mekyam
  • Tryssa sebagai Anita
  • Nurinmisha sebagai Ibu Nieza
  • Qasehku Effa Al Habshee sebagai Laila
  • Emma Latah sebagai Ibu Poji
  • Anuar Hamid Aziz sebagai Ayah Poji
  • Kamal Ibrahim sebagai Ayah Nieza
  • Bella Alyas sebagai Fifi

Runut bunyi

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018[1] Drama Komedi Terbaik Tercalon
Tutup

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.