pilihan raya ke-15 untuk Dewan Rakyat Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Pilihan raya umum Malaysia 2022, secara rasmi pilihan raya umum Malaysia ke-15, diadakan pada 19 November 2022 untuk memilih anggota Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia ke-15. Semua 222 kerusi akan dipilih untuk pilihan raya ini: 221 kerusi pada 19 November dan satu kerusi pada 7 Disember.[3][nb 16]
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
222 kerusi dalam Dewan Rakyat Malaysia 112 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Terdaftar | 21,173,638 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengundi hadir | 15,517,490 (74.71%) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya ini turut diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Pahang, Perak dan Perlis; serta pilihan raya kecil Bugaya.
Antara 2020 dan 2022, ketampakan penganjuran pilihan raya persekutuan awal kekal tinggi disebabkan oleh kemelut politik kerajaan negara. Ketidakstabilan politik terbit daripada para ahli parlimen bertukar parti atau gabungan, dan digabungkan dengan pandemik COVID-19, telah menyumbang kepada peletakan jawatan dua perdana menteri dan kejatuhan setiap kerajaan gabungan masing-masing sejak pilihan raya sebelumnya pada 2018.[4]
Dewan Rakyat ke-14 dijangka tamat pada 16 Julai 2023, lima tahun selepas mesyuarat pertama sesi pertama Parlimen Malaysia ke-14 pada 16 Julai 2018.[4] Bagaimanapun, atas permintaan penyandang Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bertindak membubarkan Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2022, dan kemudiannya diumumkan oleh Perdana Menteri pada hari itu. Mengikut perlembagaan, pilihan raya perlu diadakan dalam 60 hari, dengan 9 Disember 2022 sebagai hari pengundian terakhir yang mungkin.[5]
Secara tradisinya, pilihan raya umum untuk semua dewan undangan negeri (DUN) kecuali Sarawak juga diadakan serentak sebagai langkah penjimatan kos. Walau bagaimanapun, negeri-negeri boleh membubarkan badan perundangan mereka sendiri secara bebas daripada Parlimen, dan beberapa negeri (Sabah, Melaka dan Johor) melakukan pilihan raya awal akibat daripada kemelut politik seperti di atas, mengganggu kitaran pilihan raya biasa mereka. Negeri-negeri ini, dan Sarawak, telah menyatakan bahawa mereka tidak akan mengadakan pilihan raya secara serentak. Tambahan pula, beberapa negeri lain, terutamanya yang berada di bawah kerajaan Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional, telah menyatakan bahawa mereka lebih suka untuk melengkapkan tempoh penuh.[6]
Pakatan Harapan (PH) memperoleh kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, sementara Perikatan Nasional (PN) tidak jauh ketinggalan dengan penguasaan kuat di kawasan utara negara, terutamanya dengan dominasi penuh di Perlis, Kelantan dan Terengganu.[7] Barisan Nasional dengan 30 kerusi, memperoleh kekalahan terburuk dalam sejarah parti. Sementara itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula memperoleh dominasi ketara di Sarawak. Walau bagaimanapun, dengan keputusan rasmi (kebanyakan) kerusi Dewan Rakyat pada 20 November 2022, seperti jangkaan popular,[8] tiada gabungan parti yang membentuk majoriti, mencetuskan situasi parlimen tergantung pertama dalam sejarah Malaysia, dan usaha pembentukan kerajaan campuran dijalankan.[9] Akhirnya, ketua PH Anwar Ibrahim dilantik dan diangkat sumpah sebagai Perdana Menteri negara ke-10 pada 24 November, dengan sokongan sampingan daripada BN, GPS, GRS,[10] Warisan, PBM dan calon bebas.[11]
Pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2018 menyaksikan perubahan kerajaan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sejak pilihan raya pertama kali diadakan pada tahun 1955. Pakatan Harapan, yang dahulunya merupakan pakatan kiri tengah antara empat parti, memenangi 113 kerusi di Dewan Rakyat (majoriti dua kerusi) berbanding Barisan Nasional, satu gabungan haluan kanan, yang hanya memenangi 79 kerusi. Pakatan Harapan menerajui kerajaan di peringkat persekutuan dengan sokongan dari Parti Warisan Sabah. Pilihan raya negeri serentak juga menyaksikan Pakatan Harapan memperoleh majoriti buat pertama kalinya di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Parlimen tergantung terjadi di Kedah, Perak dan Sabah. Namun, perubahan keanggotaan parti ahli dewan undangan negeri selepas pilihan raya membolehkan Pakatan Harapan (atau Parti Warisan Sabah di Sabah) juga menjadi kerajaan di negeri-negeri ini.
Pada bulan Julai 2019, Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019, yang mengandungi peruntukan untuk menurunkan umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun dan membenarkan pendaftaran pengundi secara automatik, telah digubal oleh Parlimen.[12] Namun, peruntukan itu belum berkuat kuasa dan sedang menunggu proklamasi oleh Yang di-Pertuan Agong. Pada bulan Jun 2020, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa persiapan untuk perubahan-perubahan ini akan selesai menjelang bulan Julai 2021.[13]
Keabsahan persempadanan semula kawasan pilihan raya untuk seluruh negara pada tahun 2018 adalah pada tahun 2019 yang dikaji semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya,[14] yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Persempadanan semula telah diluluskan dua bulan sebelum pilihan raya terdahulu, yang menyaksikan pengagihan tidak sekata yang sangat besar antara kawasan-kawasan pilihan raya. Sebagai contoh, di Selangor, Sabak Bernam mempunyai kira-kira 40,000 pengundi tetapi Bangi mempunyai 180,000 pengundi. Namun, sebarang pengagihan semula awal memerlukan pindaan perlembagaan, yang memerlukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.[15] Status kajian semula itu pada masa ini tidak diketahui kerana perubahan dalam kerajaan semasa kemelut politik yang akan dijelaskan di bawah.
Pandemik COVID-19 di Malaysia muncul sebagai krisis kesihatan utama dari awal 2020. Ia memberi kesan yang besar terhadap ekonomi dan masyarakat.[16]
Pada akhir bulan Februari 2020, Perdana Menteri Ke - 7, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengundurkan diri sebagai perdana menteri, menyebabkan kekosongan kuasa di cabang eksekutif. Sebilangan besar daripada 32 ahli parlimen PPBM menarik diri dari kerajaan gabungan pimpinan PH, menyebabkannya kehilangan majoriti di Dewan Rakyat, dan telah bekerjasama dengan BN.[17] Pada 1 Mac, Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai Perdana Menteri Ke - 8, dan satu kerajaan minoriti PPBM dan pimpinan BN telah dibentuk. Pada 20 Ogos, Ismail Sabri Yaakob telah dilantik sebagai Perdana Menteri, selepas peletakan jawatan Muhyiddin Yassin.[18]
Pilihan raya di Malaysia dijalankan di peringkat persekutuan dan negeri. Pilihan raya persekutuan bertujuan untuk memilih ahli Dewan Rakyat, dewan rendah Parlimen, manakala pilihan raya negeri di setiap 13 negeri bertujuan memilih ahli Dewan Undangan Negeri masing-masing. Memandangkan kerajaan Malaysia mengamalkan sistem Westminster, ketua kerajaan (Perdana Menteri di peringkat persekutuan dan Menteri Besar atau Ketua Menteri di peringkat negeri) ialah individu yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dalam badan perundangan masing-masing dan ini kebiasaannya pemimpin parti atau gabungan dengan majoriti kerusi di badan perundangan.
Dewan Rakyat terdiri daripada 222 ahli, yang dikenali sebagai Ahli Parlimen. Mereka dipilih untuk penggal lima tahun. Setiap Ahli Parlimen dipilih dari satu kawasan dengan menggunakan sistem pengundian pemenang undi terbanyak. Sekiranya satu parti memperoleh majoriti kerusi, maka parti itu berhak membentuk kerajaan-, dengan pemimpinnya menjadi Perdana Menteri. Sekiranya parlimen tergantung, di mana tidak ada satu pun parti yang memperoleh majoriti kerusi, kerajaan masih dapat terbentuk melalui gabungan atau perjanjian keyakinan dan pembekalan dengan parti-parti lain. Dalam praktiknya, gabungan dan pakatan di Malaysia umumnya berlaku antara pilihan raya, dan ahli-ahli parti biasanya tidak bertanding untuk kerusi yang sama.
Umur kelayakan mengundi terkini adalah 21 walaupun umur 18 dianggap orang dewasa di Malaysia. Malaysia pada masa ini tidak mewajibkan pengundian dan pendaftaran pengundi automatik. Walaupun Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang memperuntukkan usia pengundian diturunkan kepada 18 dan untuk pendaftaran pengundi secara automatik digubal pada bulan Julai 2019, peruntukan itu belum berkuat kuasa dan sedang menunggu proklamasi oleh Yang di-Pertuan Agong. Suruhanjaya Pilihan Raya, badan yang bertanggungjawab menjalankan pilihan raya persekutuan dan negeri, berkata persiapan untuk perubahan-perubahan ini akan selesai menjelang Julai 2021. Suruhanjaya Pilihan Raya berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.
Dewan Undangan Negeri | Mula penggal | Tamat penggal | Tarikh wajib pilihan raya
(sebelum/pada) |
Status Pembubaran Dewan Undangan Negeri |
---|---|---|---|---|
Kedah | 17 Julai 2018 | 4 Julai 2023 | Kerajaan negeri tidak berniat membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing.[nb 17][nb 18][19] | |
Kelantan | 23 Julai 2018 | 28 Jun 2023 | Mac 2023 | |
Terengganu | 2 Julai 2018 | 1 Julai 2023 | ||
Negeri Sembilan | 2 Julai 2018 | 2 Julai 2023 | ||
Selangor | 3 September 2018 | 26 Jun 2023 | ||
Pulau Pinang | 25 September 2018 | 2 Ogos 2023 | ||
Perlis | 25 Julai 2018 | 20 Julai 2023 | 14 Oktober 2022 | Menteri Besar Perlis, Azlan Man mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perlis pada 14 Oktober 2022 setelah mendapat kebenaran daripada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.[20] |
Pahang | 2 Julai 2018 | 14 Oktober 2022 | Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail telah menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan mendapat perkenan baginda bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14.[21] | |
Perak | 6 Ogos 2018 | 17 Oktober 2022 | Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 dibubarkan berkuatkuasa 17 Oktober 2022 setelah Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad melalui sidang akhbar di Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak ke 14.[20] | |
Melaka | 27 Disember 2021 | 27 December 2026 | Belum mencapai tempoh matang.[nb 19][nb 20][nb 21][nb 22] | |
Johor | 12 Ogos 2022 | 21 April 2027 | ||
Sabah | 12 November 2020 | 9 Oktober 2025 | ||
Sarawak | 12 Febuari 2022 | 14 Febuari 2027 |
Tarikh | Kejadian |
---|---|
10 Oktober 2022 | Pembubaran Parlimen Malaysia |
20 Oktober 2022 | Pengumuman hari mengundi dan tarikh penting lain |
20 Oktober 2022 | Pengeluaran writ pilihan raya |
5 November 2022 | Hari pencalonan |
5 November 2022 – 18 November 2022 | Tempoh berkempen |
15 November 2022 | Hari pengundian awal |
19 November 2022 | Hari mengundi |
Slogan-slogan utama yang diutarakan gabungan-gabungan parti adalah seperti di bawah:
Ahli politik pembangkang, penganalisis politik dan ulasan dalam talian telah mengkritik keputusan untuk mengadakan pilihan raya pada penghujung 2022 dan bukannya awal 2023 kerana bertembung dengan musim monsun akhir tahun.[28][29][30] Dengan Malaysia masih pulih daripada banjir serius pada tahun sebelumnya, ahli politik pembangkang menuduh kerajaan yang memerintah tidak bertimbang rasa terhadap para mangsa. Pihak parti pembangkang juga menuduh pemasaan ini sebagai cubaan disengajakan untuk mengekang peratusan undian tinggi yang berpotensi menguntungkan parti pembangkang.[31][32] Sebagai tindak balas, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, yang menyatakan bahawa pilihan raya akan diteruskan walaupun terdapat kebimbangan banjir di seluruh negara,[29] dengan menuduh parti pembangkang sebagai "pengecut" dan "ingin mereka membeli masa" untuk mendapatkan sokongan tambahan, sambil menambah bahawa kenyataannya telah diambil di luar konteks.[33][34]
Keputusan pembubaran awal parlimen juga dilihat oleh beberapa ahli politik pembangkang lain sebagai usaha untuk menghalang lebih ramai ahli politik BN pemerintah daripada terkena dakwaan korupsi, atau usaha dalam pengampunan ahli politik yang dipenjarakan seperti bekas perdana menteri Najib Razak yang telah didapati bersalah atas peranannya dalam skandal 1MDB.[35] Dalam ucapan Zahid Hamidi dalam mesyuarat agung komponen BN, Kongres India Malaysia, Zahid memberi amaran bahawa lebih ramai ahli politik BN akan dipenjara sekiranya BN kalah dalam pilihan raya.[36][37] Ismail Sabri Yaakob juga didakwa tunduk terhadap tekanan rakan sejawat UMNO untuk membubarkan parlimen, tetapi dinafikannya.[38]
Akibatnya, pertembungan PRU dengan musim tengkujuh ialah faktor utama keengganan kerajaan negeri milik pembangkang untuk membubarkan ADUN masing-masing, dengan hujah untuk menumpukan perhatian kepada nasib rakyat dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir akhir tahun lazim.[39] Sementara itu, sebilangan pihak seperti Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah lebih menerima keputusan perlaksanaan pilihan raya secara awal, dan melihatnya sebagai penawar perlu kepada ketidakstabilan politik semasa negara.[40]
PRU15 adalah pilihan raya umum pertama Malaysia di mana umur minimum mengundi ialah 18 tahun berbanding 21 tahun sebelum ini. Kira-kira 6 juta pengundi baharu, sama ada muda atau sebelum ini tidak berdaftar, dijangka menyertai pilihan raya.[41] Kumpulan umur 18-20 tahun mewakili 1.39 juta pengundi kali pertama, dan pengundi berumur 18-39 tahun menyumbang kira-kira separuh daripada 21 juta pengundi berdaftar Malaysia.[42]
Nama | Ideologi | Pemimpin | Kerusi Dewan Rakyat ke-14 |
Keputusan 2022 | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Undian (%) | Kerusi | |||||||
BN | Barisan Nasional | Konservatisme kebangsaan | Zahid Hamidi | 35.5% | 79 / 222 |
30 / 222 | ||
PH | Pakatan Harapan | Demokrasi sosial | Anwar Ibrahim | 50.9% | 113 / 222 |
81 / 222 | ||
PN | Perikatan Nasional | Nasionalisme ekonomi | Muhyiddin Yassin | Gabungan Baharu | 39 / 222 |
74 / 222 | ||
GTA | Gerakan Tanah Air | Sayap kanan | Mahathir Mohamad | Gabungan Baharu | 0 / 222 |
0 / 222 | ||
GPS | Gabungan Parti Sarawak | Nasionalisme Sarawak Hak bumiputera negeri |
Abang Johari Tun Openg | Gabungan Baharu | 19 / 222 |
23 / 222 | ||
GRS | Gabungan Rakyat Sabah | Nasionalisme Sabah Hak bumiputera negeri |
Hajiji Noor | Gabungan Baharu | 2 / 222 |
6 / 222 | ||
WARISAN | Parti Warisan | Regionalisme | Mohd Shafie Apdal | Parti Baharu | 8 / 222 |
3 / 222 | ||
TBA | TBA | TBA | TBA | 0.19% | 0 / 222 |
0 / 222 | ||
Bebas | – | – | – | 0 / 709 |
2 / 709 |
Senarai Ahli Parlimen ke-14 berikut tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang(belum dikemas kini)
No. | Kawasan Parlimen | Ahli Yang Berhormat | Parti | Tarikh disahkan | Pertama kali dipilih | Sebab |
---|---|---|---|---|---|---|
P139 | Jasin | Ahmad Hamzah | BN (UMNO) | 20 Disember 2020 | 2008 | Tidak mahu pemilihan semula |
P061 | Padang Rengas | Mohamed Nazri Abdul Aziz | 28 Ogos 2021 | 1995 | ||
P085 | Pekan | Najib Razak | 23 Ogos 2022 | 1976 | ||
P073 | Pasir Salak | Tajuddin Abdul Rahman | 2022 | 2008 | ||
P095 | Tanjong Karang | Noh Omar | 2022 | 1995 | ||
P026 | Ketereh | Annuar Musa | 2022 | 1995 | ||
P003 | Arau | Shahidan Kassim | 2022 | 1986 | ||
P086 | Maran | Ismail Abd Muttalib | 2022 | 2004 | ||
P091 | Rompin | Hasan Arifin | 2022 | 2013 | ||
P162 | Iskandar Puteri | Lim Kit Siang | PH (DAP) | 20 Mac 2022 | 1969 | |
P102 | Bangi | Ong Kian Ming | 9 Mei 2022 | 2013 | ||
P046 | Batu Kawan | Kasthuriraani Patto | 20 Oktober 2022 | 2013 | ||
P208 | Sarikei | Wong Ling Biu | 23 Oktober 2022 | 2013 | ||
P089 | Bentong | Wong Tack | 26 Oktober 2022 | 2018 | ||
P015 | Sungai Petani | Johari Abdul | PH (PKR) | 2022 | 2008 | |
P116 | Wangsa Maju | Tan Yee Kew | 18 Oktober 2022 | 1995 | ||
P009 | Alor Setar | Chan Ming Kai | 22 Oktober 2022 | 2018 | ||
P088 | Temerloh | Mohd Anuar Mohd Tahir | PH (AMANAH) | 2022 | 2018 | |
P133 | Tampin | Hasan Bahrom | 2022 | 2018 | ||
P042 | Tasek Gelugor | Shabudin Yahaya | PN (BERSATU) | 18 Jun 2022 | 2013 | |
P093 | Sungai Besar | Muslimin Yahaya | 12 Ogos 2022 | 2018 | ||
P167 | Kudat | Abd Rahim Bakri | 12 Ogos 2022 | 2004 | ||
P092 | Sabak Bernam | Mohd Fasiah Mohd Fakeh | 12 Ogos 2022 | 2013 | ||
P177 | Beaufort | Azizah Mohd Dun | 12 Ogos 2022 | 2004 | ||
P059 | Bukit Gantang | Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal | 12 Ogos 2022 | 2018 | ||
P144 | Mersing | Abdul Latiff Ahmad | 16 Oktober 2022 | 1999 | ||
P193 | Santubong | Wan Junaidi Tuanku Jaafar | GPS (PBB) | 2022 | 1990 | |
P222 | Lawas | Henry Sum Agong | 2022 | 1999 | ||
Pilihan raya itu menyaksikan banyak perubahan kerusi dari semua pihak politik, dengan calon sama ada diumumkan keluar dari kawasan asal mereka untuk bertanding di kawasan lain, atau beberapa ahli parlimen berprofil tinggi digugurkan daripada pemilihan. Mereka yang digugurkan atau tidak dipilih bagaimanapun terus bertanding sebagai calon bebas atau dalam parti lawan untuk mempertahankan kerusi mereka ataupun bertanding semula hingga menyebabkan keahlian mereka digugurkan.
Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan mengumumkan hasratnya untuk bertanding di kerusi Rembau, menggantikan penyandang Khairy Jamaluddin, yang dijangka diletakkan dalam kerusi majoriti pembangkang,[43] dengan Khairy disahkan bertanding di kerusi kubu kuat PKR, Sungai Buloh.[44] Selain itu, beberapa penyandang ahli parlimen UMNO berprofil tinggi, termasuk Shahidan Kassim, Annuar Musa dan Tajuddin Abdul Rahman, digugurkan daripada bertanding berikutan khabar angin selepas mereka dipercayai menyokong Ismail Sabri berbanding Zahid Hamidi.[45] Antara yang digugurkan, Zahidi Zainul Abidin, penyandang Padang Besar, bertanding sebagai calon bebas, manakala Shahidan bertanding untuk mempertahankan kerusi Arau sebagai calon PN, menyebabkan keahlian mereka dan beberapa yang lain digugurkan.[46] Dalam langkah yang sama, penyandang PAS Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi bertanding mempertahankan kerusinya dengan tiket BN selepas beliau digugurkan daripada senarai calon, mengakibatkan dirinya dibuang dari PAS.[47]
Selain itu, ketua PH, Anwar Ibrahim bertindak berpindah ke Tambun,[48] dan Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Bandar Tun Razak dalam rancangan PKR untuk meletakkan calon berkedudukan tinggi di kerusi bekas ahli parti.[49] Satu lagi kerusi panas, Gombak, menyaksikan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dicalonkan sebagai calon PH bagi menghadapi penyandang Azmin Ali,[50] salah seorang orang-orang besar dalam krisis politik Malaysia ketika itu.[51] PKR juga menetapkan beberapa orang-orang besar sebagai calon dengan tiket PH.[52] Bekas ahli parlimen Batu Tian Chua, yang tidak dipilih untuk bertanding berbanding penyandang Prabakaran Parameswaran, bertanding semula sebagai calon bebas, dan dibuang parti.[53]
Sementara itu, DAP telah menggugurkan dua penyandang ahli parlimennya, Charles Santiago dan Wong Tack daripada kerusi parlimen masing-masing,[54] dan digantikan oleh calon-calon muda,[55][56] menyebabkan kedua-duanya mempersoalkan kewajaran DAP untuk tidak mencalonkan mereka,[57] dengan Wong bertindak bertanding mempertahankan kerusinya sebagai calon bebas,[58] lalu dibuang parti juga.[59]
Pada 16 November, penyandang dan calon PH Padang Serai, Karupaiya Mutusami meninggal dunia, tiga hari sebelum pilihan raya. Ini ialah kali ketiga dalam sejarah pilihan raya Malaysia bahawa calon meninggal dunia dalam tempoh kempen.[60] Berdasarkan perundangan SPR, satu mesyuarat khas diadakan pada 18 November, sehari sebelum PRU, dan pilihan raya khas di Padang Serai akan diadakan pada 7 Disember, dengan pencalonan pada 24 November.[61]
Sejak 1 Januari 2022 | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Peninjau | Tarikh | Kawasan | Saiz sampel | PH | BN | PN | GPS | Warisan | MUDA | GTA | Bebas | Tiada | Utama | Ruj. |
Merdeka Centre | 5 – 8 Nov 2022 | Semenanjung | 1,067 | 35% | 21% | 22% | – | – | – | – | – | 22% | PH +13% | [62] |
Merdeka Center | 19 Okt – 28 Okt 2022 | Malaysia | 1,209 | 26% | 24% | 13% | – | – | – | – | 2% | 35% | PH +2% | [63] |
Endeavour-MGC | 8 – 20 Okt 2022 | Semenanjung | 1,068 | 23% | 31% | 15% | – | – | – | – | – | 23% | BN +8% | [64] |
O2 Malaysia | 5 Okt – 10 Okt 2022 | Malaysia | 1,105 | 39% | 26% | 17% | 4% | 3% | 4% | 1% | 7% | – | PH +13% | [65] |
ISEAS | 5 Sep – 30 Sep 2022 | Malaysia | 805 | 11% | 19% | 11% | – | – | 9% | 1% | – | 43% | BN +8% | [66] |
Merdeka Centre | setakat 30 Sept 2022 | Malaysia | N/A | 27% | 27% | 9% | – | – | – | – | – | 33% | Seri | [67] |
Ilham Centre | 1 Ogos – 30 Sep 2022 | Malaysia | 1,622 | 18% | 35% | 12% | – | – | – | – | 15% | 21% | BN +17% | [68] |
Merdeka Centre | setakat 30 Julai 2022 | Malaysia | N/A | 23% | 28% | 13% | – | – | – | – | – | 37% | BN +5% | [67] |
Vodus | 21 Jul – 21 Ogos 2022 | Semenanjung | 74,582 | 20% | 23% | 16% | – | – | – | – | 5% | 37% | BN +3% | [69] |
Sabah | 14% | 17% | 13% | – | 14% | – | – | 5% | 37% | BN +3% | [70] | |||
Sarawak | 17% | 13% | 14% | 33% | – | – | – | 4% | 20% | GPS +16% | ||||
Merdeka Centre | setakat 31 Mei 2022 | Malaysia | N/A | 26% | 29% | 14% | – | – | – | – | – | 31% | BN +3% | [67] |
Dari 10 Mei 2018 hingga 31 Disember 2021 | ||||||||||||||
Peninjau | Tarikh | Kawasan | Saiz sampel | PH | BN | PN | GPS | Warisan | MUDA | GTA | Bebas | Tiada | Utama | Ruj. |
Emir Research | Ogos 2020 | Malaysia | 2,096 | 10% | 47% | 27% | 2% | 2% | – | 6% | – | 6% | BN +20% | [71] |
Emir Research[tinjau 1] | 15 Jan – 25 Feb 2020 | Malaysia | 2,002 | 30% | 53% | – | – | – | – | – | – | – | BN +23% | [72] |
Emir Research[nb 19] | 5 Sep – 10 Okt 2019 | Malaysia | 1,992 | 43% | 39% | – | – | – | – | – | 17% | – | PH +3% | [73] |
Pilihan raya umum ke-14 | ||||||||||||||
Peninjau | Tarikh | Kawasan | Jumlah undian | PH | BN | GS | USA | Warisan | – | – | Bebas | Tiada | Utama | Ruj. |
Pilihan raya umum | 9 Mei 2018 | – | 12,299,514 | 46% | 34% | 17% | 0.5% | 2% | – | – | 0.5% | – | PH +12% |
Nota
Ringkasan keputusan pilihan raya Dewan Rakyat 19 November 2022
Parti | Undi | Kerusi | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Undi | % | Menang | % | +/– | ||||
PH[a] | PH | 5,821,750 | 37.46 | 81 | 37.3 | ▼ 32 | ||
PKR | PKR | 2,442,038 | 41.95 | 31 | 14.1 | ▼ 16 | ||
DAP[b] | DAP | 2,422,577 | 41.61 | 40 | 18.2 | ▼ 2 | ||
Amanah[c] | AMANAH | 884,384 | 15.19 | 8 | 3.6 | ▼ 3 | ||
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu | UPKO | 72,751 | 1.25 | 2 | 0.9 | ▲ 1 | ||
Ikatan Demokratik Malaysia | MUDA | 74,392 | 0 | 1 | 0 | ▲ 1 | ||
Perikatan Nasional[d] | PN | 4,666,529 | 30.35 | 73 | 33.2 | ▲ 73 | ||
Parti Pribumi Bersatu Malaysia[e] | BERSATU | 2,102,151 | 13.55 | 30 | 14.93 | ▲ 17 | ||
Parti Islam Se-Malaysia[f] | PAS | 2,259,353 | 14.56 | 43 | 18.10 | ▲25 | ||
Parti Gerakan Rakyat Malaysia | GERAKAN | 305,025 | 1.97 | 0 | 0 | ▬ | ||
Barisan Nasional[g] | BN | 3,455,762 | 22.27 | 30 | 13.57 | ▼ 28 | ||
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | UMNO | 2,549,341 | 16.43 | 26 | 11.76 | ▼ 28 | ||
Persatuan Cina Malaysia | MCA | 665,436 | 0 | 2 | 0.90 | ▲ 1 | ||
Kongres India Malaysia | MIC | 0 | 0 | 1 | 0.45 | ▬ | ||
Parti Bersatu Rakyat Sabah | PBRS | 23,877 | 0 | 1 | 0.45 | ▬ | ||
Parti Cinta Malaysia | PCM | 5,417 | 0 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Makkal Sakti Malaysia | MMSP | 10,660 | 0 | 0 | 0 | ▬ | ||
Malaysian Indian United Party | MIUP | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Punjabi Malaysia | PPM | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ | ||
Kongres India Muslim Malaysia | KIMMA | 21,468 | 0 | 0 | 0 | ▬ | ||
Gabungan Parti Sarawak | GPS | 662,601 | 4.27 | 23 | 10.41 | ▲ 23 | ||
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu | PBB | 343,954 | 0 | 14 | 6.33 | ▲ 1 | ||
Parti Rakyat Sarawak | PRS | 67,539 | 0 | 6 | 2.26 | ▲ 2 | ||
Parti Rakyat Bersatu Sarawak | SUPP | 167,063 | 0 | 2 | 0.9 | ▬ | ||
Parti Demokratik Progresif | PDP | 84,045 | 0 | 2 | 0.9 | ▲ 1 | ||
Gabungan Rakyat Sabah | GRS | 246,378 | 0 | 6 | 2.71 | ▲ 6 | ||
Parti Gagasan Rakyat Sabah | Gagasan Rakyat | 94,085 | 0 | 4 | 1.41 | ▲ 4 | ||
Parti Bersatu Sabah | PBS | 65,311 | 0 | 1 | 0.45 | ▬ | ||
Parti Solidariti Tanah Airku | STAR Sabah | 29,874 | 0 | 1 | 0.45 | ▬ | ||
Parti Progresif Sabah | SAPP | 5,054 | 0 | 0 | 0 | ▬ | ||
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu | USNO | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ Baru | ||
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (rakan sekutu) | KDM | 52,054 | 0 | 1 | 0.45 | ▬ Baru | ||
Parti Cinta Sabah (rakan sekutu) | PCS | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ | ||
Gerakan Tanah Air[h] | GTA | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ Baru | ||
Parti Pejuang Tanah Air | PEJUANG | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ Baru | ||
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia | BERJASA | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia[i] | PUTRA | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ Baru | ||
Parti Perikatan India Muslim Nasional | IMAN | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ Baru | ||
Parti Warisan | WARISAN | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ | ||
Gabungan Bersatu Sabah | GBS | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Harapan Rakyat Sabah | PHRS | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Perpaduan Rakyat Sabah | PPRS | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ | ||
Gagasan Rakyat Sarawak | PERKASA | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Bansa Dayak Sarawak | PBDS | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ Baru | ||
Parti Sarawak Bersatu | PSB | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ Baru | ||
Parti Bumi Kenyalang | PBK | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ Baru | ||
Gabungan tak formal PSM-PRM | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ | |||
Parti Sosialis Malaysia | PSM | 1 | 0 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Rakyat Malaysia | PRM | 28 | 0 | 0 | 0 | ▬ | ||
Bebas | BEBAS | 0 | 0 | 0 | 0 | ▬ | ||
Undi sah | TBA | |||||||
Undi rosak / kertas undi tidak dipulangkan | TBA | |||||||
Jumlah undi (keluar mengundi: TBA) | TBA | 100 | 222 | 100 | - | |||
Tidak keluar mengundi | 0 | |||||||
Pengundi berdaftar[j] | 21,173,638 | |||||||
Keluar mengundi[j] | 20,905,366 | |||||||
Undi awal[j] | 265,531 | |||||||
Undi pos[j] | 2,741 | |||||||
Had umur pengundi[k] (berumur 18 tahun dan ke atas) | 21,173,638 | |||||||
Populasi Malaysia[l] (bancian 2020) | 32,447,385 | |||||||
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)[74] |
Nota
Dalam PRU ini, Pakatan Harapan memperoleh kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, manakala Perikatan Nasional memperoleh kejayaan besar dengan 72 kerusi, dengan penguasaan penuh kerusi di Perlis, Kelantan dan Terengganu. PAS selaku ahli PN memenangi bilangan kerusi terbanyak sebagai parti tunggal iaitu sebanyak 49 kerusi manakala DAP dari ahli PH memperoleh 40 kerusi.
Dengan tiada parti/gabungan parti yang memperoleh majoriti 112 kerusi, PRU ini membawa kepada parlimen tergantung pertama dalam sejarah Malaysia. Dengan ini, para gabungan parti bertungkus-lumus dalam membentuk suatu gabungan yang dapat mencapai majoriti tersebut. Sejurus selepas keputusan PRU dikeluarkan, kedua-dua ketua parti Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan dan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dari Perikatan Nasional masing-masing mendakwa mereka mempunyai gabungan dengan majoriti yang mencukupi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, tetapi tidak mengesahkan bilangan kerusi dan parti yang disertai.[75][76]
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah, memberikan semua pemimpin parti gabungan masa hingga 2 petang, Isnin, 21 November untuk menyerahkan nama calon Perdana Menteri yang disokong mereka kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[77] Walau bagaimanapun, dengan pembinaan gabungan majoriti masih tidak berhasil, tarikh akhir dilanjutkan lagi 24 jam sehingga hari keesokannya.[78]
Pada 22 November, Barisan Nasional mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyokong penggabungan dengan kedua-dua parti sama ada Pakatan Harapqn mahupun Perikatan Nasional dalam pembentukan kerajaan persekutuan.[79] Pada petang hari itu Al-Sultan Abdullah menyeru parti gabungan dari PH dan PN iaitu Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin ke Istana Negara untuk melantik Perdana Menteri.[80][81]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.