Kabinet Muhyiddin Yassin
kabinet kerajaan Malaysia bawah pemerintahan Muhyiddin Yassin From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kabinet Malaysia 2020 atau Kabinet Tan Sri Muhyiddin pertama telah dibentuk pada 10 Mac 2020, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 pada 1 Mac 2020 lalu. Pentadbiran semasa kabinet ini juga dikenali sebagai Kerajaan Perikatan Nasional yang menggabungkan 15 buah parti politik daripada parti komponen Perikatan Nasional, parti komponen Barisan Nasional, parti komponen Gabungan Parti Sarawak dan Parti Bersatu Sabah termasuk seorang Ahli Parlimen Bebas.
Remove ads
Remove ads
Komposisi
Pada 9 Mac 2020, Muhyiddin mengumumkan Kabinet dengan 32 menteri dan 38 timbalan menteri. Kabinet termasuk enam teknokrat yang dilantik sebagai Senator pada 10 Mac 2020 sebelum mengangkat sumpah pada hari yang sama di Istana Melawati, Putrajaya.[1][2] Kedudukan Timbalan Perdana Menteri telah dikosongkan kerana "tiada keperluan untuk melantik sesiapa". Sebaliknya, Menteri-menteri Kanan akan menggantikan Perdana Menteri apabila ketiadaannya sekiranya keperluan itu berlaku.[3]
Jemaah Menteri
Berikut merupakan kandungan kabinet pada 3 Ogos 2021:[4] Kabinet kemudiannya berubah apabila jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia diisi oleh Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Kluster Keselamatan diisi oleh Hishammuddin Hussein. PN (14) BN (10) GPS (4) Bebas (2) PBS (1) Kosong (2)
Timbalan Menteri
Berikut merupakan Timbalan Menteri pada 10 Mac 2020 dan mulai 29 September 2020:
PN (20) BN (13) GPS (4) Bebas (0)
Penasihat-penasihat dan Duta Khas Perdana Menteri
- Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Kesihatan Awam): Tan Sri Dr Jemilah Mahmood[10]
- Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah (Bertaraf Menteri): YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang AP [11]
- Duta Khas Perdana Menteri ke China (Bertaraf Menteri): YB Dato' Sri Tiong King Sing AP [12]
- Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur (Bertaraf Menteri): YB Dato' Sri Richard Riot Jaem AP[13]
- Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Malaysia (Bertaraf Menteri; Hal Ehwal Jalinan Komuniti, Komunikasi Masyarakat dan Pembangunan Sosioekonomi): YB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu AP[14]
Remove ads
Perubahan
Di bawah Kabinet ini, terdapat beberapa portfolio berubah:
- Empat buah Kementerian diangkat sebagai Kementerian Kanan iaitu Kementerian Pertahanan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dinamakan semula sebagai Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
- Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk asalnya sebagai portfolio hal ehwal ekonomi.
- Satu kementerian tunggal iaitu Kementerian Pendidikan telah dibahagikan kepada dua kementerian berasingan. Kementerian Pengajian Tinggi telah digunakan semula.
- Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah disusun semula menjadi tiga kementerian yang berbeza, iaitu Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Alam Sekitar.
- Kementerian Alam Sekitar kemudiannya telah dijenamakan semula dengan memansuhkan portfolio tanah dan menjadikannya sebagai Kementerian Alam Sekitar dan Air.[15]
- Kementerian Perpaduan Negara telah ditubuhkan sebagai hasil perpecahan portfolio perpaduan negara daripada Jabatan Perdana Menteri.
- Kementerian Industri Utama telah menggunakan semula nama lamanya, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
- Pada 7 Julai 2021, Kementerian Luar Negeri diangkat menjadi Kementerian Kanan menggantikan Kementerian Pertahanan yang disandang oleh Timbalan Perdana Menteri baharu[16].
Perubahan pemegang jawatan
- Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (PN-Sri Gading) meletak jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya, dan tidak menyertai Kerajaan Perikatan Nasional tetapi menyokong penubuhan parti baharu di bawah Tun Mahathir. Kekosongan jawatan diisi oleh Dato' Eddin Syazlee Shith (PN-Kuala Pilah) yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).
- Kekosongan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) diisi oleh Datuk Shabudin Yahaya (PN-Tasek Gelugor).
- Calon Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Dato' Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) tidak menerima pelantikan ke jawatan tersebut. Kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Senator Dato' Sri Ti Lian Ker (BN-Senator)
- Semasa pengumuman kabinet, jawatan Timbalan Perdana Menteri tiada, manakala empat jawatan Menteri Kanan diperkenalkan.
- Jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan semula pada 7 Julai 2021 dan diisi oleh Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera)[16].
- Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein (BN-Sembrong) dilantik menjadi Menteri Kanan yang baharu mengisi kekosongan Menteri Pertahanan yang dilantik Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai 2021[16].
- Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) telah meletak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada 3 Ogos 2021 sebagai respons kepada pendirian UMNO yang menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional[17].
- Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) telah meletak jawatan Menteri Pengajian Tinggi pada 6 Ogos 2021 sebagai respons kepada pendirian UMNO yang menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional[18].
Remove ads
Lihat juga
Nota & Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads