Wee Jeck Seng

From Wikipedia, the free encyclopedia

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng (Cina ringkas: 黄日昇, lahir pada 20 April 1964) ialah seorang ahli politik Malaysia dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sejak 10 Mac 2020.[2] Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 9 April 2009 di Putrajaya. Beliau kini juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Johor daripada parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang juga merupakan sebahagian daripada Barisan Nasional. Pada peringkat parti, beliau juga merupakan Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai dan Ahli Jawatankuasa (lantikan) MCA Pusat.

Fakta Segera Yang Berhormat Dato' Sri Dr. SSAP (Pahang); DMSM (Melaka), Didahului oleh ...
Yang Berhormat
Dato' Sri Dr.
Wee Jeck Seng
SSAP (Pahang); DMSM (Melaka)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Tanjung Piai, Johor
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
18 November 2019  10 Oktober 2022
Didahului olehMohamed Farid Md Rafik
Dalam jawatan
8 Mac 2008  9 Mei 2018
Didahului olehOng Ka Ting
Digantikan olehMohamed Farid Md Rafik
Timbalan Menteri
Perusahaan Perladangan dan Komoditi I
Dalam jawatan
30 Ogos 2021  10 Oktober 2022
Berkhidmat with
Willie Mongin
Timbalan II
RajaSultan Abdullah
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
MenteriZuraida Kamaruddin
Digantikan olehSiti Aminah Aching
Kawasan pilihan rayaTanjung Piai
Dalam jawatan
10 Mac 2020  16 Ogos 2021
Berkhidmat with
Willie Mongin
Timbalan II
RajaSultan Abdullah
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
MenteriMohd Khairuddin Aman Razali
Didahului olehShamsul Iskandar Md Akin
Industri Utama
Kawasan pilihan rayaTanjung Piai
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Dalam jawatan
10 April 2009  4 Jun 2010
Berkhidmat with Razali Ibrahim
RajaTuanku Mizan Zainal Abidin
Perdana MenteriNajib Razak
MenteriAhmad Shabery Cheek
Didahului olehLiow Tiong Lai
Digantikan olehGan Ping Sieu
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Pekan Nenas
Dalam jawatan
21 Mac 2004  8 Mac 2008
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehTang Nai Soon
Maklumat peribadi
Lahir (1964-04-20) 20 April 1964 (umur 60)
Pontian, Johor
Parti politik Barisan Nasional
Persatuan Cina Malaysia
PasanganDatin Sri Lim Joo Hon @ Lin Ruyun
Tempat belajarUniversiti Sunderland (BBA)
PekerjaanAhli politik
GajiRM41,422.65 sebulan[1]
Tutup

Latar belakang

Wee dilahirkan pada 20 April 1964 di Pontian, Johor. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sunderland. Beliau berkahwin dengan Lin Ruyun.[3][4]

Kerjaya politik

Wee memulakan kerjaya politiknya sebagai setiausaha politik kepada Datuk Ong Ka Ting.

PRU 11

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, beliau diberikan tanggungjawab untuk bertanding dan berjaya memenanginya dengan selesa untuk kerusi Dewan Negeri Johor bagi kerusi N.55 Pekan Nanas.

PRU 12

Bagi Pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Malaysia bagi kerusi P.165 Tanjong Piai ekoran Datuk Ong Ka Ting berhijarah untuk bertanding di kerusi Kulai.

Beliau berjaya menewaskan calon melayu dari Parti DAP yang dipimpin oleh saudara Ahmad bin Ton dengan majoriti yang besar. Selepas melakar kemenangan, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia bagi melengkapkan barisan Kabinet Abdullah II, pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Beliau terus memegang jawatan tersebut sehingga April 2009, pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum digugurkan pada Jun 2010 ekoran tewas di jawatan penting dalam parti MCA.

PRU 13

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau masih diberikan mandat oleh rakyat untuk memenangi kerusi Parlimen Tanjong Piai buat penggal kedua berturut-turut walaupun mendapat tentangan yang sengit lawannya dari Ketua pemuda DAP cawangan Tanjong Piai, saudara Mahdzir Ibrahim.

PRU 14

Bagi Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau akhirnya berjaya ditewaskan oleh calon melayu dari Parti PPBM, Datuk Wira Dr. Mohamed Farid Md Rafik dengan majoriti 524 undi yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang lebih sengit berbanding dengan siri-siri PRU yang lepas.

PRK Tanjung Piai

Dato' Sri Dr Wee Jeck Seng yang mewakili Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi, menewaskan pencabarnya iaitu calon Pakatan Harapan, Hj Karmaine Saidini yang memperoleh undi sebanyak 10,380 pada 16 November 2019.

Pilihan raya kecil 2019

Pada 16 November 2019, Wee telah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan bilangan undian sebanyak 25,466 lantas mengalahkan pesaing beliau yang lain dengan majoriti sebanyak 15,086 undi. Calon pilihan raya yang bertanding termasuklah Hj Karmaine Saidini, Wendy Subramaniam, Dr Badrulhisham Abdul Aziz, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar.[5]

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kerajaan ...
Parliamen Malaysia: P165 Tanjong Piai, Johor[6][7][8]
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Jumlah undi Majoriti Kehadiran
2008 Wee Jeck Seng (MCA) 23,302 65.52% Ahmad Ton (DAP) 10,931 30.74% 35,564 12,371 77.82%
2013 Wee Jeck Seng (MCA) 25,038 54.88% Mahdzir Ibrahim (DAP) 19,581 42.92% 45,622 5,457 87.90%
2018 Wee Jeck Seng (MCA) 20,731 46.12% Mohamed Farid Md Rafik (PPBM) 21,255 47.29% 45,858 524 85.67%
Nordin Othman (PAS) 2,962 6.59%
2019 Wee Jeck Seng (MCA) 25,486 65.60% Karmaine Sardini (BERSATU) 10,380 26.74% 38,815 15,086 74.43%
Wendy Subramaniam (GERAKAN) 1,707 4.40%
Badhrulhisham Abd Aziz (BERJASA) 850 2.19%
Ang Chuan Lock (BEBAS) 380 0.98%
Faridah Aryani Abd Ghaffar (BEBAS) 32 0.08%
Tutup
Maklumat lanjut Tahun, Kerajaan ...
Dewan Negeri Johor: N55 Pekan Nenas
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Jumlah undi Majoriti Kehadiran
2004 Wee Jeck Seng (MCA) 15,395 75.80% Tan Hang Meng (DAP) 4,233 20.84% 20,309 11,162 76.33%
Tutup

Penghargaan

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.