Pilihan raya kecil Tanjung Piai 2019

pilihan raya kecil tahun 2019 From Wikipedia, the free encyclopedia

Pilihan raya kecil Tanjung Piai 2019

Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai 2019 merupakan pilihan raya kecil yang kesembilan selepas pilihan raya umum Malaysia ke-14 (PRU14). Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mohamed Farid Md Rafik dari PPBM pada 21 September 2019 akibat serangan jantung. Pilihan raya kecil ini berlangsung pada 16 November 2019. Calon Barisan Nasional (BN), Wee Jeck Seng menang besar dengan majoriti 15,086 undian, seterusnya mengambil alih semula kerusi Tanjung Piai, walaupun sebagai pembangkang. BN mendapat semula kerusi dengan 25,466 undian berbanding PH yang hanya memperoleh 10,380 undian.[1]

Fakta Segera Calon, Parti ...
Pilihan raya kecil Tanjung Piai 2019

 2018 16 November 2019 Akan datang 
  PH GERAKAN
Calon Wee Jeck Seng Karmaine Sardini Wendy Subramaniam
Parti MCA BERSATU GERAKAN
Gabungan BN PH
Undian popular 25,466 10,380 1,707
Peratusan 65.60% 26.74% 4.40%

  BERJASA Bebas Bebas
Calon Badhrulhisham Abd Aziz Ang Chuan Lock Faridah Aryani Abd Ghaffar
Parti BERJASA Bebas Bebas
Gabungan GS
Undian popular 850 380 32
Peratusan 2.19% 0.98% 0.08%

Thumb

Ahli Parlimen sebelum sebelum pilihan raya

Mohamed Farid Md Rafik (meninggal dunia)
Pakatan Harapan (BERSATU)

Terpilih

Wee Jeck Seng
Barisan Nasional (MCA)

Tutup

Penamaan calon

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan dua orang Bebas.

BNl diwakili Persatuan Cina Malaysia (MCA) mencalonkan Datuk Dr Wee Jeck Seng, manakala PH diwakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Gerakan pula mencalonkan Wendy Subramaniam manakala Berjasa pula mencalonkan Presidennya, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz. Dua orang Bebas yang bertanding ialah Dr. Ang Chuan Lock, guru tuisyen swasta dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar, seorang ibu tunggal dan juga seorang pengaudit sosial dari Gabungan Teksi Se-Malaysia (GTSM).[2]

Isu

UMNO dan MCA melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak SPR yang menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian masing-masing pada 2 dan 16 November kerana bertembung dengan tarikh mesyuarat agung tahunan kedua-dua parti yang dirancang sebelum ini; MCA pada 2–3 November dan UMNO pada 13–16 November.[3][4] SPR menyatakan bahawa ini adalah tidak disengajakan dan tidak dapat dielakkan oleh kerana cuti umum Deepavali yang akan datang pada 27 Oktober.[5][6] Kedua-dua parti telah memutuskan untuk menangguhkan mesyuarat mereka untuk mengelakkan pertembungan dengan tarikh-tarikh penting PRK.[7][8]

Naib Pengerusi DAP M. Kulasegaran, yang juga Menteri Sumber Manusia, dalam satu kenyataan menafikan dakwaan kaitannya dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), telah mengaitkan tuduhan sokongan DAP terhadap LTTE dengan PRK.[9] Beliau turut meminta polis menyiasat berita palsu itu yang tular berikutan penahanan dan penahanan tujuh individu sebelum ini oleh polis, termasuk Exco kerajaan negeri Melaka merangkap ADUN Gadek G. Saminathan dan ADUN Seremban Jaya P. Gunasekaran atas dakwaan perkaitan dengan LTTE.[10] Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Ibrahim Ali pula mendakwa agenda isu LTTE adalah untuk menarik undi Melayu dalam pilihan raya kecil.[11]

Ketua UMNO Johor Hasni Mohammad menerbitkan kontroversi dengan kenyataannya semoga tidak ada pilihan raya kecil kedua pada tahun hadapan, merujuk kepada usia tua calon PH.[12] Oleh itu, Hasni dikutuk BERSATU kerana mempersendakan umur calon PH dan meramalkan jangka hayatnya.[13]

Keputusan

Analisis keputusan

Analisis-analisis politik tertumpu kepada kekalahan besar PH dalam PRK ini. Dengan majoriti 15,086 undian, PRK ini menyaksikan kekalahan terbesar PH dalam PRK-PRK yang diadakan sejak PRU14. Faktor utama yang diutarakan para sarjana politik ialah tindakan protes kepada kegagalan pentadbiran kerajaan PH yang terbentuk ketika PRU14. Dalam faktor ini, para rakyat terlibat mengundi BN sebagai simbol protes terhadap PH atas kegagalan menunaikan manifesto PRU serta persepsi pelemahan kelompok DAP dalam kerajaan. Selain itu, faktor-faktor yang diutarakan termasuk pengalaman Wee Jeck Seng sebagai faktor penarik dan kaedah retorik kempen BN yang berkesan, yang menumpukan kepada masalah-masalah berkaitan PH.[14]

Jadual keputusan

Maklumat lanjut Parti, Calon ...
Pilihan raya kecil umum Malaysia 2019: Tanjung Piai
kematian penyandangnya, Datuk Wira Md Farid Md Rafik
Parti Calon Undian %∆%
BNWee Jeck Seng25,46665.60+19.48
PHKarmaine Sardini10,38026.74-20.55
GerakanWendy Subramaniam1,7074.40N/A
BERJASABadhrulhisham Abd Aziz8502.19N/A
BebasAng Chuan Lock
(logo kunci)
3800.98N/A
BebasFaridah Aryani Abd Ghaffar
(logo kereta)
320.08N/A
Jumlah undi sah 38,815100.00
Jumlah undi ditolak ballots 595
Jumlah undi tidak dikembalikan 30
Peratus unjuran 39,43574.43
Pengundi berdaftar 52,986
Majoriti 15,08638.86
BN ambil alih dari PH Unjuran +20.02
Tutup


Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.