Parti Bumiputera Perkasa Malaysia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia
Remove ads


Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) ialah sebuah parti politik Malaysia yang diasaskan dan dipimpin oleh Dato' Dr. Ibrahim Ali.

Fakta Segera Nama inggris, Nama cina ...
Remove ads
Remove ads

Penubuhan

PUTRA diasaskan oleh Dato' Dr. Ibrahim Ali pada 17 Ogos 2018[1] Pendaftarannya telah disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 8 Mei 2019[2] selepas jawatankuasa penaja parti menghantar permohonan pada 13 Ogos 2018[3].

Ibrahim Ali juga merupakan pengasas pertubuhan bukan kerajaan, Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) mengumumkan bahawa PUTRA akan menjadi suatu parti alternatif kepada orang Melayu dan akan memperjuangkan hak Melayu dan Islam selepas pilihan raya umum 2018 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional. Hampir keseluruhan perlembagaan PUTRA adalah berdasarkan perlembagaan UMNO yang "asal" ketika penubuhannya pada 1946 sebagai langkah untuk memperjuangkan matlamat asal UMNO.[4] Secara umumnya, PUTRA menerima semua orang bumiputera sebagai ahli, tetapi juga menerima golongan bukan bumiputera beragama Islam sebagai ahli bersekutu.[5]

Remove ads

Kepimpinan

Struktur pentadbiran PUTRA terdiri daripada Dewan Tertinggi di peringkat pusat, Badan Pimpinan Negeri di peringkat negeri, Jawatankuasa Pimpinan Bahagian di peringkat Parlimen dan Jawatankuasa Cawangan di peringkat daerah mengundi.

Data sehingga 15 Ogos 2024

Maklumat lanjut Jawatan, Nama ...
Remove ads

Penyertaan dalam pilihan raya

Pada November 2021, PUTRA membuat penampilan sulung dengan menyertai pilihan raya negeri Melaka. Dalam pilihan raya tersebut, PUTRA diwakili lima orang calon di lima buah kerusi Dewan Undangan Negeri.[6][7][8] Walau bagaimanapun, kesemua calon tewas dengan hilang deposit[9].

Sejarah penyertaan

Maklumat lanjut Tahun, Jenis ...

General election results

Maklumat lanjut Election, Total seats won ...

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads