Shamsul Anuar Nasarah
From Wikipedia, the free encyclopedia
YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Lenggong.
Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah SMW (WP); DPMP (Prk); DJMK (Kel); SMS (Sel); PPN; PPT (Prk) | |
---|---|
شمس الانوار بن ناصره | |
Timbalan Menteri Dalam Negeri | |
Menyandang jawatan 10 Disember 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah (2022-2024) Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar (2024-kini) |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Saifuddin Nasution Ismail |
Didahului oleh | ![]() Jonathan Yasin |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Lenggong, Perak | |
Menyandang jawatan 8 Mac 2008 | |
Didahului oleh | ![]() |
Majoriti | 879 (PRU-15) 5,528 (PRU-14) 4,161 (PRU-13) 4,919 (PRU-12) |
Menteri Tenaga dan Sumber Asli | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 3 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Timbalan | Ali Biju |
Didahului oleh | Yeo Bee Yin Tenaga Xavier Jayakumar Arulanandam Sumber Asli |
Digantikan oleh | Takiyuddin Hassan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Shamsul Anuar bin Nasarah 1 Jun 1967 Lenggong, Perak, Malaysia |
Parti politik | ![]() UMNO |
Pasangan | Datin Seri Hamisah Hussin |
Pekerjaan | Anggota Parlimen |
Gaji | RM58,070.48 sebulan[1] |
Pada 31 Januari 2008, di dalam Majlis Anugerah Belia Negara 2007, beliau pernah dinobatkan Tokoh Belia Lelaki 2007 bersama-sama dengan Datuk Suraya Yaacob yang dinobatkan Tokoh Belia Wanita 2007.
Anak jati Lenggong ini dilahirkan pada 1 Jun 1967 telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Hamisah Hussin.
Berpengalaman luas dalam bidang politik, beliau dilantik Ketua Penerangan UMNO Malaysia sejak 2018 dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Shamsul Anuar daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 12,523 undian ketika menentang Muhammad Mujahid Mohammad Fadzil daripada parti Pas yang mendapat 6,750 undi dengan majoriti undi sebanyak 5,773.
Kerjaya:
- Menteri Tenaga dan Sumber Asli bermula pada 10 Mac 2020
- Ahli Parlimen Lenggong (2018 hingga kini)
- Pengerusi PTPTN (2013 hingga 2018)
- Setiausaha Sulit Menteri Pembangunan Usahawan (1999 hingga 2004)
- Guru (1992 hingga 1999)
Jawatan disandang dalam politik:
- Ketua Penerangan UMNO Malaysia (2018 hingga kini)
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia (kini)
- AJK Biro Penerangan UMNO Malaysia (2009 hingga 2014)
- Pengerusi Belia Biro Sukan Pemuda UMNO Malaysia (2004 hingga 2009)
- EXCO Pemuda UMNO Malaysia (2004 hingga 2009)
- Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong (2008)
- Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (2000 hingga 2004)
- Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong (2004 hingga 2008)
- Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1998 hingga 2000)
- AJK UMNO Bahagian Chenderoh (1998 hingga 2000)
- AJK Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1996 hingga 1998)
Pendidikan:
Pencapaian akademik:
- Ijazah Peringkat Doktor Falsafah (Phd) Pengurusan Pembangunan di Pusat Pengajian Kerajaan GOLGIS Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam College of Law, Government and International Studies Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Bidang Kaunseling dari Universiti Malaya (UM)
- Bidang pendidikan Institut Bahasa Kuala Lumpur
Tokoh Belia Negara 2007
Pada 31 Januari 2008, di dalam Majlis Anugerah Belia Negara 2007, beliau dinobatkan Tokoh Belia Lelaki 2007 bersama-sama dengan Datuk Suraya Yaacob yang dinobatkan Tokoh Belia Wanita 2007.[2]
Keputusan pilihan raya
Parlimen
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Lenggong | Shamsul Anuar Nasarah | BN (UMNO) | 12,588 | Rif'aat Razman | PN (PAS) | 11,709 | 879 |
Jurey Latiff Rosli | PH (PKR) | 3,382 | ||||||
2018 | Shamsul Anuar Nasarah | BN (UMNO) | 12,523 | Mujahid Fadzil | PAS | 6,750 | 5,773 | |
Amirul Fairuzzeen Jamaluddin | PH (BERSATU) | 3,932 | ||||||
2013 | Shamsul Anuar Nasarah | BN (UMNO) | 13,639 | Razman Zakaria | PAS | 9,478 | 4,161 | |
2008 | Shamsul Anuar Nasarah | BN (UMNO) | 10,992 | Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria | PAS | 6,073 | 4,919 |
Kehormatan
Malaysia :
Wilayah Persekutuan :
Perak :
Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) - Dato' (2007)[3][7]
Kelantan:
Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) – Dato' (2022)[8]
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.