From Wikipedia, the free encyclopedia
Kementerian Perladangan dan Komoditi (Tulisan Jawi: كمنترين ڤرلاداڠن دان كومودتي) (KPK) merupakan sebuah kementerian di dalam kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri komoditi utama negara tersebut iaitu minyak sawit, getah, kayu, koko, tembakau, kenaf, lada hitam dan sago. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, MPI disokong oleh enam badan berkanun dan lima majlis. Ia juga berfungsi merumuskan dasar-dasar dan strategi pembangunan untuk keseluruhan sektor perladangan dan komoditi serta menyelia agensi-agensi di bawahnya dengan menyelaras pelaksanaan program-program perladangan dan komoditi.
كمنترين ڤرلاداڠن دان كومودتي | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1972 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | No. 15, Level 6-13, Persiaran Perdana, Precinct 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62654 Putrajaya |
Kakitangan | 304 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 938,420,700 (2018) |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif kerajaan |
|
Laman sesawang | www.kpk.gov.my |
Sebagai mengiktiraf sumbangan industri komoditi kepada pertumbuhan ekonomi negara, Kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perusahaan Utama (KPU) pada tahun 1972. Di peringkat awal penubuhan, KPU hanya bertanggungjawab ke atas pembangunan bijih timah dan getah, dua komoditi utama negara pada ketika itu. Peranan KPU kemudiannya telah diperluas untuk merangkumi pembangunan komoditi-komoditi lain seperti minyak sawit, koko, perhutanan, galian, nanas dan tembakau yang juga menyumbang kepada ekonomi negara.
Pada tahun 2004, KPU telah dijenamakan semula sebagai Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC). Di bawah struktur baru ini, Lembaga Pemasaran Lada Hitam, yang sebelum ini di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian telah dimasukkan ke dalam MPIC manakala perkara-perkara yangberkaitan dengan perhutanan, mineral dan geosains telah dipindahkan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tanggungjawab-tanggungjawab utama MPIC yang lain, masih kekal dan tidak berubah.
Selain komoditi perladangan seperti kelapa sawit, kayu, getah dan koko, MPIC juga meneroka pembangunan sumber pertumbuhan baru, termasuk kenaf, sago dan pokok jarak (jatropha) yang mempunyai potensi dalam menyumbang kepada ekonomi negara. Untuk meningkatkan lagi pembangunan industri perladangan komoditi, MPIC telah menggubal Dasar Komoditi Negara (2011 - 2020). Dasar yang disasarkan untuk mengubah industri komoditi supaya lebih dinamik dan berdaya saing melalui pengeluaran komoditi berasaskan produk yang bernilai tambah tinggi.
Sektor perladangan dan komoditi, iaitu kelapa sawit, getah, kayu kayan, koko, lada dan kenaf telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada pembangunan ekonomi negara sejak 54 tahun yang lalu. Sejak dari itu, sektor ini menjadi sektor penyumbang di dalam pendapatan nilai eksport Malaysia. Pada tahun 2011, nilai eksport sektor komoditi dan produk berasaskan komoditi adalah sebanyak RM 141.2 bilion iaitu 20.33% dari jumlah sumbangan keseluruhan eksport negara. Harga komoditi sepanjang tahun 2011 telah banyak memberi faedah kepada negara, terutamanya kepada pekebun-pekebun kecil. Masa hadapan sektor perladangan dan komoditi dijangka akan terus kekal cerah serta menjanjikan banyak peluang yang menguntungkan.
Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan (centre of excellence) bagi sektor komoditi dan pengeluar utama produk berasaskan komoditi yang mempunyai nilai tambah yang tinggi di pasaran global.
Memastikan industri berasaskan komoditi Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dan menyumbangkan kepada pembangunan negara.
Di antara objektif yang digariskan oleh MPIC adalah:-
Untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut, MPIC disokong oleh enam badan berkanun atau agensi dan lima majlis. Badan-badan tersebut adalah
Lembaga Getah Malaysia (LGM) adalah penjaga industri getah di Malaysia. Ditubuhkan pada 1 Januari 1998, ia mempunyai di bawah lipatannya tiga agensi yang mantap (RRIM, MRRDB dan MRELB), yang kini digabungkan menjadi satu. Objektif utama LGM adalah untuk membantu dalam pembangunan dan pemodenan industri getah Malaysia dalam semua aspek daripada penanaman pokok getah, perahan dan pemprosesan getah mentahnya, pembuatan produk getah dan pemasaran getah dan produk getah.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ialah agensi utama kerajaan yang diamanahkan dengan tugas dan tanggungjawab berkhidmat untuk industri minyak sawit negara. Lembaga ini telah ditubuhkan melalui Akta Parlimen pada 1 Mei 2000, mengambil alih fungsi, melalui penggabungan, Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) dan Pihak Berkuasa Pelesenan dan Pendaftaran Minyak Sawit (PORLA). Each organization had put in about twenty years of service to the palm oil industry and it is for the purpose of rendering more effective service and giving greater national and international focus to the industry that MPOB was instituted.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) adalah badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1973 melalui Akta Parlimen. Objektif utamanya ialah mempromosikan dan menyelaraskan pembangunan menyeluruh industri kayu.
LKTN adalah agensi kerajaan yang diberikan kepercayaan dengan fungsi dan tanggungjawab menguruskan industri tembakau Malaysia. Agensi ini telah ditubuhkan pada tahun 1973 untuk mentadbir, mengawal dan membangunkan industri tembakau.
Lembaga Koko Malaysia (LKM) adalah satu agensi penyelidikan badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (dulu dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Utama). Ianya diwujudkan di bawah Akta Parlimen 343 pada tahun 1988 dan mula beroperasi sejak tahun 1989. Objektif utama penubuhan adalah untuk membangunkan industri koko Malaysia yang bersepadu dan kompetitif di pasaran global. Penekanan diberikan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan dalam pengeluaran biji koko dan peningkatan aktiviti hiliran.
Lembaga Lada Malaysia (MPB) ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 dan dilancarkan pada 1 Januari 2007 untuk mengawal selia, mempromosi dan menigkatkan pasaran lada dan produk tambah nilai lada. Pihak Lembaga juga akan terus berusaha memodenkan, meningkatkan kecekapan dan daya saing industri lada di malaysia di samping memperbaiki sosio-ekonomi dan kesejahteraan penanam lada.
Manakala majlis-majlis yang berada di bawah MPIC adalah
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.