Ong Kian Ming
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dr. Ong Kian Ming (Cina ringkas: 王建民; pinyin: Wáng Jiàn Mín ; lahir 12 September 1975) adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, seorang ahli akademik, penganalisis politik dan kini menjadi ahli strategi pilihan raya bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP). Ong merupakan bekas penganalisis politik terkemuka dalam senario politik Malaysia . Rencana-rencana beliau tersiar dalam Malaysiakini , Malaysian Insider , The Edge dan lain-lain. Kerjaya beliau bermula sebagai pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Dasar Sains, Universiti UCSI dan menjadi pakar rujuk bagi 'Blue Ocean Strategies. Beliau pernah menjadi penganalisis dasar untuk Sosio Ekonomi Pembangunan dan Penyelidikan (SEDAR) dan Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP). Selain itu, beliau juga merupakan perunding bersekutu untuk Kumpulan Perudingan Boston, Kuala Lumpur. [2][3][4]
Remove ads
Remove ads
Pendidikan
Ong belajar peringkat PhD dalam bidang sains politik dari Universiti Duke , Amerika Syarikat. Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Cambridge dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari London School of Economics . Sebelum itu beliau adalah seorang sarjana Asean di Institusi Raffles dan Kolej Rendah Raffles, Singapura .
Keluarga
Ong mempunyai abang dan adik perempuan. Beliau dibesarkan di Petaling Jaya . Bapanya adalah seorang arkitek.
Kontroversi
Sekumpulan lelaki menceroboh masuk ke rumahnya di SS2 pada 10 Julai 2012. Selaku wakil DAP, beliau banyak berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bagi memastikan perjalanan pilihan raya di Malaysia lebih telus dan wibawa.
Keputusan Pilihan Raya
Remove ads
Pautan luar
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads