Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir (lahir 1952) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Temerloh selama sepenggal (2018-2022) dan mantan Timbalan Menteri Kerja Raya (2018-2020). Di peringkat parti beliau merupakan di antara pengasas Parti Keadilan Nasional (kini PKR) pada tahun 1999 dan Parti Amanah Negara pada tahun 2015. Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan ketika dalam PAS.
Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir DCSM (Melaka) | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Temerloh, Pahang | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Nasrudin Hassan |
Digantikan oleh | Salamiah Mohd Nor |
Majoriti | 1,904 (PRU-14) |
Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Menteri | Baru Bian |
Didahului oleh | Rosnah Rashid Shirlin |
Digantikan oleh | Shahruddin Md Salleh |
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara | |
Dalam jawatan 2015–2019 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Mohd Hatta Ramli |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1952 (72 tahun) |
Parti politik | Parti Amanah Negara (2015–kini) Parti Islam Se-Malaysia (2003–2015) Parti Keadilan Nasional (1999–2003) (UMNO) (–1998) |
Pasangan | Datin Wira Hajah Azizah Che Mat[1] |
Pekerjaan | Ahli politik |
Justeru saudara Anuar Tahir mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang kaya dalam bidang organisasi.[perlu rujukan] Beliau pernah menyandang jawatan-jawatan penting dalam ABIM dan pertubuhan-pertubuhan pelajar dan belia Islam seperti IIFSO[perlu rujukan] yang berpengkalan di Kuwait, WAMY yang beribu pejabat di Riyadh, Arab Saudi. Sebagai seorang pemimpin tertinggi ABIM, saudara Anuar juga terlibat dalam kepemimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Beliau adalah bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Sebelum daripada itu beliau adalah bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional (keADILan) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) . Beliau bertanding atas tiket parti Parti Islam Se-Malaysia (PAS) setelah Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, jawatan Timbalan Presiden UMNO dan dipecat dari ahli UMNO.
Pada pilihan raya umum 2008, beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis kawasan Bintong di atas tiket PAS namun tewas kepada Md Isa Sabu (BN- UMNO).
Jawatan terakhir beliau di dalam PAS adalah sebagai Pengerusi Lajnah Buruh & Setinggan. Mohd Anuar Tahir aktif dalam bidang dakwah, sosial dan kemanusiaan.
Pada 18hb April 2009, Mohd Anuar Tahir telah dipilih menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Perlis dalam pertandingan mesra tiga penjuru.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH).[2] Beliau mendakwa bahawa Parti Amanah Negara memiliki 60,000 pnedaftar ahli dalam tempoh hanya dua bulan selepas dilancarkan pada tahun 2015.[3]
Semasa kerajaan PH, beliau dilantik memegang portfolio Timbalan Menteri Kerja Raya (2018-2020).
Mohd Anuar Tahir telah membuat keputusan luar biasa. Beliau bermula dengan UMNO, Parti Keadilan Nasional (KeADILan), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan kini bersama Parti Amanah Negara (AMANAH). Lebih menarik, saudara Anuar membidani kelahiran KEADILAN dan AMANAH apabila menjadi antara pengasas dan Setiausaha Agung pertama bagi kedua-dua parti tersebut"
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Temerloh | Mohd Anuar Mohd Tahir | PH (AMANAH) | 23,998 | Mohd Sharkar Shamsudin | BN (UMNO) | 22,094 | 1,904 |
Md Jusoh Darus | PAS | 14,734 | ||||||
Khaidir Ahmad | BEBAS (GAJAH) | 178 | ||||||
Muhd Fakhrudin Abu Hanipah | BEBAS (BUKU) | 46 | ||||||
1999 | Padang Besar | Mohd Anuar Mohd Tahir | KeADILan | 9,867 | Azmi Khalid | BN (UMNO) | 14,386 | 4,519 |
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Bintong | Mohd Anuar Mohd Tahir | PAS | 2,772 | Md Isa Sabu | BN (UMNO) | 4,882 | 2,110 |
2004 | Beseri | Mohd Anuar Mohd Tahir | PAS | 1,621 | Zahidi Zainul Abidin | BN (UMNO) | 3,492 | 1,871 |
Pada 23 Mei 2009, Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar (LPPB) PAS Pusat, Anuar Tahir kesal tindakan majikan melarang pekerja solat Jumaat.Syarikat MP E-Worldwide Sdn Bhd telah mengeluarkan arahan berbunyi, "NOT APPROVED - PRAYER FOR MUSLIM STAFF DURING OFFICE HOUR" (Tidak Diluluskan - Waktu Solat Bagi Pekerja Muslim Semasa Waktu Bekerja).Alasan yang diberikan ialah kesukaran untuk memantau pekerja Muslim yang berhenti untuk solat waktu tengahari dan petang. Syarikat MLM ini adalah syarikat dari Korea Selatan yang mempunyai cawangan di Kangar, Perlis.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.