Remove ads
sembahyang dalam Islam From Wikipedia, the free encyclopedia
Solat (bahasa Arab: صلاة; pl. ṣalāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam untuk menyembah Allah, Tuhan yang satu. Solat itu dilakukan dengan merujuk Al Quran dan Sunnah Rasul. Sering dirujuk daripada Rasul terakhir, Nabi Muhammad.
Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu dengan nama umum subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan, dan harus bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya. Ini berdasarkan hadis:-
Solat Zohor/Zuhur: Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
Solat Asar: Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
Solat Maghrib: Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.
Solat Isyak: Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.
Solat Subuh: Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.
Dalil-dalil Al-Quran.
1. Surah Al-Baqarah ayat 149 :
Maksudnya :
" Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( Kaabah ). Sesunggunya perintah berkiblat ke Kaabah itu benar dari Allah ( tuhanmu ) dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan ".[1]
2. Surah Al-Baqarah ayat 150:
Maksudnya:
" Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( kaabah ) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka ( ada saja yang mereka jadikan alasannya ). Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada-Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah ( mengenai perkara yang benar ) ".[2]
Dalil-dalil Hadis.
Ayat-ayat ini dijelaskan Rasulullah saw dengan sabdanya : “Islam didirikan dari lima sendi : mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah yang Maha Esa, mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya; mendirikan solat; mengeluarkan zakat; mengerjakan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR BUKHARI DAN MUSLIM DARI IBNU UMAR) (TAISIRUL WUSHUL 1 : 13)[3]
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
Note:tama'ninah = berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah)
Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. Tidak rukun bila solat berjemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan Al-Quran; "Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Al-A'raaf/7:204).
Wikibuku mempunyai sebuah buku berkenaan topik: Solat |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.