parti politik di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Parti Sosialis Malaysia (Tulisan Jawi: ڤرتي سوسياليس مليسيا) (singkatan: PSM) merupakan sebuah parti politik berideologikan sosialisme di Malaysia. PSM ditubuhkan hampir sembilan tahun setelah Parti Rakyat Malaysia (PRM) lantaran parti itu yang menggugurkan 'Sosialis' dari nama asalnya Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). PSM ini ditubuhkan pada tahun 1998, tetapi pendaftaran parti ini selalu ditolak dengan alasan "mengancam keselamatan negara". Namun demikian, parti ini masih menghantar calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum dengan tiket parti pembangkang lain. Akhirnya PSM dapat pendaftaran pada 19 Ogos 2008 setelah penyelesaian kes itu di luar mahkamah.
Parti Sosialis Malaysia ڤرتي سوسياليس مليسيا PSM | |
---|---|
Pemimpin | Michael Jeyakumar Devaraj |
Setiausaha agung | Sivarajan Arumugam |
Ditubuhkan | 30 April 1998 (Didaftarkan pada 19 Ogos 2008) |
Disahkan | 19 Ogos 2018 |
Ibu pejabat | No.140A, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia |
Akhbar | Sosialis Think Left Socialist Perspectives |
Sayap belia | Pemuda PSM |
Keanggotaan (2024) | 59,990 |
Ideologi | Sosialisme Sosialisme Demokratik Eko-Sosialisme Populisme Sayap Kiri Sekularisme Progresivisme |
Kedudukan politik | Politik haluan kiri |
Penggabungan kebangsaan | Sekutu Politik Parti Rakyat Malaysia (sejak 2018) Ikatan Demokratik Malaysia (sejak 2023) |
Warna | Merah Marun, Putih |
Lagu parti | Internationale |
Dewan Negara: | 0 / 70 |
Dewan Rakyat: | 0 / 222 |
Dewan Undangan Negeri: | 0 / 607 |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
partisosialis | |
Parti Sosialis Malaysia di Facebook |
Akhirnya pada 10 September 2008, parti ini berjaya didaftar dan wakil rakyat parti ini bermula mewakili parti ini di dewan undangan. Sebelum itu kedua-dua orang wakil rakyat yang sedia ada mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas menang dengan tiket PKR.
Disebabkan parti ini tidak dapat didaftarkan, oleh itu calon-calon yang dihantar terpaksa bertanding dengan tiket parti lain. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, mereka menggunakan tiket Parti Tindakan Demokratik (DAP). Tetapi menjelang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, DAP enggan membantu PSM dengan tuduhan "tidak pernah bertegur sapa", oleh itu calon-calon PSM beralih mendapat bantuan daripada Parti Keadilan Nasional (KeADILan).
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menggantikan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) terus membenarkan calon-calon PSM bertanding dengan tiket PKR. Namun terdapat seorang calon PSM yang bertanding sebagai seorang calon bebas menggunakan lambang kunci, iaitu calon untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Jelapang di negeri Perak. Di kawasan ini sudah terdapat seorang calon parti pembangkang, iaitu Hee Yit Foong dari DAP. S. Arutchelvan juga bertanding bagi DUN Semenyih di Selangor. Akhirnya, PSM mempunyai dua orang calon yang menang di bawah tiket PKR, iaitu Michael Jeyakumar dari kawasan Parlimen Sungai Siput negeri Perak, dan Pengerusi parti Dr. Mohd Nasir Hashim dari kawasan DUN Kota Damansara negeri Selangor.[1]
bil | Presiden | Tempoh |
---|---|---|
1 | Mohd Nasir Hashim | 2008 - 2019 |
2 | Michael Jeyakumar | 2019 - Kini |
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.