Parti Gagasan Rakyat Sabah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Parti Gagasan Rakyat Sabah
Remove ads

Parti Gagasan Rakyat Sabah, didaftarkan sebagai Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (diringkaskan sebagai GAGASAN atau PGRS) atau lebih dikenali dengan singkatannya Gagasan Rakyat, ialah sebuah parti politik tempatan di Sabah, Malaysia[6][7] Parti ini dibentuk dan didaftarkan pada 28 Ogos 2013 oleh ahli politik tempatan Sabah iaitu Ationg Tituh[8][9][10] sebagai sebuah parti pelbagai kaum dengan matlamat untuk memperlihatkan sudut pandang dan keinginan anak Sabah dalam kerajaan.[11] Parti Gagasan Rakyat Sabah mula aktif dan mula memperkasakan jentera parti pada tahun 2016.[12] Parti ini merupakan komponen utama Gabungan Rakyat Sabah sejak 9 Disember 2022.[13]

Fakta Segera Singkatan, Presiden ...
Remove ads
Remove ads

Sejarah

Pendaftaran dan kebangkitan parti

Parti politik ini dibentuk dan didaftarkan pada 28 Ogos 2013 oleh Dr. Ationg Tituh[14][15][16] sebagai sebuah parti pelbagai kaum dengan matlamat untuk memperlihatkan sudut pandang dan keinginan anak Sabah dalam kerajaan.[17] Parti ini juga merupakan serpihan dari Parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) yang dibubarkan pada tahun 2001, dan telah dibina semula oleh bekas Ahli AKAR yang menolak bekerjasama dengan UMNO dan parti-parti dari Semenanjung Malaysia.[18] Parti Gagasan Rakyat Sabah mula aktif dan mula memperkasakan jentera kubu parti pada 2016.[19] Pada mulanya, parti ini telah berjaya didaftarkan sebagai Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA), dan merupakan salah satu antara pendaftaran parti baharu yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dibawah perlembagaan Akta Pertubuhan 1966 serta sekaligus berjaya mendapatkan kebenaran untuk beroperasi sebagai parti politik pada 2013.[20][21][22]

Percubaan untuk bekerjasama

Pada Mac 2020, GAGASAN telah bersama-sama tiga parti politik Sabah yang lain untuk bertujuan membentuk persefahaman baharu bagi menubuhkan gabungan parti politik lokal Sabah. Parti tersebut ialah Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah (Anak Negeri) dan sebuah parti yang belum berdaftar, Parti Hak Sabah. Keempat-empat parti pada mulanya bersepakat untuk membuat kerjasama dengan menggabungkan keempat-empat parti dalam satu parti iaitu GAGASAN, dengan Anifah Aman sebagai Presiden.[23] [24]

Walau bagaimanapun, perancangan penggabungan parti pembangkang ini gagal selepas GAGASAN dan Anak Negeri menarik diri untuk meneruskan agenda parti masing-masing selepas individu yang sepatutnya menjadi Presiden gabungan, Anifah Aman menyertai PCS dan terpilih menjadi Presiden PCS pada Julai 2020 sebelum pilihan raya negeri mengejut.[25][26]

Pengambilalihan oleh bekas pemimpin Bersatu Sabah

Pada 29 Januari 2023, demi memperkuatkan lagi kubu-kubu parti tempatan di Sabah, Ketua Menteri ke-16, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor telah bertindak mengumumkan untuk mengetuai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS). Beliau berkata PGRS akan digunakan untuk meneruskan perjuangan sebagai parti tempatan di Sabah beserta pembawaan autonomi yang tersendiri. PGRS juga telah diterima oleh GRS sebagai parti komponen pada 9 Disember 2022 selepas perjumpaan mesyuarat khas gabungan politik tersebut.[27]

Ahli Parlimen Papar, Armizan Mohd. Ali berkata empat bekas ahli Parlimen BERSATU Sabah tidak akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah kerana undang-undang anti-lompat parti dengan kenyataan dimana mereka telah menggunakan tiket logo GRS untuk memenangi kerusi parlimen. Sebaliknya, mereka akan kekal sebagai ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).[28]

Pada 5 Februari 2023, Hajiji Noor secara rasmi mengambil alih Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) selepas Mesyuarat Agung Khas (EGM) parti itu yang dirasmikan oleh presiden terdahulu, Stephen Jacob Jimbangan.[29]

Remove ads

Senarai presiden GAGASAN

Thumb
Dr. Ationg Tituh (gambar), pengasas dan presiden sulung untuk Parti GAGASAN[30]

Presiden

Maklumat lanjut Ketua Yang ke-, Nama ...

Sejarah ketua-ketua utama dalam parti

Ketua Penerangan GAGASAN

Maklumat lanjut Bil., Nama ...

Ketua Wanita GAGASAN

Maklumat lanjut Bil., Nama ...

Ketua Beliawanis GAGASAN

Maklumat lanjut Bil., Nama ...

Ketua Pemuda Pusat GAGASAN

Maklumat lanjut Bil., Nama ...

Ketua Penerangan Pemuda GAGASAN

Maklumat lanjut Bil., Nama ...

Exco Alam Sekitar dan Komuniti Pemuda

Maklumat lanjut Bil., Nama ...

Kepimpinan

Pengasas Gagasan Rakyat

Thumb
Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diasaskan oleh Ationg Tituh (gambar) pada tahun 2013.[42]

Kepimpinan semasa Parti GAGASAN

Presiden:

Timbalan Presiden:

Naib Presiden:

  1. Mohd Ariffin Mohd Arif
  2. Rubin Balang
  3. Masiung Banah

Ketua Pergerakan Wanita GAGASAN:

  • Redonah Bahanda

Ketua Pergerakan Pemuda GAGASAN:

Ketua Beliawanis:

  • Emmie M. ldang

Setiausaha Agung:

  • Mohd Razali Razi

Timbalan Setiausaha Agung:

Bendahari Agung:

Timbalan Bendahari Agung:

  • Tahir Picho

Ketua Penerangan:

Ahli Majlis Tertinggi (AMT):

Ketua-ketua bahagian[43]

    • N01 Banggi: Mohammad Mohamarin
    • N02 Bengkoka: Mohamad Tasan
    • N03 Pitas: Ruddy Awah
    • N04 Tanjong Kapor: Ben Chong Chen Bin
    • N05 Matunggong: Barlus Mangabis
    • N06 Bandau: Maijol Mahap
    • N07 Tandek: Janathan Kandok
    • N08 Pintasan:Fairuz Renddan
    • N09 Tempasuk: Mohd Arsad Bistari
    • N10 Usukan: Japlin Akim Abd Hamid
    • N11 Kadamaian: Roslan Durahman
    • N12 Sulaman: Hajiji Noor
    • N13 Pantai Dalit: Jasnih Daya
    • N14 Tamparuli: Alijus Mohd Ali Sipil
    • N15 Kiulu: Janih Bangud
    • N16 Karambunai: Arshad Idris
    • N17 Darau: Mohd Razali Mohd Razli
    • N18 Inanam: Roland Chia Ming Shen
    • N19 Likas: Mohammad Bahrin Abd Karim
    • N20 Api-Api: Raisyal Yusof Hamdain Diego
    • N21 Luyang: Ruhsimah Rosimah Zakaria
    • N22 Tanjung Aru: Awang Ahmad Sah Awang Sahari
    • N23 Petagas: Mohd Isquzawan Israq Arsit
    • N24 Tanjung Keramat: Ummar Ariff Abu Bakar Yahya
    • N25 Kapayan: Stephen Jacob Jimbangan
    • N26 Moyog: Ceasar Mandela Malakun
    • N27 Limbahau: Christopher Raul Darison
    • N28 Kawang : Gulham Haidar Khan Bahadar
    • N29 Pantai Manis : Abdul Rahim Ismail
    • N30 Bongawan: Ampuan Hassim Ampuan Mahmot
    • N31 Membakut: Mohd Arifin Mohd Arif
    • N32 Klias: Isnin Aliasnih
    • N33 Kuala Penyu: Limus Jury
    • N34 Lumadan: Mazlan Johari Manan
    • N35 Sindumin: Yusof Yacob
    • N36 Kundasang: Johari Suhaimin
    • N37 Karanaan: Masidi Manjun
    • N38 Paginatan: Amisah Yassin
    • N39 Tambunan: Victor P Paut
    • N40 Bingkor: Jasri Nasip Matjakir
    • N41 Liawan: Azaman Azman Ruslan
    • N42 Melalap: Jamawi Ja’afar
    • N43 Kemabong: Rubin Balang
    • N44 Tulid: Bobbey Ah Fang Suan
    • N45 Sook: Abi Wendes Gagamboi
    • N46 Nabawan: Abdul Ghani Mohamed Yassin
    • N47 Telupid: Pinus Gondiu
    • N48 Sugut: James Ratib
    • N49 Labuk: Samad Jambri
    • N50 Gum Gum: Juslie Ajirol
    • N51 Sungai Manila: Hazem Mubarak Musa
    • N52 Sungai Sibuga: Amir Shah Yaakub
    • N53 Sekong: Safaruddin Abu
    • N54 Karamunting: George Hiew Vun Zin
    • N55 Elopura: Awang Kadin Tang
    • N56 Tanjong Papat: Faris Fadilah Awang Kamaruddin
    • N57 Kuamut: Masiung Banah
    • N58 Lamag: Abu Bakar Gapar
    • N59 Sukau: Juhari Janan
    • N60 Tungku: Abdul Hakim Gulam Hassan
    • N61 Segama: Rajesh Yusof
    • N62 Silam: Mizma Appehdullah
    • N63 Kunak: Norazlinah Arif
    • N64 Sulabayan: Abd Hajan Gurimbang
    • N65 Senallang: Abd Aziz Abd Hamid
    • N66 Bugaya: Marunda Ampong
    • N67 Balung: Hamlid Hamid Awang
    • N68 Apas: Nizam Abu Bakar Titingan
    • N69 Sri Tanjung: Naim Ahmat
    • N70 Kukusan: Abdul Karim Abdul Wahid
    • N71 Tanjong Batu: Saharuddin Salleh
    • N72 Merotai: Mohamad Jalani Chachu
    • N73 Sebatik: Hassan Ghani Pg Amir
    • P166 Labuan: Rosli Awang Damit
Remove ads

Logo dan Bendera

Warna utama yang digunakan dalam logo dan bendera Gagasan Rakyat ialah warna Merah dan Biru. Gagasan Rakyat sentiasa menggunakan Merah dan Biru sebagai tema parti kerana Merah melambangkan Keberanian rakyat menuntut hak-hak Sabah manakala warna Biru melambangkan Perpaduan rakyat Sabah.[44]

Thumb
Logo rasmi Gagasan Rakyat Sabah


Thumb
Bendera rasmi Gagasan Rakyat Sabah

Perwakilan

Dewan Negara

Dewan Negara

2 / 70
Maklumat lanjut Lantikan, Ahli ...

Dewan Undangan Negeri Sabah

Dewan Undangan Negeri Sabah

26 / 79
Maklumat lanjut Negeri, No. ...
Remove ads

Keputusan pilihan raya umum

Maklumat lanjut Pilihan raya, Jumlah kerusi dimenangi ...

Keputusan pilihan raya negeri

Maklumat lanjut Tahun pilihan raya, Ahli Dewan Undangan Negeri ...

Rekod pencapaian

Sebagai pembangkang Sabah (Julai 2020 - September 2020)

  • Berjaya dalam meraih sokongan untuk pembatalan Projek Kad PSS yang memberi keutamaan kepada Pendatang-pendatang tanpa izin dan pendatang tanpa dokumen sah[46]
  • Berjaya menyuarakan tuntutan duit peruntukan untuk projek pembangunan Sabah (Projek Gagah Sabah 2020) dan peruntukan bantuan Covid-19 Sabah[47]
  • Menang dengan majorti mudah di dalam Pilihan raya negeri Sabah 2020 bersama GRS[48]

Sebagai kerajaan Sabah (Oktober 2020 - 2025)

  • Berjaya mencatat Lima (5) tahun pertama yang lancar dengan Misi dan Visi Hala Tuju Sabah Maju Jaya[49]
  • Berjaya menggariskan sasaran Misi dan Visi Hala Tuju Sabah Maju Jaya[50]
  • Berjaya menubuhkan Sabah Maju Jaya (SMJ) Petroleum Sdn Bhd pada tahun 2021[51]
  • Pemberian sumbangan Rumah percuma SMJ di Sabah yang sudah mencapai 95% penerima layak seluruh kawasan setakat Disember 2024[52]
  • Lebuhraya Pan Borneo diteruskan dan siap 87% setakat tahun 2024, syarikat-syarikat kontraktor akan ditambah pada tahun 2025 untuk mempercepatkan proses penyiapan Lebuhraya.[53]
  • Projek pembangunan The Skybridge City Centre Kota Kinabalu yang memudahkan pejalan kaki bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di pusat bandar.[54]
  • Projek pengiiktirafan Anjung Kinabalu.[55]
  • Projek pengiiktirafan kawasan Membakut sebagai Daerah penuh di Sabah Malaysia pada tahun 2023.[56]
  • 85% Jalan kampung dinaiktaraf setakat 2024[57]
  • Daya tarik pelaburan Sabah meningkat 80% serta ekonomi Sabah meningkat sebanyak 70% dan feedback dari pelabur-pelabur luar negara yang berpuas hati dengan kestabilan ekonomi Sabah sejak 2024.[58]
  • Hasil dagang tempatan di Sabah yang meningkat 57% pada awal tahun 2025[59]

Lihat juga

Pautan luar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads