From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam pemahaman ideologi politik, istilah sayap kanan atau haluan kanan digunakan dalam spektrum politik kiri kanan mengungkapkan fahaman yang menganggap tatanan masyarakat yang sedia ada sebagai perkara yang lumrah atau dikehendaki[1][2][3] bersebabkan hukum alam, ekonomi, wewenangan, pemilikan harta benda mahupun adat resam.[4][5]:693, 721[6][7][8][9][10] Lawannya yang disebut sebagai sayap kiri (lihat asalnya).
Politik yang berhaluan "kanan" secara amnya memaksudkan bahagian-bahagian spektrum politik yang sering dikaitkan dengan sesetengah jenis konservatisme, tradisionalisme, monarkisme, libertarianisme kanan, korporatisme, kanan agama, nasionalisme (yang boleh juga berhaluan kiri), militarisme, produserisme, nativisme, reaksionisme malah sejauh sosialisme kebangsaan dan fasisme.
Pengungkapan "kanan" ini berasal dari Perancis semasa awal zaman Revolusinya, apabila wakil-wakil rakyat kebanyakan (Darjat Ketiga) dan berfahaman liberal dalam Perhimpunan Kebangsaan duduk di kiri kerusi presiden sidang melawan wakil-wakil paderi (Darjat Pertama) dan bangsawan (Darjat Kedua) pada tahun 1789.[11][12] Di Senat Perancis, amalan wakil-wakil duduk di sebelah kanan atau kiri kerusi presiden mengikut kecenderungan politik masing-masing masih diteruskan sehingga ke hari ini.
Oleh sebab kaitan asal ini semakin lapuk, maka maksud istilah ini telah berubah agar sesuai dengan spektrum idea dan pendirian yang dibandingkan, serta sudut pandangan penceramah.
Oleh sebab timbulnya isu-isu sosial baru, pandangan sayap kanan masih mementingkan pemeliharaan nilai-nilai "tradisional" (termasuk nilai-nilai keagamaan) dan pemeliharaan hak-hak individu dan korporat melalui pengehadan kuasa kerajaan. Namun begitu, kepentingan nilai-nilai dan dasar sayap kanan berbeza-beza mengikut negara dan zaman. Selain itu, ahli politik dan pemikir sayap kanan individu selalu memegang keutamaan individu. Tiadanya kriteria objektif yang diterima sejagat bagi menentukan yang mana antara kedua-dua kepercayaaan atau dasar tersebut lebih berhaluan kanan.
Baru-baru ini, istilah ini sering merangkumi beberapa bentuk konservatisme. Ada yang menganggap sayap kanan itu termasuklah bentuk-bentuk liberalisme yang lebih menekankan pasaran bebas berbanding egalitarianisme apabila membincangkan kekayaan, namun sesetengah penyokong pasaran bebas, termasuk beberapa libertarian, membayangkan spekturm politik dua dimensi yang dikatakan mereka sebagai menggambarkan pendirian politik mereka dengan lebih tepat. [13] (Lihat Carta Nolan, Carta Pournelle, Kompas Politik). Ramai penyokong anarki (termasuk sosialis libertarian) juga tidak meletakkan diri mereka dalam spektrum politik klasik ini.
Di luar Amerika Syarikat dan Kanada (di mana kapitalisme didukung oleh ahli politik utama dan golongan-golongan sayap kiri dan kanan), perbezaan yang paling nyata antara sayap kiri dan kanan terletak pada dasar ekonomi. Golongan sayap mengemukakan kapitalisme, manakala sayap kiri pula menyokong sosialisme (termasuk sosialisme demokratik) atau komunisme. Ada pihak di sayap kanan yang mendukung kapitalisme laissez faire yang cenderung kepada minarkisme dengan campur tangan kerajaan yang minima dalam ekonomi selain mengawal bekalan wang dan sedikit pencukaian selain menyokong pihak tentera dan keselamatan. Di sisi yang bertentangan dalam apa yang dianggap sebagai kanan tengah, pengikut Gaulisme kanan tengah di Perancis selepas Perang Dunia II mendukung perbelanjaan sosial yang banyak untuk pembangunan pendidikan dan prasarana, serta pengawalan ekonomi menyeluruh dan juga pengagihan semula kekayaan terhad yang agak cenderung kepada sifat-sifat demokrasi sosial.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.