1906 - Jemaah menteri Sir Henry Campbell-Bannerman (yang merangkumi H.H. Asquith, David Lloyd George, dan Winston Churchill) memulakan pembaharuan sosial setelah Parti Liberal mereka menang besar di pilihan raya umum British.
1945 - Perang Dunia II: Pihak Soviet melancarkan serangan besar-besar menentang Nazi di Eropah Timur.
1962 - Ops Chopper, operasi pertama melibatkan helikopter Tentera Darat Amerika Syarikat di medan Vietnam dilancarkan. 1,000 orang askar Vietnam Selatan diangkut oleh helikopter CH-21 Shawnee untuk menyerbu sebuah ibu pejabat Viet Cong 16 kilometer dari Saigon.
1964 - Pejuang pemberontak di Zanzibar melancarkan Revolusi Zanzibar lalu mengisytiharkan republik.
1970 - Republik Biafra(gambar bendera) di tenggara Nigeria yang sebelumnya mengisytiharkan berpisah menyerah kalah, mengakhiri Perang Saudara Nigeria..
1971 - Reverend Philip Berrigan dan lima orang lain dituduh merancang penculikan Henry Kissinger dan letupan terowong pemanasan bangunan persekutuan di Washington, D.C.
2006 - Kejadian rempuh-rempuhan ketika adat melempar jamrah pada hari terakhir penunaian haji di Mina, Arab Saudi, menyebabkan 362 jemaah haji terkorban.
2006 - Turki membebaskan Mehmet Ali Ağca setelah 25 tahun dipenjara kerana menembak Paus John Paul II.
2006 - Kapal perang Clemenceau mendarat di Mesir tetapi dilarang melalui Terusan Suez. Kapal ini dipenuhi aktivis Greenpeace.
2007 - Komet McNaught mencapai tahap perihelion lalu menjadi komet paling terang dalam masa 40 tahun.
2007 - Bencana banjir besar melanda buat kali kedua dalam tempoh sebulan di beberapa negeri di Malaysia seperti Johor, Pahang dan Sabah.
2010 - Satu gempa bumi berukuran 7.0 Mwmelanda Haiti(gambar), menjejaskan sehingga 3 juta orang.