393 - Maharaja RomTheodosius I mengisytiharkan anakandanya Honorius yang berusia 9 tahun sebagai maharaja bersama.
971 - Di China, pasukan gajah perang dari Han Selatan ditumpaskan oleh tembakan busur silang dari tentera Dinasti Song. Maka negeri Han Selatan terpaksa akur kepada kerajaan Song, maka berakhirnya juga pasukan gajah perang tetap pertama dalam tentera Cina yang membawa kemenangan kepada negeri Han Selatan sepanjang abad ke-10.
1510 - Henry VIII dari England yang berusia 18 tahun menyamar dalam acara sukan lawan tombak di Richmond, lalu disambut baik kerana kemahirannya sebelum mendedahkan identitinya.
1849 - Elizabeth Blackwell dikurniakan ijazah M.D. oleh Institut Perubatan Geneva, New York, sekaligus menjadi doktor wanita pertama di Amerika Syarikat.
1879 - Perang Inggeris-Zulu: Tamatnya Pertempuran Rorke's Drift.
1897 - Elva Zona Heaster ditemui mati di Daerah Greenbrier, West Virginia. Perbicaraan tuduhan membunuh terhadap suaminya mungkin merupakan satu-satunya kes dalam sejarah Amerika Syarikat yang kononnya testimonihantu membantu mengenakan sabitan.
1912 - Konvensyen Candu Antarabangsa ditandatangani di Den Haag.
1920 - Belanda enggan menyerahkan bekas KaiserWilhelm II dari Jerman ke pihak Berikat.
1937 - Di Moscow, 17 pemimpin Komunis dibicarakan kerana dituduh menyertai rancangan Leon Trotsky untuk menggulingkan rejim Joseph Stalin dan membunuh para pemimpinnya.
1960 - BatiskafTrieste(gambar), sejenis kapal selam laut dalam, mencatat rekod apabila mencapai kedalaman 10,916 m di Laut Dalam Challenger di Jurang Mariana.
1978 - Sweden menjadi negara pertama di dunia yang mengharamkan semburan aerosol yang dipercayai merosakkan lapisan ozon Bumi.
1986 - Chuck Berry, James Brown, Ray Charles, Sam Cooke, Fats Domino, Adik-beradik Everly, Buddy Holly, Jerry Lee Lewis, Little Richard dan Elvis Presley menjadi tokoh-tokoh pertama yang dilantik untuk keahlian Dewan Kemasyhuran Rock and Roll.