27 Januari merupakan hari ke-27 dalam kalendar Gregory . Tinggal 338 hari (atau 339 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Peringatan Holokus Antarabangsa .
Pintu masuk Auschwitz
98 - Trajan menjadi Maharaja Rom setelah kematian Nerva .
661 - Zaman Khulafa al-Rasyidin berakhir setelah khalifah Ali bin Abi Talib meninggal dunia akibat ditikam pisau beracun.
1343 - Paus Clement VI mengeluarkan Bulla Unigenitus yang mengecam pandangan Pasquier Quesnel , seorang ahli teologi Perancis, yang didakwa bidaah dan kufur .
1593 - Takhta Suci membuka perbicaraan 7 tahun terhadap Giordano Bruno yang didakwa kerana ideanya yang bercanggah dengan ajaran agama.
1695 - Mustafa II menjadi Sultan Uthmaniyyah di Istanbul setelah kemangkatan Ahmad II .
1818 - Bermulanya Perang Saudara Finland .
1888 - Persatuan National Geographic , penerbit Majalah National Geographic , diperbadankan di Washington, D.C.
1944 - Perang Dunia II: Pengepungan Leningrad berakhir setelah 900 hari.
1945 - Perang Dunia II: Tentera Merah Soviet membebaskan 7,500 tawanan perang yang ditinggalkan oleh kakitangan Nazi di kem tumpuan Auschwitz (gambar) di Oświęcim , Poland.
1951 - Ujian nuklear di Tapak Ujian Nevada bermula dengan bom satu kilotan digugurkan pada Frenchman Flats .
1967 - Kapal angkasa lepas Apollo 1 dimusnahkan oleh kebakaran di Pusat Angkasa Lepas Kennedy , yang turut mengorbankan angkasawan Gus Grissom , Edward White dan Roger Chaffee .
1967 - Lebih 60 negara menandatangani Perjanjian Angkasa Lepas yang mengharamkan penggunaan senjata nuklear di angkasa.
1973 - Perjanjian Damai Paris dimeterai untuk menghentikan Perang Vietnam buat sementara dengan suatu gencatan senjata.
1974 - Sungai Brisbane melimpah, maka menyebabkan banjir terbesar pernah dialami bandar Brisbane sepanjang abad ke-20.
1996 - Kolonel Ibrahim Baré Maïnassara merampas kuasa Mahamane Ousmane , presiden pilihan demokratik pertama di Niger .
1996 - Jerman buat julung kalinya menyambut Hari Peringatan Holokus Antarabangsa .
2012 - Kesatuan Eropah dan 22 negara anggota menandatangani Anti-Counterfeiting Trade Agreement , mengakibatkan perletakan jawatan pelapor perjanjian tersebut dan bantahan di seluruh Poland.
Wolfgang Amadeus Mozart