Remove ads
1917-1946 From Wikipedia, the free encyclopedia
Tentera Merah (Rusia: Рабоче-крестьянская Красная армия, Raboche-krest'yanskaya Krasnaya armiya ; RKKA, atau terjemahan penuhnya iaitu Tentera Merah Pekerja-Petani) merupakan pasukan bersenjata pertama yang disusun oleh golongan Bolshevik semasa Perang Saudara Rusia pada tahun 1918 dan, pada tahun 1922, menjadi pasukan tentera darat untuk Kesatuan Soviet.
|
"Merah" secara rasminya merujuk kepada darah kelas pekerja dalam pergelutan mereka menentang kapitalism, dan kepercayaan kepada kesamarataan. Nama "Merah" telah digugurkan pada 25 Februari 1946, apabila simbol-simbol kebangsaan mengantikan semangat-semangat lama revolusi, dan ia kemudian dengan rasminya dinamakan semula sebagai Tentera Darat Soviet (bahasa Rusia: Советская Армия, Sovetskaya Armiya). Tentera Merah secara beransur-ansur berkembang untuk menjadi pasukan tentera darat terbesar dalam sejarah sejak tahun 1940-an sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991, walau bagaimanapun Tentera Pembebasan Rakyat China mungkin melepasi Tentera Merah dari segi saiz dalam beberapa ketika.
Rencana ini menumpukan unsur pasukan darat dari Tentera Darat Soviet, yang kemudian dikenali sebagai Pasukan Darat Soviet. Sila lihat Angkatan Tentera Soviet untuk perincian keseluruhan pasukan tentera bersenjata Soviet.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.