Kunyu Wanguo Quantu

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kunyu Wanguo Quantu

Kunyu Wanguo Quantu merupakan peta dunia yang pertama di dunia. Peta ini dihasilkan pada 1602 oleh Matteo Ricci seorang pengembara Itali, Eropah yang ditemui di negara China. Peta ini penting dalam memperluaskan pengetahuan tentang dunia di China, dan di Jepun.[1] Peta ini menerima jolokan Impossible Black Tulip of Cartography (Tulip Hitam Mustahil dalam Kartografi), kerana "jarang ditemui, penting dan luar biasa".[2]

Thumb
Unjuran perta pseudosilinder Eckert IV, 1906, seiras peta Ricci 1602
Thumb
Peta Ricci 1602, butiran Teluk Mexico, Florida, Cuba, Yucatan, Mexico
Thumb
panel 1 dan 6 (kiri & kanan) dalam peta Ricci 1602 di Museo della Specola, Bologna.
Thumb
Butiran negara China dan Timur Jauh, keratan dari salinan 1604(?) dari peta Ricci 1602.
Thumb
James Ford Bell Library copy of 1602 Ricci map
Thumb
Shanhai Yudi Quantu 1609 (bukan karya Ricci)
Thumb
1620's Giulio Aleni world map Wanguo Quantu (萬國全圖},[3]
Thumb
Kunyu Quantu 1674 oleh Ferdinand Verbiest, 2 hemisfera
Thumb
Kunyu Quantu 1674 oleh Ferdinand Verbiest, 1 hemisfera (amat terperinci)
Thumb
Edisi warna dua halaman yang cukup terperinci (1604?), salinan peta 1602

Keterangan

Pada 1602, Matteo Ricci telah menghasilkan peta bersaiz 1.52 meter (59.84 in) × 3.66 meter (144.09 in) dengan cetak ukiran kayu daripada unjuran peta pseudosilinder seperti Eckert IV.[2] Peta ini menunjukkan China di terletak di tengah-tengah dunia. Ini adalah peta pertama di China untuk yang menunjukkan benua Amerika. Peta seperti cermin gambar ini awalnya diukir pada enam besar blok kayu dan kemudian dicetak dalam tinta coklat kertas enam panel seperti layar ganda.

Peta ini turut menggambarkan benua Amerika Utara Amerika Selatan dan Lautan Pasifik dengan ketepatan yang wajar. China terletak di Asia termasuk negara India dan Timur Tengah. Benua Eropah, di Laut Mediterranean dan Afrika juga digambarkan dengan baik.[2] Diane Neimann menyatakan terdapat beberapa distorsi (herotan), tapi peta ini dihasilkan berdasarkan perniagaan, perdagangan dan penerokaan, sehingga seseorang memiliki rasa yang baik apa yang dikenali kemudian.[2]

Ti Bin Zhang, setiausaha budaya di Kedutaan China di Washington menyatakan bahawa peta ini merupakan pertemuan pertama Timur dan Barat dan merupakan pemangkin untuk perdagangan.[4]

Huraian

Peta ini mencatatkan berbagai wilayah di dunia. Afrika dikatakan memiliki gunung tertinggi di dunia dan sungai terpanjang. Amerika Utara ada lembu bison, kuda liar dan kawasan bernama "Jia na da" (Kanada). Florida dikenali sebagai "taman bunga", "Wa ti ma la" sebagai Guatemala, "Yu-ho-t'ang" sebagai Yucatan, dan "Chih Li" sebagai Chile kini.[4] Panduan bacaan katakana Jepun juga tertera pada sesetengah nama tempat.

Pelukis peta ini, Matteo Ricci, menerangkan penemuan benua Amerika secara ringkas. "Pada zaman dahulu, tiada sesiapa pun yang tahu akan kewujudan benua-benua Amerika Utara dan Selatan dan Magellanica (nama yang diberikan oleh pelukis peta zaman silam kepada Australia dan Antartika), sehinggalah seratus tahun dahulu, orang Eropah berlayar kapal ke mari ke pesisir laut, maka ditemuinya benua-benua tersebut."[4]

Sejarah

Matteo Ricci (1552-1610) adalah seorang ketua paderi .Beliau adalah sarjana Barat pertama tinggal di China. Pada 1583 beliau masuk ke China dari pulau Macao. Beliau melukis peta dunia ini atas permintaan Gabenor dari Zhaoqing bernama Wang Pan, yang inginkan dokumen tentang penerokaan dan penjelajahan cendiakawan.[4]

Pada 24 Januari 1601, Ricci pergi ke Beijing, membawa atlas dari Eropah .Pada tahun 1602, atas permintaan Maharaja Wanli, Ricci bekerjasama dengan Cina Zhong Wentao, penterjemah teknikal Li Zhizao untuk menghasilkan peta dunia terbesar . Kini peta itu dikenali sebagai 'Kūnyú Wànguó Quántú'. Peta ini adalah sebuah kolaborasi hebat antara Timur dan Barat dalam penyebaran tamadun. Sebahagian peta ini telah hilang atau tidak lengkap.

Satu salinan lain peta 1602 ini terdapat di Universiti Kyoto, Jepun.

Ricci meninggal dunia di Peking 1610.

Galeri peta

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.