From Wikipedia, the free encyclopedia
Wira perkasa Komik DC merupakan watak fiksyen yang pertama kali muncul dalam satu naskhah Komik Detektif pada bulan Mei 1939. Batman, bersama Superman di bawah label DC menjadi antara wira-wira komik terkenal di dunia. Batman direka oleh Bob Kane.
Batman | |
---|---|
| |
Penerbit | Komik DC |
Kemunculan pertama | Sejarah: Komik Detektif #27 (Mei 1939) Moden: Batman #404 (Batman: Tahun Pertama #1, Februari 1987) |
Dicipta oleh | Bob Kane Bill Finger |
Statistik | |
Nama sebenar | Bruce Wayne |
Status | Aktif |
Gabungan | Keluarga Batman, Superman |
Gabungan dahulu | Orang luar, Liga Keadilan Bumi-Dua: Persatuan Keadilan Amerika, Skuadron Artis Handalan |
Nama lain | Matches Malone |
Saudara terkenal | Thomas Wayne (ayah, maut) Martha Wayne (ibu, maut) Phillip Wayne (bapa saudara dan bapa angkat, maut) Dick Grayson (anak angkat) Jason Todd (anak angkat) Tim Drake (anak angkat) Bumi-Dua: Helena Wayne (anak perempuan, maut) Kesinambungan lain: Ibn al Xu'ffasch (anak lelaki) |
Kuasa terkenal | Tiada; * kecerdasan tahap genius * tuan detektif * keadaan fizikal manusia terbaik * guru silat * ahli eskapologi * boleh menggunakan perkakas teknologi tinggi. |
Nama sebenar Batman ialah Bruce Wayne, seorang jutawan dan pemilik kepada Wayne Industries, sebuah syarikat besar di kota Gotham, yang mempunyai zaman kanak-kanak yang penuh kegelapan, sewaktu ibu bapanya dibunuh di depan matanya sendiri.
Tidak seperti wira komik yang lain seperti Superman, Batman tidak mempunyai kuasa yang dihasilkan dalam badannya. Sebaliknya dia memperoleh kemahirannya yang menakjubkan itu melalui latihan yang amat dahsyat. Komik-komik Batman selama ini tidak menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan cara Bruce mempelajari kemahirannya.
Bruce Wayne menguasai banyak ilmu dan kemahiran sehingga mencapai tahap pakar di dalam setiap satu darinya. Berikut adalah senarai ilmu dan kemahiran yang telah beliau perolehi sebelum menjadikan dirinya The Batman :
Ada banyak lagi kemahiran yang dikuasai oleh Bruce Wayne. Ini adalah disebabkan dia telah mula berguru di dalam pelbagai bidang sejak umur awal remaja lagi. Walaupun dia hanyalah manusia biasa, dia berjaya membuktikan bahawa potensi kemampuan manusia boleh mencapai tahap mengagumkan jika dilatih dengan cara yang sistematik serta ditambah dengan kesungguhan yang luar biasa. Beliau adalah HERO yang dianggap setaraf SUPERHERO oleh rakan-rakan seperjuangannya yang terulung seperti Superman dan Wonder Woman.
Dalam filem Batman Begins, Bruce Wayne menyertai satu pertubuhan kongsi gelap pimpinan Ra's al Ghoul di pergunungan Himalaya dan di sinilah dia melatih seni mempertahankan diri yang luar biasa.
Rekabentuk Batsuit mengalami perubahan melalui zaman, namun sifat-sifat terpenting kostum ini dikekalkan, termasuk kain jubah scallop-hem, topeng yang melitupi kepalanya dan bertanduk seperti telinga kelawar, dan simbol kelawar pada dadanya.
Batmobile ialah kenderaan utama Batman yang berwarna hitam dan memecut pada kelajuan tinggi agar wira ini cepat sampai di tempat kejadian jenayah. Senjata utamanya batarang berasaskan alat boomerang yang berbentuk kelawar dilemparkan terhadap lawannya. Batman menyimpan kebanyakan kelengkapannya dalam tali pinggang utilitinya yang berwarna kuning, dan dikatakan menampung pelbagai senjata pembasmi jenayah dalam kuantiti seakan-akan tidak terhad.
Batman juga dibantu Superman dan ahli Justice League yang lain (hampir kesemua watak wira perkasa DC Comics) dalam kembara membasmi kejahatan di Bumi dan angkasa.
Pada tahun 1989, Warner Bros. mengeluarkan filem aksi langsung Batman; diarahkan oleh Tim Burton dan dibintangi oleh Michael Keaton sebagai watak utama. Filem itu adalah kejayaan besar; bukan sahaja filem terunggul tahun ini, tetapi pada masa itu adalah filem kelima tertinggi dalam sejarah.[1] Filem ini juga memenangi Anugerah Akademi untuk Arah Seni Terbaik..[2] Kejayaan filem ini menghasilkan tiga filem sususlan, iaitu Batman Returns (1992), Batman Forever (1995) dan Batman & Robin (1997); dua yang terakhir diarahkan oleh Joel Schumacher bukannya Burton, dan menggantikan Keaton sebagai Batman dengan Val Kilmer dan George Clooney. Filem Schumacher yang kedua gagal mengatasi mana-mana pendahulu dan kritikal; menyebabkan Warner Bros membatalkan sekuel keempat yang dirancang, Batman Unchained ,[3] dan menamatkan awal siri filem.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.