Remove ads
benua From Wikipedia, the free encyclopedia
Benua Amerika (Jawi: اميريكا, juga Merika ميريكا, ميريک atau مريک k. lama.[1]) merujuk kepada daratan besar antara Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Benua besar ini umumnya dibahagikan kepada tiga iaitu Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Benua Amerika juga merangkumi rantau kepulauan Caribbean, Laut Caribbean sekitarnya, serta Tanah Hijau (bukan Iceland).
Rencana ini perlu dikembangkan untuk memenuhi kriteria sebagai rencana Wikipedia. Bantulah untuk mengembangkan rencana ini. Jika tidak dikembangkan, rencana ini akan dihapus. |
Kawasan | 42,549,000 km2 |
---|---|
Penduduk | 911,000,000 (anggaran Julai 2008) |
Ketumpatan penduduk | 21/km2 (55/sq mi) |
Negara | 35 |
Bahasa | Bahasa Sepanyol, Bahasa Inggeris, Bahasa Portugis, Bahasa Perancis, Bahasa Quechua, Bahasa Kreol Haiti, Bahasa Guaraní, Bahasa Aymara, Bahasa Belanda dan lain-lain |
Zon masa | UTC-10 hingga UTC±0 |
Benua Amerika juga difahamkan dalam konteks sejarah penjelajahan masyarakat Barat Eropah menerus sebagai "Dunia Baru"[2] dan ia meliputi 8.3% jumlah luas permukaan bumi (28.4% keluasan tanahnya) dan mengandungi lebih kurang 14% populasi manusia (kira-kira 900 juta orang).
Pada tahun 1507, ahli kartografi Jerman, Martin Waldseemüller menamakan kawasan di Hemisfera Barat dalam peta dunia ciptaannya sebagai America sempena pengembara dan ahli kartografi Itali, Amerigo Vespucci[3] - ia diolah daripada pelatinan nama pertamanya iaitu Americus.[4]
Nama ini turut digunakan lanjut dalam buku peta dunia Cosmographiae Introductio dikarang Matthias Ringmann merujukkepada benua Amerika Selatan[5] sebelum kemudiannya merangkumi benua tetangga di bahagian utara sekali pada 1538 oleh Gerardus Mercator.
|
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.