Bolivia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bolivia[a] atau secara rasminya Negara Nekabangsa Bolivia[b] ialah sebuah negara di Amerika Selatan.
Rencana ini perlu dikemas kini. (September 2023) |
Negara Nekabangsa Bolivia نݢارا نيكبڠسا بوليۏيا Estado Plurinacional de Bolivia Puliwya Mamallaqta Wuliwya Suyu | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: ¡La unión es la fuerza! (Bahasa Sepanyol) "Perpaduan adalah Kekuatan!" | |||||
Lagu kebangsaan: Bolivianos, el hado propicio | |||||
![]() | |||||
Ibu negara | Sucre (pusat perundangan) | ||||
Bandar terbesar | Santa Cruz de la Sierra | ||||
Bahasa rasmi | |||||
Kumpulan etnik (2009[1]) |
| ||||
Agama (2018)[2] |
| ||||
Kerajaan | Republik berpresiden | ||||
• Presiden | Luis Arce | ||||
Kemerdekaan | |||||
• daripada Sepanyol | 6 Ogos 1825 | ||||
1.29 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2023 | 12,186,079[3] (ke-79) | ||||
10.4/km2 (26.9/sq mi) (ke-224) | |||||
KDNK (PPP) | 2022 | ||||
• Jumlah | ▲ $118.8 billion[4] (ke-94) | ||||
▲ $9,933[4] (ke-120) | |||||
KDNK (nominal) | 2022 | ||||
• Jumlah | ▲ $43.4 billion[4] (ke-96) | ||||
▲ $3,631[4] (ke-126) | |||||
Gini (2019) | 41.6[5] sederhana | ||||
HDI (2021) | ▼ 0.692[6] sederhana · 118th | ||||
Mata wang | Boliviano ( BOB ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
Kod panggilan | 591 | ||||
Kod ISO 3166 | BO | ||||
DPT internet | .bo |
Antara semua negara di Amerika Selatan, wilayah Bolivia merupakan yang tertinggi dan terpencil. Negara ini ialah salah sebuah penghasil koko dan bijih timah terbesar di dunia.
Asal nama
Bolivia diberi nama sempena Simón Bolívar, pemimpin Venezuela-Colombia dalam peperangan kemerdekaan Amerika Selatan.[9] Pemimpin Venezuela, Antonio José de Sucre, telah diberikan pilihan oleh Bolívar untuk menyatukan Charcas (sekarang Bolivia) dengan Republik Peru yang baru terbentuk, untuk bersatu dengan Wilayah Rio de la Plata, atau secara formal mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Sepanyol sebagai negara yang sepenuhnya bebas. Sucre memilih untuk mewujudkan sebuah negara baharu dan pada 6 Ogos 1825, dengan sokongan rakyat tempatan, menamakan negaranya sebagai penghormatan kepada Simón Bolívar.[10]
Nama asalnya ialah Republik Bolívar. Beberapa hari kemudian, kongres Manuel Martín Cruz mencadangkan: "Jika dengan Romulus, Rom; maka dengan Bolívar, Bolivia" (Sepanyol: Si de Rómulo, Roma; de Bolívar, Bolivia). Nama itu diluluskan oleh Republik pada 3 Oktober 1825.[11] Pada tahun 2009, sebuah perlembagaan baharu mengubah nama rasmi negara itu kepada "Negara Plurinasi Bolivia" sebagai pengiktirafan terhadap karakter dan identiti berbilang kaum di negara itu dan kedudukan orang Bolivia yang dipertingkatkan di bawah perlembagaan baharu.[11]
Sejarah
Pada suatu masa dahulu, Bolivia ialah sebuah koloni Sepanyol. Perlombongan perak di Bolivia memberi keuntungan kepada kewangan Sepanyol, dan Sepanyol menggajikan orang Bolivia sebagai buruh untuk bekerja di perlombongan. Setelah beberapa buah perang berlaku, Simon Bolivar membantu Bolivia memerdekakan negara tersebut.
Budaya
Budaya Bolivia mempunyai banyak pengaruh seperti Inca, Aymara dan pengaruh setempat lain dalam keagamaan, muzik, dan pakaian. Terdapat perayaan besar di Oruro, yang disebut "El carnaval de Oruro". Orang Bolivia suka bermain bola sepak. Ladang haiwan juga popular, namun tidak mampu mengaut keuntungan.
Jajahan
Bolivia dibahagikan kepada sembilan jajahan dikenali sebagai departamentos.
Nota
- sebutan bahasa Sepanyol [boˈliβja] ; bahasa Guarani: Mborivia; bahasa Aymara: Wuliwya; bahasa Kicua: Puliwya
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.