From Wikipedia, the free encyclopedia
Empayar Sepanyol (Sepanyol: Imperio Español ; Latin: Imperium Hispanicum ) adalah salah sebuah empayar terawal dan terbesar yang pernah wujud dalam sejarah dunia. Pada kurun ke-15 dan 16, Sepanyol merupakan pusat penjelajahan dan pengembangan koloni di Eropah. Ia juga membuka laluan perdagangan melalui laut, dengan perdagangan merentasi Lautan Atlantik di antara Sepanyol dan benua Amerika dan Lautan Pasifik antara Asia-Pasifik dan Mexico melalui Filipina. Conquistador memusnahkan peradaban Aztek, Inca, dan peradaban Maya, dan mendapat banyak tanah di Amerika Utara dan Selatan.
Empayar Sepanyol Imperio Español | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1492–1975 | |||||||||
| |||||||||
Status | Negara kesatuan | ||||||||
Ibu negara | Toledo (1492-1561) Madrid (sejak 1561) | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Sepanyol | ||||||||
Agama | Katolik Rom | ||||||||
Kerajaan | Beraja | ||||||||
Raja | |||||||||
Charles I | |||||||||
Maria Christina dari Austria, Pemangku Raja semasa Raja Alphonse XIII masih kanak-kanak | |||||||||
Kerabat Habsburg | |||||||||
Kerabat Bourbon | |||||||||
Sejarah | |||||||||
• Penemuan Amerika | 1492 | ||||||||
• Penaklukan Empayar Aztek | 1519-1521 | ||||||||
• Penaklukan Empayar Inca | 1532–1537 | ||||||||
1975 | |||||||||
Mata wang | Real Sepanyol, Escudo Sepanyol | ||||||||
|
Pada waktu kemuncaknya, Empayar Sepanyol menguasai lautan melalui armada tentera laut berpengalaman dan mendominasi medan pertempuran Eropah dengan pasukan infantri yang sangat terlatih. Sepanyol menikmati satu zaman emas kebudayaan pada kurun ke-16 dan 17. Dengan empayar yang kaya dengan emas, Empayar Sepanyol juga digelar Empayar Matahari.
Perkahwinan Ferdinand II dari Aragon dan Isabella I dari Castile) mencipta satu kesatuan peribadi bagi kerajaan Aragon dan Castile. Pada tahun 1492, Sepanyol mengusir keluar raja Moor terakhir daripada Granada. Selepas kemenangan mereka, raja-raja Sepanyol telah membenarkan Christopher Columbus untuk cuba tiba ke India dengan belayar ke arah barat. Columbus sebaliknya "menemukan" Amerika. Ini memulkan penjajahan Sepanyol ke atas benua Amerika. Melalui Perjanjian Tordesillas pada 1494, dunia telah dibahagikan kepada dua hemisfera di antara Sepanyol dan Portugal. Oleh sebab itu, Sepanyol memiliki hak untuk memulakan penjajahan di seluruh Dunia Baru bermula di Alaska sehingga Cape Horn (kecuali Brazil), selain di Asia. Empayar Castile adalah akibat dari satu zaman pengembangan penjajahan yang pantas ke Dunia Baru, selain Filipina dan tanah jajahan di Afrika: Melilla telah ditawan oleh Castile pada tahun 1497 dan Oran pada 1509.
Merdekanya Maghribi Perancis sebagai suatu negara tersendiri pada 1956 mendorong kepada penyerahan seluruh kawasan jajahannya, kepada Maghribi kecuali kawasan-kawasan Sidi Ifni, Tarfaya dan Sahara. Sidi Ifni itu sendirinya dikembalikan kepada pihak Maghribi atas desakan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, manakala Sahara Sepanyol diserahkan berikutan suatu tindakan kerjasama kerajaan, tentera dan rakyat jelata Maghribi dalam suatu tunjuk perasaan besar-besaran dipanggil Perarakan Hijau tahun 1975.
Kesepakatan empayar ini dengan Empayar Portugis mendorong kepada pembukaan laluan perdagangan terbesar dunia yang membawa kepada penerokaan kawasan baharu serta penemuan hidupan dan tumbuhan asing yang sebelum ini tidak pernah diketahuidi Dunia Barat; Pertukaran Columbus memperkenalkan jagung, kentang, tomato, tembakau serta pelbagai jenis buahan dan kekacang ke Dunia Lama sementara Dunia Baru diperkenalkan kepada haiwan-haiwan ternakan seperti kuda, babi, ayam dan anggur.
Dolar Sepanyol turut menjadi mata wang pertama yang dipakai untuk tujuan antarabangsa.
Bahasa Sepanyol menjadi bahasa kedua terbesar dunia hasil pengaruh jajahannya ke atas kebanyakan Amerika Latin yang diteruskan juga republik-republik baru dibentuk selepasnya. Gereja Katolik Rom juga merupakan anutan utama yang dipegang para penduduk di rantau ini dan juga Filipina sehinggakan cuti dan sambutan perayaan Kristian yang disambut turut mengikuti kelaziman di Sepanyol.
Banyak kota-kota dan bandar yang terbina semasa penjajahan masih mempunyai bukti peninggalan hasil unsur seni bina dibawa dari Sepanyol.
Pendudukan orang Sepanyol di Dunia Baru turut mewujudkan kahwin campur antara orang-orang Sepanyol dengan peribumi benua-benua dunia ini lalu membentuk suatu masyarakat berbudaya tersendiri dipanggil Mestizo.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.