Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kaum Aztek merupakan orang Mesoamerika di Mexico tengah yang kaya dengan warisan dongeng dan kebudayaan. Dalam bahasa Nahuatl, bahasa tempatan kaum Aztek, "Aztek" bererti seseorang yang berasal dari Aztlán". Kaum Aztek juga merujuk kepada diri mereka sebagai Mehika atau Meshika atau Mexica, asal nama "Mexico". Penggunaan nama Aztek sebagai istilah berkelompok yang merangkumi semua mereka yang mempunyai ekonomi, adat, agama, dan bahasa Mexica sebagaimana yang dicadangkan oleh Alexander von Humboldt.
Aztek merupakan satu dari beberapa kebudayaan, yang ditakrifkan secara umum sebagai "nahuas" mengikut bahasa umum mereka. Apabila kaum Aztek sampai ke lembah Anahuac, mereka dianggap oleh nahuas lain sebagai paling tidak bertamadun, jadi mereka memutuskan untuk belajar, dan mengambil dari semua kaum lain, khususnya mereka belajar dari Toltec silam (yang mereka keliru sedikit dengan kebudayaan Teotihuacan yang lebih silam. Kaum Aztek menggabungkan beberapa tradisi dicampurkan dengan tradisi mereka sendiri. Oleh itu mereka mempunyai beberapa dongeng penciptaan alam , satu darinya menggambarkan empat tempoh agung sebelum dunia sekarang, kesemuanya berakhir dengan malapetaka. Tempoh kelima kekal disebabkan pengorbanan wira yang ditukarkan kepada matahari. Dongeng ini dikaitkan dengan bandar silam Teotihuacan, yang telah pun musnah apabila kaum Aztek tiba. Dongeng yang lain menggambarkan dunia sebagai ciptaan dewa kembar, Tezcatlipoca dan Quetzalcoatl. Tezcatlipoca kehilangan kakinya dalam proses ciptaan dunia dan semua gambaran dewa ini menggambarkan Tezcatlipoca tanpa kaki dan menampakkan tulang. Quetzalcoatl juga dikenali sebagai Tezcatlipoca Putih.
Menurut legenda, mereka mengembara ke Lago de Texcoco di Mexico Tengah dari satu tempat di utara yang dikenali sebagai Aztlán. Mereka dipandu oleh dewa mereka Huitzilopochtli. Apabila mereka tiba disebuah pulau ditengah tasik, mereka melihat burung Helang "eagle" memakan Ular ketika bertenggek di atas kaktus nopal, gambaran yang memenuhi ramalan yang menyuruh mereka membina penempatan baru di situ. Kaum Aztek membina bandar mereka yang dikenali sebagai Tenochtitlan di tapak tersebut, yang pada masa sekarang merupakan tengah Bandar Mexico. Burung Helang lagenda itu digambarkan dalam Bendera Mexico.
Terdapat dua belas pemerintah Tenochtitlan:
Pada awalnya Mexica menjadi askar upahan dalam peperangan antara Toltec. Akhirnya mereka cukup berjaya untuk diterima dalam berkahwin dengan keluarga raja. Pemerintah Mexica Acamapichtili, Huitzilíhuitl dan Chimalpopoca merupakan takluk "vassals" kepada pemerintah Tepanec, Tezozomoc pada 1372-1427.
Apabila Tezozomoc meninggal, anaknya Maxtla membunuh Chimalpopoca. Itzcoatl iaitu bapa saudara Chimalpopoca bergabung dengan Nezhualcouyotl iaitu bekas pemerintah Texcoco dan mengepung Azcapotzalco, iaitu ibu negeri Maxtla. Maxtla ditawan selepas 100 hari dan Maxtla disingkirkan. Tenochtitlan, Texcoco dan Tlacopan membentuk perikatan yang akan menguasai Lembah Mexico, dan kemudiannya mengembangkan penguasaannya lebih dari itu. Tenochtitlan akhirnya menjadi kuasa besar dalam perikatan tersebut.
Motecuhzoma I yang merupakan anak saudara Itzcoatl mewarisi takhta pada 1449 dan mengembangkan kerajaannya. Axayacatl (1469) anak Motecuhzoma I mengepung kerajaan Axayacatl dan menguasai Mixtechs dan Zapotecs. Dalam tahun 1481 anaknya Tizoc memerintah sekejab sebelum digantikan oleh Ahuitzol, adiknya yang melakukan rombakan semula tentera. Kerajaan Aztek merupakan terluas pada pemerintahannya. Motecuhzoma II (lebih dikenali sebagai Moctezuma II) menggantikannya.
Empayar Aztek bukanlah perbandingan yang sama dengan empayar dalam sejarah Eropah. Secara etnik "ethnically" ia amat berbeza. Gelaran terpenting dalam kerajaan Tenochtitlan sering dikenali sebagai Maharaja Aztek. Gelaran huey tlatoque ini diterjemahkan sebagai Ketua Speaker "Chief Speaker". Jawatan ini semakin berkuasa dengan peningkatan kuasa Tenochtitlan, dan pada tempoh pemerintahan Auitzotl, "Maharaja" adalah perumpamaan yang paling sesuai, seperti Empayar Suci Rom, ia bukannya gelaran turun-temurun.
Sebahagian besar empayar Aztek dibina oleh Tlacaelel, walaupun Tlacaelel ditawarkan jawatan tlatoani, dia rela menjadi kuasa di belakang takhta. Tlacaelel membentuk struktur kerajaan Aztek, memerintah pembakaran kebanyakan buku Aztek, (penjelasan Tlacaelel adalah ia mengandungi penipuan) dan merombak kembali sejarah Aztek. Tlacaelel juga merombak kembali agama Aztek, dengan meletakkan Huitzilopochtli, dewa kaum Aztek pada tahap yang setaraf dengan dewa-dewa Nahua silam seperti Tlāloc, Tezcatlipoca dan Quetzalcoatl. Tlacaelel membina satu institusi perang adat "ritual war", dan keperluan untuk pengorbanan yang berterusan untuk memastikan matahari kekal bersinar. Sesetengah penulis percaya, bahawa kelas atasan mengetahui mengenai penipuan ini. Perkara ini dapat menjelaskan tindakan Moctezuma II apabila dia bertemu Cortez.
Masyarakat Aztek terbahagi kepada dua kelas: macehullas atau petani dan pilli atau bangsawan. Kanak-kanak lelaki pergi ke sekolah ketika berusia 15 tahun. Di sekolah atau telpuchcalli, mereka mempelajari sejarah, ugama, kemahiran bertempur, dan perdagangan atau kesenian. Anak kaum bangsawan juga pergi ke sekolah yang dikenali sebagai calmecac.
Tentera Aztek mempunyai kumpulan yang seumpama perkhidmatan tentera yang dianggotai oleh pejuang profesional. Apabila pahlawan Aztek menangkap 4-5 tahanan, dia akan dianugerahkan dengan pangkat Helang "Eagle" atau Pahlawan Jaguar atau pewira.
Sebahagian dari tentera Aztek merupakan tentera profesional. Tentera ini dikelaskan sebagai tentera khas dengan gelaran sebagai pahlawan Jaguar atau Helang. Pahlawan Jaguar ditakuti musuh dalam pertempuran. Pahlawan Jaguar selalunya mengenakan pakaian yang diperbuat dari kulit Jaguar untuk menakutkan musuh. Seseorang pahlawan diukur dengan kejaguhan, ketangkasan, dan kebolehannya berlawan dengan baik. Seseorang pahlawan yang mampu menangkap 4-5 tawanan dalam pertempuran biasanya diberikan gelaran Jaguar. Tahanan merupakan hadiah paling berharga dalam pertempuran. Tahanan dijadikan korban manusia bagi Aztek. Untuk mendapatkan tahanan, pahlawan akan mensasarkan kaki bagi melumpuhkan dan bukannya untuk membunuh. Tahanan akan dijaga oleh pahlawan yang menangkap mereka sehinggalah tiba masanya untuk pengorbanan. Gelaran kepada tentera khas memberikan pahlawan Aztek rasa bangga dan mempamerkan kuasa dan kepentingan tentera kepada mereka yang lain.
Makanan ruji Aztek termasuk jagung, kacang dan sayuran squash. Amat menarik bahawa banyak telah diperkatakan mengenai kekurangan protin dalam diet Aztek, tetapi tiada bukti menyokong. Pertama sekali, gabungan jagung dan kacang membekalkan kuota penuh asid amino yang diperlukan, oleh itu tidak terdapat keperluan untuk protin haiwan, juga mereka menggunakan amarant, yang mengandungi kandungan protin tinggi. Lebih penting lagi, mereka mempunyai pelbagai makanan, mereka mengumpulkan acocil, udang kecil dan banyak terdapat dalam tasik Texcoco, dan juga alga spirulina, kaya dengan flavonoid, dan mereka memakan serangga, seperti cengkerit (chapulines), ulat maguey, semut, larva dan sebagainya. Serangga mempunyai kandungan protin lebih tinggi berbanding daging, dan sehingga sekarang ia dianggap makanan mewah dalam permakanan mexican.
Mereka juga menggunakan maguey secara meluas, mereka mendapatkan makanan, gula (aguamiel), air (pulque), dan fiber untuk tali, dan pakaian daripadanya. Penggunaan kapas dan perhiasan terhad kepada golongan bangsawan. Biji koko digunakan sebagai mata wang. Bandar jajahan terpaksa membayar ufti tahunan dalam bentuk barangan mewah seperti bulu pelepah dan pakaian berhias.
Kaum Aztek membina pulau buatan atau chinampa di tasik Tenochtitlan yang mereka bercucuk tanam.
Aztek terkenal dengan kepercayaan pengorbanan manusia yang mereka lakukan secara besar-besaran, tetapi jumlah korban adalah dipertikaikan.
Untuk pembinaan kuil utama, mereka dilaporkan mengorbankan sehingga 100,000 tawanan dalam tempoh empat hari.. Bagaimana bandar 80,000 mampu menawan, memenjara, dan menghapuskan tahanan seramai itu adalah tidak jelas. Tambahan lagi Ahuitzotl dilaporkan mengorbankan mereka dengan tangannya sendiri. Ia memerlukan pengorbanan seramai 17 korban seminit, untuk 24 jam selama 4 hari. Sesetengah pengkaji percaya kemungkinan hanya 3,000 korban dilakukan dan jumlah kematian diperbesarkan sebagai propaganda perang.
Jumlah lain yang digunakan adalah dari Bernal Díaz del Castillo, askar Sepanyol yang menulis pengalamannya mengenai penaklukkan tersebut 50 tahun selepasnya. Dalam gambaran "Zompantli", para tengkorak mangsa korban, dalam kuil utama, dia melaporkan telah mengira sebanyak 100,000 tengkorak. Tetapi dengan jumlah tersebut, Zompantli perlu mempunyai lebar sepanjang beberapa kilometer, berbanding 30 meter yang dilaporkan. Pembinaan semula masa kini menganggarkan sebanyak 600 sehingga 1,200 tengkorak mampu muat dalam Zompantli.
Aztek melancarkan "peperangan bunga" bertujuan menangkap tahanan untuk upacara korban yang dikenali sebagai nextlaualli, "bayaran hutang kepada dewa-dewa" agar matahari dapat timbul setiap pagi. Profesor Harvard David Carrasco telah membandingkan kelakuan ini setanding dengan "membawa pulang peperangan" dalam televisyen moden.
Pakar anthropologi Marvin Harris mencadangkan bahawa daging mangsa merupakan sebahagian daripada diet kaum bangsawan sebagai hadiah, disebabkan diet kaum Aztek kekurangan protein. Menurutnya, ekonomi Aztek tidak mampu menampung memberi mereka makan sebagai hamba, oleh itu barisan tahanan merupakan "daging berjalan". Kebanyakan pakar sejarah Mesoamerica yang lain mempercayai bahawa walaupun terdapat upacara kanibal berkait dengan korban manusia, daging manusia tidak pernah menjadi bahagian utama diet Aztek. Amat penting untuk mengatahui bahawa terdapat hanya sedikit dokumen mengenai perkara ini. Hanya terdapat empat kejadian kanibal semenjak tarih penaklukkan. Perbezaan antara kenyataan ini dan apa yang digelarkan Kerajaan Kanibal, mendorong sesetengah orang untuk mempercayai bahawa terdapat komplot untuk menyorok "bukti sebenar".
Kejadian kanibal yang diketahui adalah :
Tidak terdapat laporan lain, atau bukti, walaupun Bernal Diaz melaporkan kanibal, penelitian lanjut membuktikan dia tidak mengakui melihatnya sendiri, dia hanya melaporkannya.
Aztek ditakluk oleh Sepanyol pada 1521, selepas peperangan dan pengepongan yang berpanjangan, dimana kebanyakan penduduk mati akibat kelaparan dan penyakit cacar smallpox, Cuautemoc menyerah kepada Hernan Cortez. Cortez dengan sehingga 500 orang tidak berperang bersendirian tetapi mempunyai bantuan sehingga 150.000 - 200.000 sekutu dari Tlaxcala dan akhirnya dari Texcoco yang menentang pemerintahan Aztek. Dia menewaskan tentera Tenochtitlan pada 13 Ogos 1521.
Tetapi walaupun sehingga saat ini, kebanyakan kebudayaan Mesoamerika yang lain masih utuh. Tlaxcaltec menjangka dapat bahagian mereka, Purepechas dan Mixtecs kemungkinannya gembira menewaskan musuh lama mereka dan sama dengan budaya yang lain.
Ia kelihatannya bahawa Cortez berniat untuk mengekalkan struktur empayar Aztek, dan pada mulanya ia kelihatan empayar ini akan berkekalan. Golongan atas dianggap bangsawan (sehingga hari ini, gelaran duke Moctezuma dipegang oleh keluarga bangsawan Sepanyol), mereka mempelajari bahasa Sepanyol, dan beberapa orang belajar menulis dengan menggunakan huruf eropah. Sebahagian tulisan mereka yang tinggal merupakan bahagian penting bagi pengetahuan kita mengenai Aztek. Juga mubaligh Kristian pertama cuba mempelajari Nahuatl dan sesetengah seperti Bernardino de Sahagún, mengambil keputusan untuk mempelajari sebanyak mungkin yang mereka mampu mengenai kebudayaan Aztek. Terdapat rekod yang terselamat mengenai perbualan antara "Tlatimine" atau cendikiawan Aztek, dan pengembang ugama Kristian, dimana Aztek cuba mempertahankan cara mereka.
Tetapi ini semua berubah. Pengembang ugama gelombang kedua, dan pihak berkuasa menunjukkan apa yang boleh digambarkan sebagai kebencian melampau kepada semua sudut kebudayaan Mesoamerika, dan mereka memulakan proses untuk menghapuskannya. Akhirnya, orang Indian dilarang, bukan hanya mempelajari kebudayaan mereka, malah dilarang membaca dan menulis bahasa Sepanyol, dan di bawah undang-undang, mereka sama taraf dengan mereka yang tidak cukup umur minor.
Ia telah dilapurkan bahawa wabak demam campak "smallpox" dan tifus ( typhus ) membunuh sehingga 75% penduduk, daripada anggaran 15 juta penduduk sebelum penjajahan, tujuh puluh lima tahun selepas penjajahan, anggaran penduduk hanyalah 3 juta. Bandaraya Mexico di bina diatas runtuhan Tenochtitlan.
Maklumat mengenai Aztek yang terselamat dalam sumber semasa seperti Codex Mendoza dihimpunkan pada tahun 1541 dan hasil kerja Bernardino de Sahagún yang berkerjasama dengan cendikawan Aztek yang terselamat.
Nahuatl masih dipertuturkan oleh Indian Mexican.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.