Tlāloc
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tlāloc (Bahasa Nahuatl Klasik: [Tlāloc] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help) [ˈtɬaːlok])[4] ialah dewa hujan, kesuburan dan air yang disembah dalam kalangan masyarakat Aztek.[5] Dewa ini merupakan antara dewa yang tertua dan paling disanjung dalam ketamadunan Mesoamerika secara keseluruhannya.
Tlaloc | |
---|---|
![]() Gambaran Tlaloc dalam kodeks Magliabechiano | |
Nama lain | Nonohualco, Tlaloctlamacazqui, Tlaloccantecutli |
Tempat tinggal | • Tlalocan[1] • Ilhuicatl-Meztli (kayangan pertama)[1] • Chalchiuhtlicueyecatl[1] (Teluk Mexico) |
Jantina | Lelaki |
Wilayah | Mesoamerika |
Kumpulan etnik | Aztec (Nahoa) |
Perayaan | Etzalcualiztli |
Maklumat peribadi | |
Ibu bapa | Diciptakan Tezcatlipoca (Codex Zumarraga)[2] |
Adik-beradik | tiada |
Pasangan | Xochiquetzal (pertama), Chalchiuhtlicue (ke-2)[1] |
Zuriat | • dengan Chalchiuhtlicue: Tlaloque (Nappatecuhtli, Tomiyauhtecuhtli, Opochtli, Yauhtli)[1] dan Huixtocihuatl[3] |
Equivalents | |
Kesetaraan Maya | Chaak |
Kesetaraan Zapotec | Pitao-Cocijo |
Penceritaan dalam mitologi
Tlāloc dipercayai merupakan tuan alam ketiga (yakni Matahari Ketiga, Nahui Quiahuitl) yang diciptakan terdahulu sebelum alam terkini (yakni Matahari Kelima, Nāhui Ōllin atau Nāhui Acatl); alam ini dimusnahkan oleh Tezcatlipoca, dewa penghukum yang turut menculik isterinya dewi Xochiquetzal.
Dewa ini dipercayai menyambut para roh yang pergi dalam keadaan ngeri kerana fenomena berkaitan air dan hujan termasuk sambaran petir, kelemasan[6] serta penyakit-penyakit bawaan air dan darah.[6][7]
Penyanjungan
Tapak khusus
Gunung Tlaloc terletak 4,100 m jauh dari tepi Lembah Mexico.
Upacara pemujaan
Antara upacara yang penting disaksikan dalam pemujaan melibatkan pengorbanan anak-anak kecil di puncak-puncak gunung suci disebut: anak-anak yang diberikan ini sering datang dari kalangan hamba abdi, anak kedua dalam keluarga bangsawan mahupun yang dilahirkan pada hari-hari penuh tuah; anak yang diinginkan ini dijual beli dengan harga mahal.[8] Tangisan anak-anak yang dikorbankan ini dianggap sebagai penanda hujan yang turun lebat.[8] Jaguar turut diburu untuk tujuan ini kerana nilainya yang tinggi[7] berkait kuat dengan dewa ini.[9]
Pemberian korban ini dilakukan pada perayaan-perayaan khusus iaitu Atlcahualo disambut 12 Februari hingga 3 Mac serta Tozoztontli antara 24 Mac hingga 12 April.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.