Akhiran -ologi atau -logi menunjukkan satu bidang kajian atau disiplin akademik. Walau bagaimanapun, tidak semua bidang mempunyai '-ologi', sebagai contoh, pembelajaran tentang kelahiran anak dipanggil perbidanan dan yang melakukannya dipanggil bidan.
Perkataan ologi merupakan bahagian belakang kepada nama bidang. "-logi" lazimnya bermaksud "kajian tentang ____". Perkataan ini berasal dari Yunani atau Latin dengan terminal -logi terbit dari akhiran Yunani -λογια (-logia), percakapan, iaitu dari λεγειν (legein), bercakap. Perkataan ologi sering disalahfaham kerana 'o' sebenarnya adalah sebahagian dari perkataan asal yang menerima pengakhiran -logi. Sebagai contoh, bio sebahagian dari biologi berasal dari perkataan Yunani βιος (bios), kehidupan. Sebab itulah mengapa sesetengah perkataan tidak berakhir dengan -ologi (seperti mineralogi).
Maklumat lanjut Isi kandungan: ...
Tutup
A
- Akarologi, kajian tentang tungau dan sengkenit
- Aktinobiologi, kajian tentang kesan sinaran ke atas organisma hidup.
- Aktinologi, kajian tentang tindakan sinaran atau cahaya
- Aerobiologi, kajian tentang organisma bawaan udara dan taburannya seperti bakteria, spora fungus, serangga kecil yang dibawa oleh udara
- Aerologi, kajian tentang atmosfera
- Aetiologi, kajian perubatan bagi penyebab sesuatu penyakit
- Agnoiologi, kajian tentang perkara yang disisihkan atau perkara yang tidak dapat diketahui
- Agrobiologi, kajian tentang pertumbuhan dan nutrisi tumbuhan dan perkaitannya dengan tanah
- Agrology
- Kanada: seni dan sains pertanian
- Bukan Kanada: kajian tentang tanah
- Agrostologi, kajian tentang rumput
- Algologi, kajian tentang algae
- Allergologi, kajian tentang punca dan rawatan alergi atau alahan; satu cabang perubatan
- Andrologi, kajian tentang kesihatan dan penyakit lelaki
- Anestesiologi, kajian tentang penerapan anestesia atau anestetik; satu cabang perubatan
- Angelologi, kajian tentang malaikat
- Angiologi, kajian tentang anatomi darah dan sistem vaskular limfa
- Antropologi, kajian tentang makhluk manusia dengan mengkaji ciri-ciri fizik, masyarakat dan budayanya
- Apiologi, kajian tentang lebah (apiari)
- Arachnologi, kajian tentang labah-labah dan jenisnya
- Arkeologi, kajian tentang kebudayaan silam melalui analisis barang tinggalan
- Arkeozoologi, kajian tentang hubungan antara manusia dan haiwan menerusi masa melaui pemeriksaan terhadap haiwan yang ditemui di tapak arkeologi
- Areologi, kajian tentang Marikh
- Assyriologi, kajian tentang masyarakat Assyria
- Astakologi, kajian tentang udang getak
- Asteroseismologi, kajian tentang struktur dalaman bintang dengan pendedahan melalui getarannya
- Astrobiologi, kajian tentang asal hidupan
- Astrogeologi, kajian tentang geologi bagi jasad cakerawala (cth., planet, asteroid, komet)
- Astrologi, kajian tentang kesan tertentu oleh jasad cakerawala kepada hal ehwal bumi
- Astrometeorologi, menggunakan astrologi untuk meramal cuaca
- Atmologi, kajian tentang hukum dan fenomena wap akueus
- Audiologi, kajian tentang pendengaran; satu cabang perubatan
- Autekologi, kajian tentang ekologi spesies tertentu
- Autologi, pernyataan atau perkataan yang menerangkan dirinya sendiri
- Auxologi, kajian tentang pertumbuhan manusia
- Axiologi, kajian tentang sifat nilai dan penilaian
B
- Bakteriologi, kajian tentang bakteria
- Balneologi, kajian saintifik tentang mandi, mandian dan penggunaanya dalam penyakit
- Batologi, kajian tentang blackberries
- Bibliologi, kajian tentang buku, cetakan, dan penerbitan; juga dikenali sebagai Bibliografi
- Bioklimatologi, kajian tentang kesan iklim kepada organisma hidup
- Biogeomorfologi, atau ekogeomorfologi, kajian tentang kaitan antara organisma dan proses geomorfologi
- Bioekologi, kajian tentang hubungan antara organisma dan persekitarannya
- Biologi, kajian tentang hidupan
- Biologi evolusi, kajian tentang proses evolusi haiwan
- Biometeorologi, kajian tentang kesan keadaan atmsfera terhadap organisma hidup
- Bioteknologi, penggunaan organisme hidup atau komponennya untuk meningkatkan kesihatan manusia dan kekurangan makanan
- Boxologi kajian tentang tatarajah skematik, sebagai contoh carta organisasi korporat
- Briologi, kajian tentang lumut jati dan lumut hati
- Bryozoologi, kajian tentang filum Bryozoa
- Buddhologi, kajian tentang ciri Buddha
C
- Cereologi, kajian tentang pusaran ladang
D
- Deltiologi, kajian, tetapi lebih kepada pengumpulan poskad bergambar
- Demonologi, kajian tentang syaitan
- Dendrokonologi, kajian tentang usia pokok dan rekodnya dalam lingkaran pokok
- Dendrologi, kajian tentang pokok
- Deontologi, dalam etika, kajian tentang tugas.
- Dermatologi, kajian tentang kulit; satu cabang perubatan
- Dermatopatologi, satu bidang patologi anatomi dematologi
- Desmologi, kajian tentang ligamen
- Dialektologi, kajian tentang dialek
- Dipterologi, kajian tentang lalat
- Diabetologi, kajian tentang diabetes mellitus
- Dragonologi, kajian tentang naga
E
- Edafologi, satu bidang sains tanah yang mengkaji kesan tanah kepada hidupan
- Egiptologi, kajian tentang masyarakat Mesir purba
- Eklesiologi, kajian tentang senibina dan hiasan atau kajian tentang Gereja Kristian
- Ekogeomorfologi, atau biogeomorfologi, kajian tentang hubungan antara organisma dan proses geomorfologi
- Ekohidrologi, kajian tentang hubungan antara organisma dan kitaran air
- Ekologi, kajian tentang hubungan antara organisma hidup dan persekitaran. Kadang-kala dieja sebagai "œkologi".
- Ekofisiologi, kajian tentang hubungan antara fungsi jasmani organisma dan persekitarannya
- Elektrofisiologi, kajian tentang hubungan antara fenomena eletrik dengan proses badan
- Embryologi, kajian tentang embrio
- Emetologi, kajian atau ilmu tentang emesis
- Endokrinologi, kajian tentang sistem endokrin dan peranan sistem tersebut dalam fisiologi dan patologi tubuh
- Enigmatologi, kajian tentang teka-teki
- Enologi (atau Oenologi), kajian tentang wain dan pembatan wain
- Entomologi, kajian tentang serangga
- Enzimologi, kajian tentang enzim
- Epidemiologi, kajian tentang asal dan penyebaran penyakit
- Epistemologi, kajian tentang sifat dan asal pengetahuan
- Eskapologi, amalan melepaskan diri dari kurungan dan ikatan
- Eskatologi, satu cabang teologi yang menumpukan kejadian akhir dalam dunia kemanudiaan (akhirat)
- Etnologi, kajian tentang bangsa
- Etnomuzikologi, kajian tentang muzik dalam masyarakat, lazimnya muzik bukan dari barat
- Etologi, kajian tentang tingkah laku haiwan
- Etiologi, sama seperti Aetiologi
- Etimologi, kajian tentang asal perkataan
- Eulogi, ucapan puji-pujian
- Eksobiologi, kajian tentang kehidupan di angkasa lepas
F
- Farmakologi, kajian tentang ubat
- Felinologi, kajian tentang kucing
- Fenologi, kajian tentang fenomena biologi berkala seperti penghijrahan, pengawanan, dll.
- Fenomenologi, kajian dan sains fenomena yang berbeza dari sains kewujudan sebenarl juga satu pergerakan yang diasaskan oleh Husserl yang mengkaji pengalaman sedar tanpa melibatkan metafizik
- Fetologi, kajian tentang fetus, terutama apabila di dalam uterus. Kadang-kala dieja "foetologi"
- Fikologi, kajian tentang alga
- Filologi, kajian tentang bahasa bersama kesusasteraannya
- Fisiologi, kajian tentang fungsi mekanikal, fizikal dan biokimia bagi organisma hidup
- Fitologi, kajian tentang tumbuhan; botani
- Fitopathologi ("patologi tumbuhan"), kajian tentang penyakit tumbuhan
- Fitososiologi, kajian tentang ekologi komuniti tumbuhan
- Flebologi, satu cabang perubatan yang menguruskan sistem aliran darah
- Fonologi, kajian tentang bunyi vokal
- Formikologi, kajian tentang semut
- Frenologi, kajian tentang sifat seseorang melalui bentuk tengkorak
- Fungologi, fungus + -ologi, see mikologi.
- Futurologi, kajian tentang masa depan
G
- Garbologi, kajian tentang sisa buangan dan sampah
- Gastrologi atau Gastroenterologi, kajian tentang perut, usu dan penyakit yang berkaitan
- Gemmologi atau Gemologi, kajian tentang batu permata dan barang perhiasan
- Genealogi (sering disalah eja dan sebut sebagai "geneologi"), kajian tentang hubungan dalam keluarga terutama dalam membentuk salasilah keluarga
- Genekologi, kajian tentang perbezaan genetik dan kaitannya dengan persekitaran
- Geobiologi, kajian tentang biosfera dan kaitannya dengan litosfera and atmosfera.
- Geokronologi, kajian tentang usia Bumi
- Geologi, kajian tentang Bumi
- Geomorfologi, kajian tentang bentuk muka bumi masa kini, lazimnya di atas Bumi tetapi sering digunakan untuk objek planter terdekat
- Gerontologi, kajian tentang zaman dahulu
- Glasiologi, kajian tentang glasier dan ais
- Grammatologi, kajian tentang sistem tulisan dan nahu. Juga kajian tentang kritikan penulisan yang tidak membina, dipopularkan pada 1960-an oleh Jacques Derrida
- Grafologi, kajian tentang tulisan tangan bertujuan untuk menganalisis perwatakan si penulis
- Grossologi, kajian tentang kotoran. Hanya rekaan iaitu tajuk buku.
- Ginaekologi atau Ginekologi, kajian tentang perubatan bagi wanita atau sakit puan
H
- Hematologi/Haematologi, kajian tentang darah
- Heliologi, kajian tentang the Matahari
- Helioseismologi, kajian tentang getaran dalam Matahari
- Helminthologi, kajian tentang cacing parasit. Lihat Vermeologi
- Hepatologi, kajian tentang hati; satu cabang perubatan
- Herbologi, kajian tentang penggunaan tumbuhan untuk rawatan
- Herpetologi, kajian tentang reptilia dan amfibia
- Heterologi, pernyataan atau perkataan yang tidak menerangkan dirinya sendiri tetapi mempunyai maksud berlainan dari apa yang tertera. (banding dengan autologi)
- Heteroptologi, kajian tentang serangga hemiptera
- Hidrogeologi, kajian tentang air bawah tanah
- Hidrologi, kajian tentang air
- Hieroglifologi, kajian tentang hieroglif Mesir, sistem penulisan purba
- Hierografologi, kajian tentang teks suci
- Hierologi, istilah yang lebih merangkum untuk teologi
- Hipnologi, kajian tentang sleep (also: somnologi)
- Hippologi, kajian tentang kuda
- Histologi, kajian tentang tisu hidup
- Histopatologi, kajian tentang struktur penyakit tisu (secara mikroskop)
- Historiologi, kajian tentang penulisan dan amalan sejarawan
- Homologi, konsep dalam in antropologi, biologi, topologi algebra, dan sosiologi, yang bermaksud "keserupaan dalam struktur"
- Horologi, kajian tentang membuat pecahan masa, mengukur masa dan menjaga masa (juga kajian tentang masa)
I
- Iknologi, kajian tentang kesan atau jejak fosil
- Iktiologi, kajian tentang ikan
- Ideologi, kajian tentang idea dalam masyarakat sama ada secara sosial, politik, sejarah atau sastera
- Immunologi, kajian tentang sistem imun
- Indologi, kajian tentang sejarah, bahasa, dan budaya sub-benua India
- Iranologi, kajian tentang sejarah, budaya, seni, dan budaya Iran (Parsi)
- Islamologi, kajian tentang Islam
J
- Japanologi, kajian tentang masyarakat Jepun
K
- Kampanologi, kajian dan seni tentang deringan loceng
- Kardiologi, kajian tentang jantung
- Kariologi, kajian tentang kariotaip (salah satu cabang sitologi nukleus, terutama yang khusus mengkaji kromosom)
- Karakterologi, kajian tentang struktur watak atau perwatakan
- Killologi, kajian tentang pembunuhan sesama manusia (teori Dave Grossman)
- Kimatologi, kajian tentang gelombang atau pergerakan gelombang
- Kinesiologi, kajian tentang pergerakan yang berkaitan dengan anatomi manusia
- Klimatologi, kajian tentang iklim
- Kodikologi, kajian tentang persediaan buku dan manuskrip (dakwat, kertas, velum dll.)
- Koleopterologi, kajian tentang kumbang
- Koniologi, kajian tentang habuk di atmosfera dan kesannya terhadap tumbuhan dan haiwan
- Konkologi, kajian tentang haiwan bercangkerang dan moluska
- Kontrologi, satu neologisme bagi kaedah Pilates, sistem latihan jasmani
- Korologi, kajian tentang hubungan biologi atau fenomena lain dengan tempat mereka
- Kosmologi, kajian tentang kosmos atau kedudukan kita di dalamnya
- Kosmetologi, kajian tentang kosmetik dan kegunaannya
- Kraniologi, kajian tentang ciri tengkorak
- Kremlinologi, kajian tentang Kesatuan Soviet
- Kriminologi, kajian saintifik tentang jenayah
- Kriologi, kajian tentang suhu yang sangat rendah dan fenomena berkaitan
- Kriptologi, kajian tentang bagaimana mengekod dan menyahkod pesanan rahsia
- Kriptozoologi, kajian tentang haiwan yang mungkin atau tidak mungkin bermitos
- Kristologi, kajian teologi tentang penebusan atau taubat, bukan hanya untuk Kristian sahaja
- Kronologi kajian tentang turutan atau kajian tentang masa
L
- Laringologi, kajian tentang larinks, atau kotak suara; satu cabang perubatan
- Lepidopterologi, kajian tentang rama-ramai dan kupu-kupu
- Lexikologi, kajian tentang kepentingan dan penggunaan perkataan
- Limfologi, kajian tentang sistem limfa dan kelenjar
- Limnologi, kajian tentang persekitaran air bersih, terutama tasik
- Litologi, kajian tentang batuan
- Ludologi, kajian tentang permainan video
M
- Malacologi, kajian tentang moluska
- Mammalogi, kajian tentang mamalia
- Mereologi, kajian tentang hubungan (matematik) separa atau keseluruhan; satu cabang logik
- Meteorologi, kajian tentang cuaca
- Metodologi, kajian tentang kaedah atau tatacara
- Metrologi, kajian tentang pengukuran
- Mikrobiologi, kajian tentang mikroorganisma
- Mikrologi, sains penyediaan dan pengendalian objek mikroskopik untuk kajian
- Miksologi, kajian atau kemahiran membuat campuran minuman
- Mineralogi, kajian tentang galian
- Miologi, kajian saintifik tentang otot
- Missiologi, kajian tentang mubaligh dan kerja-kerjanya
- Mitologi, kajian tentang mitos
- Molinologi, kajian tentang kincir
- Monadologi, sebuah buku oleh Leibniz berkisar kajiannya tentang teori monad
- Morfologi, kajian tentang bentuk yang digunakan dalam beberapa bidang lain seperti (biologi, linguistik, astronomi, dll.)
- Muziologi, kajian tentang pengurusan muzium
- Muzikologi, kajian tentang muzik
- Mikologi, kajian tentang fungus
N
- Nanoteknologi, kajian dan rekaan pada tahap molekul
- Nanotribologi, kajian tentang geseran pada skala yang sangat kecil
- Nefologi, kajian tentang awan
- Nefrologi, kajian tentang ginjal dan penyakitnya; satu cabang perubatan
- Nematologi, kajian tentang nematod
- Neonatologi, kajian tentang penyakit dan penjagaan bayi baru lahir; satu cabang pediatrik
- Neurofisiologi, kajian tentang fungsi sistem saraf
- Neurologi, kajian tentang saraf
- Neuropatologi, kajian tentang penyakit saraf
- Nosologi, kajian tentang pengkelasan penyakit
- Numerologi, kajian tentang nombor (sering bukan untuk matematik)
- Nutriologi, kajian tentang pemakanan
O
- Oseanologi, kajian tentang lautan
- Odonatologi, kajian tentang pepatung
- Odontologi, kajian tentang struktur, perkembangan dan keganjilan gigi
- Oenologi, kajian tentang wain
- Oftalmologi, kajian tentang mata
- Omnologi, kajian tentang semua
- Onkologi, kajian tentang barah
- Oneirologi, kajian tentang mimpi
- Onomatologi, kajian tentang nama yang elok
- Ontologi, kajian tentang kewujudan
- Oologi, kajian tentang telur
- Organologi, kajian tentang peralatan muzik (bukan sahaja organ); lain, kajian tentang organ anatomi
- Ornitologi, kajian tentang burung
- Orologi, kajian tentang pergunungan dan pemetaan gunung
- Ortopterologi, kajian tentang belalang dan cengkerik
- Osteologi, kajian tentang tulang
- Otolaringologi atau otorhinolaringologi, kajian tentang telinga dan tekak; satu cabang perubatan
- Otologi, kajian tentang struktur, fungsi dan patologi telinga
P
- Paleoantropologi, kajian tentang manusia prasejarah dan asal manusia
- Paleobiologi, kajian tentang kejidupan prasejarah
- Paleobotani, kajian tentang metafit prasejarah (spt. tumbuhan multisel)
- Paleoklimatologi, kajian tentang iklim prasejarah
- Paleoekologi, kajian tentang alam sekitar pra sejarah dengan menganalisa batuan dan fosil
- Paleontologi, kajian tentang fosil hidupan purba
- Paleofitologi (lihat "paleobotani"), kajian tentang tumbuhan multisel purba
- Paleozoologi, kajian tentang metozoa prasejarah
- Palynologi, kajian tentang debunga
- Parapsikhologi, kajian tentang fenomena paranormal atau psikik yang tidak dapat diterang dengan penerangan saintifik
- Parasitologi, kajian tentang parasit
- Patologi, kajian tentang penyakit
- Pedologi (kaji tanah), salah satu cabang sains tanah
- Pedologi (kaji kanak-kanak)
- Penologi, kajian tentang pengurusan penjara dan pemulihan jenayah
- Personologi, kepelbagaian fisiognomi
- Petrologi, kajian tentang batuan dan keadaan yang membentuknya
- Pifilologi, amalan mnemonik dalam penulisan ayat seperti bilangan dalam perkataan bagi turutan nilai digit pi
- Pirateologi, kajian tentang lanun
- Planetologi, kajian tentang planet dan sistem suria; lazim dikenali sebagai sains planet
- Planktologi, kajian tentang plankton
- Pneumologi, sinonim kepada Pulmonologi
- Pomologi, kajian saintifik dan penanaman buah
- Posologi, kajian tentang dos dadah
- Primatologi, kajian tentang primat
- Proctologi, kajian tentang kawasan buritan (rektum, anus, kolon) badan
- Psefologi, kajian, terutama secara statistik, bagi pilihan raya
- Psikobiologi, kajian dan psikologi organisme menurut fungsi dan struktur mereka
- Psikofarmacologi, kajian tentang psikotropik atau ubat psikiatrik
- Psikofisiologi, kajian tentang asas fisiologi berasaskan proses psikologi
- Psikologi, kajian tentang proses mental dalam makhluk hidup
- Psikologi evolusi, kajian tentang proses evolusi (selalunya) manusia
- Psikopatologi, kajian tentang proses mental bagi kesakitan mental
- Pulmonologi, pengkhususan dalam perubatan yang mengendalikan penyakit peparu dan pernafasan
R
- Radiologi, kajian tentang sinaran, lazimnya sinaran berion
- Redologi, kajian tentang karya sastera China Dream of the Red Chamber
- Refleksologi, kajian tentang tindakbalas
- Reumatologi, kajian tentang penyakit reumatik, satu cabang perubatan
- Rheologi, kajian tentang aliran
- Rinologi, kajian tentang hidung dan penyakitnya
- Ripperologi, kajian tentang Jack the Ripper dan jenayah yang berkaitan dengannya
S
- Sarkologi, kajian tentang bahagian lembut dalam anatomi yang merangkumi miologi, angiologi, neurologi, dan splanknologi
- Saintologi, satu falsafah kepercayaan yang direka penulis Amerika L. Ron Hubbard
- Sedimentologi, satu cabang geologi yang mengkaji sediment
- Seismologi, kajian tentang gempa bumi
- Seksologi, kajian tentang seks
- Selenologi, kajian tentang bulan
- Semiologi, kajian tentang tanda
- Semitologi, kajian tentang budaya Semitik
- Serologi, kajian tentang serum darah
- Serpentologi, kajian tentang ular
- Setologi, kajian tentang setasea - ikan paus dan ikan lumba-lumba
- Sifilologi, kajian tentang sifilis
- Simbologi, the kajian dan tafsiran simbol, juga digunakan untuk kod bar
- Simptomatologi, kajian tentang simptom
- Sindonologi, kajian tentang Selubung Turin
- Sinologi, kajian tentang China
- Sitiologi, kajian tentang diet
- Sitomorfologi, kajian tentang struktur sel
- Sitologi, kajian tentang sel
- Skatologi, kajian tentang najis haiwan
- Sosiologi, kajian tentang masyarakat
- Sosiobiologi, kajian tentang kesan evolusi terhadap etologi
- Somnologi, kajian tentang tidur, juga: hipnologi
- Somatologi, kajian tentang perwatakan manusia
- Soteriologi kajian tentang doktrin takhlisan, terutama berkaitan dengan Kristian
- Sovietologi, kajian tentang komunis Kesatuan Soviet
- Speleologi, kajian atau penerokaa gua
- Sporalogi, ajukan astrologi
- Stematologi, bidang yang cuba untuk membentuk kembali teks berasaskan kaitan dari mana-mana manuskrip yang terselamat
- Stomatologi, kajian tentang mulut dan penyakitnya
- Sumerologi, kajian tentang masyarakat Sumerian
T
- Taksologi, sinonim kepada taksonomi
- Tanatologi, kajian tentang masalah jasmani, psikologi dan sosial yang berkaitan dengan kematian
- Teknologi, kajian tentang seni pembuatan
- Teleologi, kajian tentang pengakhiran atau sebeb akhir
- Teologi, kajian tentang agama
- Teratologi, kajian tentang keajaiban, atau raksasa
- Terminologi, penggunaan dan kajian tentang istilah
- Termologi, kajian tentang haba
- Tibetologi, kajian tentang Tibet
- Tipologi, kajian tentang penkelasan
- Tokologi, kajian tentang kelahiran anak
- Toksikologi, kajian tentang racun
- Tonologi, kajian tentang intonasi ucapan
- Topologi, kajian matematik tentang sambungan dan hampiran
- Traumatologi, kajian tentang luka dan kecederaan yang disebabkan kemalangan atau penghinaan dan rawatannya; satu cabang perubatan
- Tribologi, kajian tentang geseran dan pelinciran
- Trikologi, kajian tentang rambut dan kulit kepala
X
- Xenobiologi, kajian tentang hidupan luar bumi
- Xilologi, kajian tentang kayu
Z
- Zimologi, kajian tentang penapaian
- Zooarkeologi, kajian dan analisis haiwan yang terdapat di tapak arkeologi untuk mengetahui hubungannya dengan orang, haiwan lain dan persekitaran (lihat juga Arkeozoologi)
- Zoologi, kajian tentang haiwan
- Zoopatologi ("patologi haiwan"), kajian tentang penyakit haiwan