From Wikipedia, the free encyclopedia
Semut (Jawi: سموت) ialah sejenis serangga sosial dalam keluarga Formicidae, dan tergolong bersama penyengat dan lebah dalam order Hymenoptera. Semut berevolusi daripada keturunan seakan penyengat dalam zaman pertengahan Usia Kapur antara 110 dengan 130 juta tahun lalu dan mempelbagai selepas kemunculan tumbuhan berbunga. Kini, terdapat lebih 12,500 spesies diklasifikasikan dengan jumlah anggaran lebih kurang 22,000 spesies.[2][3] Semut mudah dikenalpasti dari antena yang menyinggung dan struktur seperti nod yang tersendiri yang membentuk suatu pinggang langsing.
Semut | |
---|---|
Seekor semut daging memakan madu | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | Apocrita (Kamikinzir Ants)) |
Superkeluarga: | |
Keluarga: | Formicidae Latreille, 1809 |
Subfamili | |
|
Lebih 13,800 daripada 22,000 spesies yang telah dianggarkan telah dikelaskan. Ia boleh ditemui di semua daratan seluruh dunia kecuali Antartika dan beberapa pulau terpencil, ia hidup biak dalam kebanyakan ekosistem dan membentuk 15–25% biojisim haiwan darat.
Semut membentuk koloni yang bersaiz daripada beberapa puluh individu pemangsa tinggal di rongga alamiah kecil ke koloni besar berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada jutaan individu. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut betina tanpa sayap mandul yang membentuk kasta "pekerja", "askar", atau kumpulan khusus lain. Koloni ini juga mempunyai semut jantan subur yang dipanggil "dron" dan satu atau lebih semut betina subur yang dipanggil "ratu". Koloni-koloni ini kadangkala digambarkan sebagai satu superorganisma kerana semut-semutnya kelihat seperti berfungsi sebagai satu entiti bersatu, bekerja bersama-sama menyokong koloni.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.