From Wikipedia, the free encyclopedia
Madu (Jawi: مادو; pinjaman Sanskrit: मधु madhu[1]) ialah sejenis manisan semula jadi dihasilkan oleh lebah jenis tertentu[2][3] (genus Apis) hasil pengambilan nektar bunga ketika spesies-spesies lebah ini menjalankan pendebungaan.
Kepelbagaian madu terhasil sering menjadi rujukan dan jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia. Madu yang terhasil boleh dibezakan bukan sahaja daripada jenis serangga yang menghasilkannya malah juga sumber nektar yang dipungut. Pelbagai jenis dan gred madu berada di pasaran. Madu juga digunakan dalam berbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit. Madu Bunga Habbatus Sauda merupakan antara madu yang memiliki rasa yang sangat sedap dan unik.
Kajian debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat menentukan jenis sumber flora (bunga) madu tersebut dipungut.[4] Oleh kerana lebah membawa cas elektrostatik, dan boleh menarik zarah-zarah, teknik melissopalinologi yang sama boleh digunakan untuk bidang kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas.[5][6]
Lebah madu menukarkan nektarR kepada madu melalui proses regurgitasi, dan menyimpan ia sebagai sumber makanan[7] utama dalam indung-indung berlilin sarang mereka lazimnya ketika sumber makanan mengurang atau pada cuaca melampau misalnya pada musim dingin. Secara umum ada tiga jenis lebah dalam satu sarang:
Amalan ternakan lebah menggalakkan penghasilan lebihan madu di sarang atau rumah tersendiri agar lebihan madu tersebut boleh dituai dari koloni.
Lebah secara umum (genus Apis) memiliki kurang lebih 20,000 spesies, namun hanya beberapa spesies lebah antara lain A. mellifera, A. andreniformis, A. cerana, A. dorsata dan beberapa spesies lainnya yang diketahui dapat menghasilkan madu. A. dorsata yang bertaburan di Asia (termasuk kawasan subtropika dan tropika seperti Indonesia, Filipina, India, Nepal[9]) diketahui paling bagus memproduksi madu;[9] lebah ini hanya membuat sarang satu lapis yang menggantung di dahan pohon, lelangit atau siling binaan terbuka, atau di tebing jurang[9], namun spesies ini belum bisa dibudidayakan atau dijinakkan untuk dibiakkan dalam kandang tertutup.[9] Dengan sarang berukuran 2 x 2 m lebah ini bisa menghasilkan 20 kg madu untuk setiap sarang.[9]
Madu mendapat rasa manis daripada fruktosa monosakarida dan glukosa. Ia mempunyai rasa manis hampir sama dengan gula kasar.[10][11] Ia mempunyai sifat kimia yang menarik sesuai untuk pembuatan roti, dan satu rasa tersendiri yang membuatkan sesetengah orang menyukainya berbanding gula dan pemanis yang lain.[11] Kebanyakan mikroorganisma tidak hidup dan membesar dalam madu kerana kurangnya aktiviti air iaitu 0.6 dalamnya.[12] Namun, madu kadang-kala terkandung endospora dorman bakteria Clostridium botulinum, iaitu berbahaya kepada bayi, kerana endospora itu boleh menukarkan bakteria penghasil racun dalam perut bayi tersebut, seterusnya menyebabkan sakit dan mungkin membawa kepada kematian.[13]
Penggunaan madu dalam sejarah manusia sudah berlaku sejak dahulu kala lagi. Ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai pemanis dan (bahan) perisa. Ia juga tersebut dalam kitab al-Quran[14], kitab suci agama Islam, dan sebagai simbol kepada sesetengah masyarakat.
Dari banyaknya produk-produk primer maupun sekunder dari madu, sehingga diperlukannya standar nasional maupun internasional untuk menjamin mutu madu yang digunakan. Sudah terdapat standar Internasional madu yang dikeluarkan oleh Codex Alimentarius Standard. Beberapa parameter mutu dari madu antara lain adalah kadar air, kontaminan, kadar gula, kadar senyawa tak larut air, kadar abu, tingkat keasaman (pH), aktivitas diastase, kadar hidroksimetilfurfural (HMF), dan konduktivitas listrik.[16]
Kualitas madu yang baik adalah madu yang tidak terdapat kandungan air tinggi. Beberapa kontaminan yang pada madu antara lain logam berat, dan residu pestisida harus kurang dari batas maksimal yang diperbolehkan. Selain itu kadar HMF tidak boleh lebih dari 40 mg/kg yang menandakan bahwa bila madu sudah disimpan lama atau disimpan kurang baik, kadar HMF nya akan meningkat. Secara umum, madu yang baik adalah madu yang kadar airnya kurang dari 21%, memiliki tahap tindak balas diastase diatas 3 dan kandungan HMF dibawah 40 mg/kg.[17]
Penelitian terhadap madu penting untuk dilaksanakan dengan objektif meningkatkan mutu maupun kuantitas dari madu yang dihasilkan. Antara analisis yang telah dilakukan adalah analisis metabolomik. Salah satu kebolehan analisis metabolomik ialah pengesanan sumber geografi sesuatu bahan biologi melalui profil metabolit [18]. Analisis metabolomik keatas madu telah mendapati madu daripada tempat asal (origin) mempunyai profil metabolit yang berbeza. Profil metabolit yang berbeza menunjukkan khasiat madu mungkin berbeza mengikut tempat asalanya.[19]. Selain itu penelitian berbasis metabolomik pada lebah juga dapat digunakan untuk mengklasifikasikan spesies lebah yang juga merupakan faktor penentu jenis madu yang dihasilkan[20].
Selain kajian metabolomik pada lebah, penyelidikan juga telah dilakukan ke atas tanaman penghasil nektar yang biasanya digunakan oleh lebah untuk menghasilkan madu[21]. Penyelidikan mikroflora pada usus lebah juga dapat memberikan maklumat lanjut mengenai mutu madu yang dapat dihasilkan[22].
Madu adalah campuran dari gula dan sebatian lainnya. Sehubungan dengan karbohidrat, madu terutama fruktosa (sekitar 38,5%) dan glukosa (sekitar 31,0%),[23] sehingga mirip dengan sirup gula sintetis diproduksi semula yang disukat sekitar 48% fruktosa, glukosa 47%, dan sukrosa 5%. Karbohidrat madu yang tersisa termasuk maltosa, sukrosa, dan karbohidrat kompleks lainnya. Seperti semua pemanis bergizi yang lain, madu sebagian besar mengandung gula dan hanya mengandung sedikit jumlah vitamin atau mineral.[24][25]
Analisis kandungan senyawa yang tefrdapat pada madu secara umum:[26]
Kekentalan atau kelikatan madu adalah sekitar 1,36 kilogram per liter. (Atau sama dengan 36% lebih kental daripada air).[27]
Madu juga mengandung sejumlah kecil dari beberapa sebatian bermanfaat sebagai antioksidan, termasuk chrysin, pinobanksin, vitamin C, katalase, dan pinocembrin.[28][29] Komposisi spesifik dari sejumlah madu tergantung pada bunga yang tersedia untuk lebah yang menghasilkan madu.[24]
Kajian mendapati madu mampu menjadi agen yang mampu membunuh bakteria.[30] Ini kerana ketika lebah menyimpan madu dalam perut, akan terhasil satu protein digelar defensin-1 yang bertindak membunuh bakteria.[31] Ia mampu merencat pertumbuhan bakteria dan ini membolehkan madu dijadikan sebagai agen perawat luka menggantikan bahan kimia seperti iodin.[32] Kajian pembalutan madu (honey dressing) ke atas luka pesakit diabetes juga mendapati tiada perbezaan signifikan dengan cara pembalutan biasa menggunakan iodin.[33] Ini menunjukkan pembalutan madu sesuai untuk dijadikan alternatif selain menggunakan cara dresing konvesional. Madu juga dapat memulihkan luka dengan cepat.[34][35][36] Di dalam Al Quran telah tertulis madu boleh menyembuh pelbagai penyakit[14].
Amat sukar untuk mengenal pasti ketulenan sesuatu madu di pasaran kerana madu berbeza kandungan air di dalamnya bagi setiap kawasan di dunia ini terutamanya madu Eropah dan madu Asia. Madu Eropah dikatakan lebih pekat berbanding madu Asia terutamanya dari Malaysia kerana faktor cuaca di mana Malaysia menerima taburan hujan lebih banyak berbanding di Eropah.[perlu rujukan] Namun begitu, terdapat beberapa cara mudah untuk mengenalpasti sama ada sesuatu madu itu tulen atau tidak (seperti dalam gambar rajah).[38] Pengguna dinasihatkan membeli madu daripada pembekal madu yang boleh dipercayai sahaja agar tidak tertipu.
Terdapat pelbagai kes yang melaporkan penjualan madu palsu di Malaysia.[39] Modus operandi yang digunakan oleh pembekal palsu ialah dengan menggunakan orang Asli sebagai penjual madu di tepian jalan-jalan kampung dan lebuh raya.
Di Malaysia, terdapat potensi mendapatkan madu dari pohon getah.[40]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.