Glukosa

From Wikipedia, the free encyclopedia

Glukosa
Remove ads

Glukosa ialah sejenis gula ringkas dengan formula molekul C6H12O6. Ia merupakan salah satu monomer bagi karbohidrat. Glukosa adalah monosakarida yang paling banyak terdapat secara semulajadinya.

Fakta Segera Nama, Pengecam ...
Remove ads

Terdapat dua jenis glukosa iaitu D-glukosa dan L-glukosa yang dibezakan oleh konfigurasi pada atom karbon kelima. Glukosa kemudiannya dapat disusun strukturnya dari satu rantai memanjang ("unjuran Fischer") kepada satu struktur siklik ("unjuran Haworth") seperti yang ditunjukkan dalam rajah di sebelah.

Thumb
Peralihan struktur glukosa daripada mengikut unjuran Fischer (bentuk rantai) kepada unjuran Haworth (bentuk siklik).

Nama "glukosa" ini diambil melalui bahasa Perancis ("glucose") daripada istilah akar bahasa Yunani iaitu γλυκός, "manis" yang merujuk kepada bahan mentah asal bahan ini iaitu pemerasan anggur pertama yang dihasilkan dalam pembuatan wain.[3] Ia pertama kalinya diasingkan sebagai bahan sendirinya oleh Andreas Sigismund Marggraf, seorang saintis Jerman, pada tahun 1747.[4]

Remove ads

Sumber dan penghasilan

Biosintesis

Dalam tumbuh-tumbuhan dan sesetengah prokariot, glukosa merupakan hasil proses fotosintesis. Ia juga dihasilkan (terutamanya dalam haiwan dan kulat) daripada peruraian bentuk-bentuk glukosa yang berpolimer—glikogen (haiwan, kulat) atau kanji (bijirin seperti beras, jagung, barli dan sebagainya); pembelahan glikogen dirujuk sebagai glikogenolisis,[perlu rujukan] kanji, atau peruraian kanji.[5] Dalam haiwan pula, glukosa disintesiskan dalam hati dan buah pinggang daripada bahan perantara bukan karbohidrat seperti piruvat, laktat dan gliserol melalui proses glukoneogenesis.[perlu rujukan] Dalam sesetengah spesies bakteria dasar laut, glukosa dihasilkan melalui kemosintesis.[perlu rujukan]

Komersial

Glukosa dihasilkan secara komersialnya melalui hidrolisis kanji berpemangkin enzim. Pelbagai jenis tanaman boleh digunakan sebagai sumber kanji di mana jagung, beras, gandum, ubi kayu, hampas jagung dan sagu digunakan di pelbagai tempat di seluruh dunia. Kebanyakan glukosa komersial wujud dalam bentuk komponen gula songsang (invert sugar) iaitu campuran kasar glukosa dan fruktosa bernisbah 1:1. Pokoknya, selulosa boleh dihidrolisiskan menjadi glukosa, namun proses ini belum lagi boleh dipergunakan secara komersialnya.[6] Sirap glukosa (juga dikenali sebagai sirap jagung) secara asasnya merupakan larutan akueus sakarida tulen dihasilkan daripada kanji boleh dimakan, yang mempunyai nilai kesetaraan dekstrosa (dextrose equivalency, DE) sebanyak 20 atau lebih; sirap jagung yang dikeringkan adalah sirap glukosa yang dikeluarkan airnya. Glukosa mempunyai nilai DE sebanyak 100 manakala maltodekstrin kering mempunyai nilai DE kurang daripada 20. Sirap jagung dengan sendirinya mempunyai nilai DE antara 20 dan 95.[7]

Remove ads

Ciri fizikal

Larutan

Kesemua jenis bentuk glukosa diperhatikan tidak berwarna dan mudah larut dalam air, asid asetik dan beberapa larutan yang lain. Jenis-jenis glukosa ini sedikit larut dalam metanol dan etanol.

Bentuk pepejal

Tiga bentuk pepejal glukosa dapat dihablurkan daripada larutan air bergantung kepada keadaan persekitaran, iaitu α-glukopiranosa, β-glukopiranosa, dan β-glukopiranosa hidrat.[6]

Dalam biologi manusia

Jumlah glukosa yang diperlukan oleh tubuh setiap hari ialah 160g. 120g daripadanya diperlukan oleh otak setiap hari bagi orang dewasa. Jumlah glukosa yang terdapat dalam cecair tubuh ialah 20g dan yang sedia ada daripada penguraian glikogen simpanan ialah 190g. Justeru, glikogen simpanan dapat membekalkan glukosa kepada tubuh secara mencukupi untuk tempoh satu hari sahaja. Dalam keadaan kebuluran yang berpanjangan, glukosa mesti dibentukkan daripada sumber bukan karbohidrat.

Rujukan

Loading content...

Pautan luar

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads