From Wikipedia, the free encyclopedia
Janin atau fetus dalam bahasa Inggeris ialah mamalia atau vertebrata viviparus (melahirkan anak tanpa bertelur) yang berkembang selepas peringkat embrio dan sebelum kelahiran.
Bagi manusia, peringkat janin dalam perkembangan pranatal bermula pada awal minggu ke-11 dalam umur gestasi, iaitu minggu ke-9 selepas pensenyawaan.[1] [2]
Peringkat janin bermula pada permulaan minggu ke-9.[1] Pada permulaan peringkat janin, janin biasanya berukuran kira-kira 30 mm (1.2 inci) dari mercu kepala ke pinggul, dan beratnya kira-kira 8 gram.[1] Kepalanya mengambil hampir separuh saiz janin.[4] Pergerakan janin seakan-akan bernafas adalah perlu untuk merangsang perkembangan paru-paru, bukannya menerima oksigen.[5]Jantung, tangan, kaki, otak dan organ-organ lain sudah tumbuh, tetapi baru mula berkembang dan fungsinya di tahap minimum.[6][7]
Janin tidak boleh merasa kesakitan pada awal peringkat fetus, sehingga trimester ketiga.[8] Ketika ini dalam perkembangan, janin bergerak-geri dan menggerenyet kerana otot-otot, otak dan laluan saraf mula berkembang.[9]
Wanita yang hamil buat kali pertama biasanya merasai pergerakan pergerakan janin dalam masa selepas 21 minggu, manakala wanita yang pernah beranak sekurang-kurangnya dua kali biasanya merasainya selepas 20 minggu.[10] Pada akhir bulan kelima, janin berukuran kira-kira 20 cm (8 inci).
Jumlah lemak dalam badan janin bertambah dengan mendadak. Paru-paru belum matang sepenuhnya. Terbentuknya sambungan talamus dalam otak yang menyalurkan input deria. Tulang berkembang sepenuhnya, tetapi masih lembut dan mudah lentur. Zat-zat besi, kalsium, dan fosforus semakin kaya. Kuku jari mencapai hujung jari. Lanugo (bulu halus yang menutupi tubuh fetus manusia pada bulan keempat kandungan) mula pudar sehingga sirna kecuali di bahagian atas lengan dan bahu. Tunas buah dada kecil tumbuh pada kedua-dua jantina. Rambut kepala menjadi kasar dan lebih tebal. Hari lahir semakin dekat, berlaku sekitar minggu ke-40. Janin ini dianggap cukup bulan pada minggu-minggu ke-35 hingga 40,[11] iaitu janin itu cukup berkembang untuk hidup di luar uterus.[12] Panjangnya sekitar 48 hingga 53 cm (19 hingga 21 inci) apabila lahir. Kawalan gerak badan bayi adalah terhad ketika lahir, dan pergerakan voluntari terus berkembang dalam pembesaran sehingga baligh.[13][14]
Kadar pertumbuhan banyak bezanya antara janin-janin di dunia. Keadaan saiz janin kurang daripada yang dijangka dikenali sebagai sekatan pertumbuhan dalam kandungan (intrauterine growth restriction, IUGR) atau sekatan pertumbuhan janin (fetal growth restriction, FGR); faktor-faktor yang menjejaskan pertumbuhan janin mungkin berpunca dari ibu, urinya atau janin itu sendiri.[15]
Faktor-faktor ibu termasuk berat badan, indeks jisim badan, pemakanan, tekanan emosi, pendedahan kepada toksin (termasuk tembakau, alkohol, heroin, dan bermacam-macam jenis darah yang boleh membahayakan janin), dan aliran darah dalam uterus ibu.
Faktor-faktor uri termasuk saiz, mikrostruktur (kepadatan dan bentuk badan), aliran darah tali pusat, pengangkut dan protein penambat, penggunaan nutrien dan penghasilan nutrien.
Faktor-faktor janin termasuk genom janin, penghasilan nutrien, dan keluaran hormon. Selain itu, janin perempuan selalunya kurang berat berbanding janin lelaki ketika cukup bulan.[15]
Perkembangan janin sering digolongkan seperti berikut:
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Janin. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.