From Wikipedia, the free encyclopedia
Kalsium (Jawi: کلسيوم) ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang bersimbolkan Ca dan mempunyai nombor atom 20. Ia unsur kelima paling berlimpah dalam kerak Bumi. Kalsium amatlah penting bagi organisma hidup, terutamanya dalam fisiologi sel, dan ialah unsur paling biasa dalam kebanyakan haiwan.
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Umum | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama, Simbol, Nombor | kalsium, Ca, 20 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Siri kimia | logam Alkali Bumi | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kumpulan, Kala, Blok | 2, 4, s | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rupa | putih keperakan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jisim atom | 40.078(4) g/mol | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Konfigurasi elektron | [Ar] 4s2 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bilangan elektron per petala | 2, 8, 8, 2 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sifat fizikal | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keadaan | pepejal | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ketumpatan (sekitar suhu bilik) | 1.55 g/cm³ | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ketumpatan cecair pada takat lebur | 1.378 g/cm³ | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Takat lebur | 1115 K (842 °C, 1548 °F) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Takat didih | 1757 K
(1484 °C, 2703 °F) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Haba pelakuran | 8.54 kJ/mol | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Haba pengewapan | 154.7 kJ/mol | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Muatan haba | (25 °C) 25.929 J/(mol·K) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sifat atom | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Struktur hablur | kubus berpusat muka | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keadaan pengoksidaan | 2 (oksida bes kuat) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keelektronegatifan | 1.00 (skala Pauling) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tenaga pengionan | pertama: 589.8 kJ/mol | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
kedua: 1145.4 kJ/mol | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
ketiga: 4912.4 kJ/mol | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jejari atom | 180 pm | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jejari atom (kiraan) | 194 pm | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jejari kovalen | 174 pm | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lain-lain | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sifat kemagnetan | paramagnet | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rintangan elektrik | (20 °C) 33.6 nΩ·m | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keberkonduktan haba | (300 K) 201 W/(m·K) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengembangan terma | (25 °C) 22.3 µm/(m·K) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kelajuan bunyi (rod halus) | (20 °C) 3810 m/s | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Modulus Young | 20 GPa | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Modulus ricih | 7.4 GPa | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Modulus pukal | 17 GPa | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nisbah Poisson | 0.31 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Skala kekerasan Mohs | 1.75 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kekerasan Brinell | 167 MPa | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nombor CAS | 7440-70-2 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Isotop | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rujukan |
Kalsium ialah unsur yang agak lembut, kelabu dan kelogaman yang boleh disari melalui elektrolisis kalsium fluorida. Ia terbakar dengan nyalaan kuning-kemerahan dan membentuk salutan nitrida putih apabila ia terdedah kepada udara. Ia bertindak balas dengan air, menyesarkan hidrogen dan membentuk kalsium hidroksida.
Kalsium adalah penting untuk pengecutan otot, pengaktifan oosit, pembentukan tulang dan gigi yang kuat, pembekuan darah, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung serta keseimbangan bendalir dalam sel. Sebanyak 50% hingga 75% populasi orang dewasa Amerika Syarikat dikaji tidak memperoleh kalsium yang mencukupi dalam diet mereka.[1] Orang dewasa memerlukan antara 1,000 hingga 1,300 mg kalsium dalam diet seharian mereka.[1]
Isotop paling berlimpah, 40Ca, mempunyai nukleus20 proton dan 20 neutron. Tatarajah elektronnya: 2 elektron pada petala K (nombor kuantum utama 1), 8 pada petala L (nombor kuantum utama 2), 8 pada petala M (nombor kuantum utama 3), dan 2 pada petala N (nombor kuantum utama 4). Petala terluar ialah petala valens, dengan 2 elektron pada orbital 4s tunggal, manakala orbital 3p kosong.
Kalsium tidak biasa dijumpai dalam bentuk unsurnya secara semula jadi. Ia biasanya ditemui dalam batu-batu mendapan seperti batu kapur, gipsum dan fluorit. Stalagmit dan stalaktit turut mengandungi kalsium karbonat. Oleh sebab ia zat makro dalam diet manusia, amalan pemuliharaan tanah selalunya mengambil kira keseimbangan lestari kepekatan kalsium dalam tanah.
Lihat juga Mineral Kalsium.
Kalsium ialah bahan galian penting dalam diet yang sihat. Kekurangannya boleh memberi kesan terhadap pembentukan tulang dan gigi, sementara penyimpanan berlebihan boleh mengakibatkan karang ginjal. Vitamin D diperlukan untuk menyerap kalsium. Keluaran tenusu seperti susu dan keju ialah sumber kalsium yang diketahui ramai. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah individu alah kepada keluaran tenusu dan lebih ramai orang yang tidak mempunyai ketahanan terhadap laktosa (intoleransi laktosa) yang menghalang pengambilan keluaran tenusu ini, terutamanya yang bukan berketurunan dari Eropah, Bagi orang-orang ini, terdapat banyak lagi sumber kalsium yang baik termasuklah rumpai laut seperti kelp, wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih (contohnya badam dan bijan); kekacang; makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut; bayam; gandum lengkap; kailan; bendi; rutabaga; brokoli; dan keluaran yang diperkuatkan seperti jus oren dan roti.
Penggunaan-penggunaan lain termasuklah:
Kalsium (berakar daripada perkataan Bahasa Latin calcis iaitu "batu kapur") telah diketahui seawal abad pertama apabila orang Rom kuno menyediakan kapur dalam bentuk kalsium oksida. Seorang saintis England, Humphrey Davy telah berjaya mengasingkannya dengan mengelektrolisiskan campuran kapur dan raksa oksida pada tahun 1808. Davy pada masa itu cuba untuk mengasingkan kalsium apabila beliau mendapat tahu bahawa Berzelius dan Pontin telah menyediakan kalsium amalgam dengan mengelektrolisiskan kapur dalam raksa, lantas beliau telah mencubanya sendiri. Beliau telah menggunakan elektrolisis sepanjang hayatnya dan telah menemui/mengasingkan magnesium, strontium dan barium.
Kalsium bergabung dengan fosfat untuk membentuk hidroksilapatit iaitu komponen mineral yang terdapat pada gigi dan tulang manusia dan haiwan. Bahagian mineral sesetengah batu karang juga boleh terbentuk menjadi hidroksilapatit.
Kalsium oksida (kapur) digunakan dalam kebanyakan proses penapisan kimia. Ia dihasilkan dengan memanaskan dan mencampurkan air secara berhati-hati kepada batu kapur. Apabila kapur bercampur dengan pasir, ia mengeras menjadi mortar dan diubah menjadi plaster melalui pengambilan karbon dioksida. Jika dicampur dengan sebatian-sebatian lain, kapur membentuk bahagian penting dalam simen Portland.
Apabila air menelusi batu kapur dan lain-lain batuan karbonat larut, ia melarutkan batu-batuan tersebut secara separa menyebabkan pembentukan gua, ciri stalaktit dan stalagmit serta penghasilan air liat. Sebatian-sebatian kalsium penting yang lain termasuklah kalsium nitrat, kalsium sulfida, kalsium klorida, kalsium karbida, kalsium sianamida, dan kalsium hipoklorit.
Kalsium mempunyai empat isotop stabil (40Ca dan 42Ca menerusi 44Ca) dan dua isotop tambahan (46Ca dan 48Ca) yang mempunyai separuh hayat yang panjang untuk kebanyakan kegunaan praktikal dan dianggap stabil. Ia juga mempunyai satu isotop kosmogenik, 41Ca radioaktif, yang mempunyai separuh hayat 103,000 tahun. Berbeza dengan isotop-isotop kosmogenik yang dihasilkan pada atmosfera, 41Ca dihasilkan melalui pengaktifan neutron 40Ca. Kebanyakan pembentukannya berada pada meter atasan turus tanah di mana fluks neutron kosmogenik masih lagi cukup kuat. 41Ca memperoleh perhatian tinggi dalam kajian najam kerana ia mereput menjadi 41K, satu penunjuk genting dalam anomali (kejanggalan) sistem suria.
Kalsium semula jadi 97 peratusnya dalam bentuk 40Ca. 40Ca ialah hasil reputan 40K, bersama dengan 40Ar. Sementara pentarikhan K-Ar digunakan dengan meluas dalam sains geologi, kelaziman 40Ca dalam alam semula jadi menghalangnay daripada digunakan untuk tugas pentarikhan. Kaedah yang memanfaatkan spektrometri jisim dan pencairan isotop pepaku ganda dua telah digunakan dalam pentarikhan usia K-Ca.
Terdapat pengesyoran yang bercanggah tentang bila masa makanan tambahan kalsium harus diambil. Walau bagaimanapun, kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa pengambilan kalsium tidak harus melebihi 500 mg pada satu-satu masa kerana sebarang lebihan akan dikumuh oleh badan. Pengambilan sukatan disyorkan agar diagih-agihkan dalam sehari, dengan sukatan terakhir dekat dengan masa tidur. Pengambilan kalsium seharian yang disyorkan berubah-ubah daripada 1000 ke 1500 miligram bergantung kepada peringkat usia.
Susu, yogurt, keju dan keluaran tenusu lain ialah sumber utama kalsium badan di mana vitamin D diperlukan untuk penyerapannya dalam badan. Kalsium ialah mineral yang paling berlimpah dalam tubuh badan, tetapi juga satu daripada mineral yang paling berkemungkinan tidak dibekalkan dengan mencukupi dalam pemakanan manusia.
Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat. Kalsium amat diperlukan semasa peringkat tumbesaran seperti pada peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi. Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis iaitu kemerosotan tulang yang boleh menyebabkan risiko retak atau patah tulang. Keperluan kalsium boleh dipenuhi dengan pengambilan sekurang-kurangnya 3 hingga 4 sajian keluaran tenusu setiap hari.
Sesetengah keluaran tenusu, seperti keju keras dan susu lengkap, mengandungi kandungan lemak tepu yang agak banyak yang boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Oleh sebab itu, diet yang melibatkan keluaran tenusu rendah lemak haruslah diambil kira. Beraneka jenis keju rendah lemak yang dihasilkan daripada susu separa skim, seperti mozzarella, ricotta, keju kotej boleh diambil sebagai pilihan alternatif.
Untuk orang yang mempunyai intolerans atau alahan kepada keluaran tenusu, pengganti seperti susu soya biasanya mengandungi kalsium yang dicampur ke dalamnya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.