Brokoli

From Wikipedia, the free encyclopedia

Brokoli

Brokoli (Jawi: بروکولي serapan Itali broccoli terbitan brocco "pucuk"[3]) atau kubis bunga hijau (Jawi: كوبيس بوڠا هيجاو) ialah sejenis kultivar tumbuhan Brassica oleracea yang dijadikan sayur.

Fakta Segera Spesies, Kumpulan kultivar ...
Brokoli
Broccoli
Broccoli
Spesies
Brassica oleracea var. italica
Kumpulan kultivar
Kumpulan Italica
Asal
Dari Itali (2,000 tahun lalu)[1][2]
Tutup

Jambak bunga dan tangkainya boleh dimakan dengan merebus atau mengukus sayur ini sehingga sederhana empuk baik dihidangkan begitu sahaja sebagai ulam lemak-lemak manis mahupun dicampurkan bersama masakan lain seperti stu, sup atau gorengan.

Ciri botani

Herba berbatang lembut sederhana besar, batang tidak berkayu. Daun tunggal, bersaiz besar, lebar, tebal, susunan berpilin, berwarna hijau tua, urat daun berwarna putih jelas kelihatan. Bunga majmuk, kecil, berwarna hijau tua ketika muda, terdapat di dalam jambak bugan yang keluar di hujung pucuk utama, tangkai bunga besar, berwarna putih kehijauan. Bunga yang mekar berwarna kuning. Buah panjang, mengandungi banyak biji benih.

Penanaman

Khasiat

Brokoli mengandungi air, diindolimetana, glukorafanin, indol-3-karbinol, karotenoid, sulforafan, karbohidrat, alkaloid, serat, kalium, zink, fosforus, magnesium, kalisum, protein, gula dan vitamin C.[perlu rujukan]

Dikatakan jika memakan brokoli dapat mempercepatkan penyembuhan penyakit dan mencegah pertumbuhan sel kanser paru-paru.[perlu rujukan] Ia juga dapat menghindarkan diri dari pelbagai penyakit termasuk penyakit barah, serangan jantung, strok dan penyakit osteoporosis bagi wanita.[perlu rujukan] Selain itu, ia boleh dijadikan sebagai awet muda dan kaya dengan antioksidan dan penyedap selera makan.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.