bilangan proton dalam nukleus satu atom From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam kimia dan fizik, nombor atom (Jawi: نومبور اتوم; atau juga dikenali sebagai nombor proton) merujuk kepada bilangan proton dalam nukleus satu atom yang juga sama dengan nombor cas sesuatu nukleus. Kebiasaannya, nombor atom diwakili simbol Z. Nombor atom turut mewakili unsur kimia.
Disebabkan bilangan proton sama dengan bilangan elektron dalam sebarang atom neutral, maka nombor juga ialah bilangan elektron dalam atom neutral itu.
Nombor atom = Bilangan proton = bilangan elektron dalam atom neutral.
Disebabkan jisim elektron sangat kecil berbanding dengan jisim proton dan neutron, maka jisim bagi satu atom adalah tertumpu di nukleus. Oleh itu, jisim suatu atom ditentukan oleh jumlah bilangan proton dan neutron dalam nukleus atom itu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.