Bendera (disebut [bĕn.dé.ra], Jawi:بنديراcode: ms is deprecated ; serapan Portugis: bandeiracode: pt is deprecated [1]) ialah sepotong kain yang dicorakkan pelbagai warna dan bentuk sebagai wahana untuk melambangkanpengenalan sebuah kelompok atau ataupun entiti seperti negara; bendera awal digunakan dalam penyelarasan tentera di medan tempur. Namun, pemakaian objek bendera turut boleh digunakan lanjut sebagai alat pengisyaratan, pengiklanan mahupun untuk tujuan hiasan.
Kajian mengenai perekaan bendera dari segi corak dan perlambangan disebut sebagai veksilologi.
Remove ads
Terdapat seberapa jenis bendera yang dicirikan penggunaan dan fungsinya:
Bendera kebangsaan atau bendera nasional - melambangkan sebuah bangsa atau negara.
Bendera awam atau bendera sivil - adaptasi bendera nasional yang diterbangkan oleh warga awam pada badan bukan pemerintah.
Bendera perang - bendera unik diterbangkan oleh angkatan bersenjata mereka,
Perekaan yang tampil dalam bendera-bendera ini datangnya daripada mengikut tatacara pembuatan jata dipakai kesateria berperaturan tersendiri.
Perkaitan bendera yang dipakai sesebuah negara dengan suatu fahaman didokong atau diperjuangkan negara tersebut adakala turut menjadi inspirasi kepada bangsa, negara atau entiti subnasional yang menganggap diri seperjuangan. Antara beberapa contohn yang boleh diperhatikan:
Bendera Denmark, bendera negara tertua yang masih digunakan sejak abad ke-13, telah menginspirasi banyak negara jirannya lagi-lagi dalam rantau Nordik mempunyai bentuk salib sama seperti di Norway, Sweden, Finland dan Iceland.
Habsyah terlihat sebagai model dengan munculnya negara-negara Afrika tahun 1950-an dan 1960-an, sebagai salah satu negara merdeka tertua di Afrika. Oleh sebab itu, benderanya yang menjadi sumber warna Pan-Afrika, atau " warna Rasta ". Contoh: Togo, Senegal, Ghana, Mali.
Bendera Venezuela kuning, biru dan merah diciptakan oleh Francisco de Miranda untuk mewakili gerakan kemerdekaan di Venezuela yang kemudian melahirkan entiti "Colombia Raya" menginspirasi bendera-bendera Kolombia dan Ecuador selain Venezuela sendiri.