rencana senarai Wikimedia From Wikipedia, the free encyclopedia
Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines Terbang ke Destinasi sebagai Berikut [1][2] :
Penerbangan Malaysia terbang ke destinasi berikut setakat tahun 2024 [4][5][6][7][8][9][10][11]:
Hab utama dan Hab sekunder | |
Bandar Tumpuan |
Pada tahun 1947, syarikat penerbangan yang baru dibentuk memulakan operasi berjadual dengan Armada Airspeed Konsul yang tunggal, [169] menghubungkan Lapangan Terbang Singapura-Kallang dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur dengan Kota Bharu dan Kuantan. [170] Menjelang tahun 1948, rangkaian laluan domestik terdiri daripada Ipoh, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Singapura, Kota Bharu dan Kuantan, sedangkan penerbangan antarabangsa ke Batavia (kini Jakarta), Bangkok, Medan, Saigon (Kini Bandaraya Ho Chi Minh) dan Palembang juga layani. [171] Pada bulan Mei 1949, Syarikat Penerbangan Malayan Airways mengambil alih laluan Singapura – Kuching – Labuan – Jesselton (Kini Kota Kinabalu), yang telah dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja sejak Mei 1946 dan merupakan satu-satunya pautan udara (laluan penerbangan) antara Singapura dan Borneo. [172] Laluan ini dilanjutkan ke Sandakan pada bulan Oktober di tahun yang sama. [173] Pada awal tahun 1950, rangkaian laluan sepanjang 6,504 batu (10,467 km). [174]
pada Tarikh 1 Januari 1967, [175] kali ini dinamakan semula sebagai Malaysia – Singapore Airlines (MSA). [176] MSA mula mengerahkan pesawat de Havilland Comet di laluan Kuala Lumpur-Singapura, dan juga perkhidmatan yang bergerak dari dua bandar ini ke Bangkok, Hong Kong, Manila, Perth dan Taipei. Pesawat ini juga digunakan pada rute domestik terpilih. [177] Setahun kemudian, Jakarta dan Sydney sudah dimasukkan ke dalam jaringan rute antarabangsa, dengan perkhidmatan Singapura – Jakarta – Perth – Sydney menggunakan Armada siri Boeing 707 yang disewa dari Syarikat Penerbangan Qantas, [178] dan pada April 1969 Tokyo juga disertakan. [179] Perasmian perkhidmatan ke Colombo dan Madras (Kini Chennai) diumumkan pada bulan April 1970 untuk dimulakan pada bulan Jun tahun itu dan [180] penerbangan ke dua bandar ini beroperasi pada bulan Mei 1971. [181]
Berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Malaysian Airlines System Berhad (MAS) dibentuk oleh kerajaan Malaysia pada April 1971 untuk menggantikan MSA, memulakan operasi pada Tarikh 1 Oktober 1972, sehari selepas tarikh tersebut, Syarikat Penerbangan MSA menjadi tidak berfungsi kerana perpecahannya antara MAS dan Singapore Airlines. [182] [183] Jaringan laluan syarikat penerbangan baharu itu pada mulanya terdiri daripada penerbangan domestik dan perkhidmatan antarabangsa ke Bangkok, Hong Kong, Jakarta, Medan dan Singapura. [184] Menjelang Mac 1975, Bandar Seri Begawan, Dubai, Hat Yai, Kota Kinabalu, Kuching, London, Madras (Kini Chennai), Manila, Sydney, Taipei dan Tokyo telah ditambahkan ke destinasi ini, [185]: 493 dengan Amsterdam, Frankfurt, Jeddah, Melbourne, Paris, Perth dan Seoul juga dilayan sepuluh tahun kemudian.[186]
Pada bulan April 2000, dari pusat utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Kuala Lumpur), Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines mengendalikan perkhidmatan berjadual ke destinasi domestik termasuk Alor Setar, Ba'kelalan, Bario, Belaga, Bintulu, Ipoh, Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuala Terengganu, Kuantan, Kuching, Kudat, Labuan, Lahad Datu, Langkawi, Lawas, Layang-Layang, Limbang, Long Lellang, Marudi, Miri, Mukah, Mulu, Pulau Pinang, Sandakan, Semporna, Sibu, Tarakan, Tawau dan Tommanggong. Destinasi antarabangsa yang dilayani pada masa itu termasuk Adelaide, Amsterdam, Auckland, Bandar Seri Begawan, Bangkok, Beijing, Beirut, Brisbane, Buenos Aires, Cairns, Kaherah, Cape Town, Cebu, Chennai, Chiang Mai, Darwin, Delhi, Bali, Dhaka, Dubai, Frankfurt, Fukuoka, Guangzhou, Hanoi, Hat Yai, Bandaraya Ho Chi Minh, Hong Kong, Istanbul, Jakarta, Jeddah, Johannesburg, Kaohsiung, Karachi, London, Los Angeles, Malé, Manchester, Manila, Medan, Melbourne, Munich, Nagoya, Bandaraya New York, Osaka, Paris, Perth, Phnom Penh, Phuket, Kota Pontianak, Rom, Seoul, Shanghai, Singapura, Surabaya, Sydney, Taipei, Tokyo, Vienna, Xiamen, Yangon, Zagreb dan Zürich. [187]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.