Nagoya

From Wikipedia, the free encyclopedia

Nagoya

Nagoya (名古屋市, Nagoya-shi) adalah bandar ketiga terbesar dan keempat paling ramai penduduk di kawasan bandar di Jepun.[1]

Fakta Segera 名古屋市, Negara ...
Nagoya
名古屋市
Thumb
Bangunan pencakar langit di Nagoya
Thumb
Thumb
Lokasi Nagoya di Aichi
NegaraJepun
KawasanChūbu
WilayahAichi
Pentadbiran
  Datuk BandarTakashi Kawamura
Keluasan
  Jumlah326.45 km2 (126.04 batu persegi)
Penduduk
  Jumlah2,236,000
  Kepadatan6,849.4/km2 (17,740/batu persegi)
Zon waktuUTC+9 (Waktu Piawai Jepun)
- PokokCamphor laurel
(Cinnamomum camphora)
- BungaLilium
Nombor telefon052-972-2017
Alamat3-1-1 Sannomaru, Naka-ku, Nagoya-shi, Aichi-ken
460-0001
Laman sesawangCity of Nagoya
Tutup

Nagoya terletak di pantai Lautan Pasifik di wilayah Chūbu di tengah Honshū. Ia adalah ibu negeri bagi wilayah Aichi dan salah sebuah pelabuhan laut terpenting Jepun selain Tokyo, Osaka, Kobe, Yokohama, Chiba, dan Hakata. Ia juga merupakan pusat kawasan metropilitan ketiga terbesar Jepun yang dikenali sebagai Kawasan Metropolitan Chūkyō. Setakat tahun 2000, Kawasan Metropolitan Chūkyō mengandungi 8.74 juta penduduk, di mana 2.17 juta darinya tinggal di dalam bandar Nagoya.[2]

Pentadbiran

Thumb
Kedudukan wad-wad di Nagoya.

Wad

Bandar Nagoya terbahagi kepada 16 buah wad seperti yang berikut:

  • Atsuta-ku
  • Chikusa-ku
  • Higashi-ku
  • Kita-ku
  • Meitō-ku
  • Midori-ku
  • Minami-ku
  • Minato-ku
  • Mizuho-ku
  • Moriyama-ku
  • Naka-ku (pusat pentadbiran)
  • Nakagawa-ku
  • Nakamura-ku
  • Nishi-ku
  • Shōwa-ku
  • Tempaku-ku

Pengangkutan

Pengangkutan rel

Kereta api penumpang

  • JR Central
    • Tōkaido Shinkansen
    • Aliran Utama Tōkaido
    • Aliran Utama Chūō
    • Aliran Utama Kansai
  • Meitetsu
    • Aliran Utama Nagoya
    • Aliran Chikkō
    • Aliran Inuyama
    • Aliran Komaki
    • Aliran Seto
    • Aliran Tokoname
  • Kintetsu Railway
    • Aliran Nagoya
  • Nagoya Municipal Subway
    • Aliran Higashiyama
    • Aliran Kamiiida
    • Aliran Meijō
    • Aliran Meikō
    • Aliran Tsurumai
    • Aliran Sakura-dōri
  • Tokai Transport Service
    • Aliran Jōhoku
  • Nagoya Rinkai Rapid Transit
    • Aliran Aonami
  • Aichi Rapid Transit
  • Aichi GuideWay-Bus
    • Aliran Yutorito

Kereta api kargo

  • JR Freight
  • Nagoya Rinkai
Thumb
Dewan Bandar Nagoya

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.