Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bandar raya Cape Town (Afrikaans: Kaapstad , ˈkɑːpstat; bahasa Xhosa: iKapa) ialah salah satu ibu-ibu kota Afrika Selatan yang terletak di dalam wilayah Cape Barat, 60 km barat-daya dari Pretoria. Ia merupakan ibu negara perundangan di Afrika Selatan, serta ibu negeri wilayah Cape Barat dan mempunyai kepadatan pendudukan terbesar di negara ini. Antara tempat pelancongannya yang terkenal ialah Table Mountain suatu pergunungan yang rata di bahagian atasnya seperti sebuah meja yang besar. Selain itu, tempat ini masyhur kerana penjaranya di Pulau Robben yang telah menjadi penjara tahanan politik seperti Nelson Mandela.
Cape Town
Kaapstad, iKapa | |
---|---|
Cogan kata: Spes Bona Latin: Harapan yang Baik | |
Negara | Afrika Selatan |
Negeri | Cape Barat |
Penubuhan | 1652 |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Dan Plato |
Penduduk (2019) | |
• Jumlah | 3,433,441 |
Zon waktu | UTC+2 (SAST) |
Postal code | 8000 |
Kod kawasan | +27 (0)21 |
Min waktu suria | UTC+06:46:48 |
Laman sesawang | http://www.capetown.gov.za/ |
Cape Town terletak di kawasan barat daya Afrika Selatan, iaitu di tepi Table Bay, Lautan Atlantik. Berdekatan Table Bay ialah Table Mountain (Tafelberg), suatu gunung berpuncak rata berketinggian 1,084.6 meter dari paras laut, dan lazim menjadi tarikan pelancongan. Pusat bandar Cape Town terletak di kawasan utara Semenanjung Cape yang meruncing ke arah selatan dan berakhir dengan Tanjung Harapan.
Taraf biokepelbagaian kawasan Cape Town adalah pada tahap-tahap tertinggi dunia sesama kawasan-kawasan lain seluasnya.[1] Sesetengah spesies tumbuhan di Table Mountain adalah endemik, dan oleh itu, tidak dapat ditemui di mana-mana tempat lain secara global. Cape Town memiliki sebuah kawasan lindungan alam, Kawasan Flora Cape yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia.[2]
Cape Town memiliki iklim Meditterranean lembap (Csb mengikut pengelasan iklim Köppen),[3][4] dengan musim panas kering dan hangat, dan musim sejuk ringan dan berlembapan sederhana. Secara purata, Cape Town menerima 3,100 jam cahaya matahari setahun.[5]
Sistem perundangan Cape Town adalah berdasarkan sistem majlis dengan 231 buah kerusi. 116 kerusi diisi oleh calon dipilih rakyat daripada setiap wad (pembahagian pentadbiran berdasarkan majlis perundangan). Kerusi-kerusi selebihnya diisi oleh ahli parti-parti politik berdasarkan jumlah undian yang diperoleh sesebuah parti.[6][7]
Cape Town memiliki 18 buah bandar kembar secara rasmi seperti di bawah:[8]
Berdasarkan bancia rasmi negara pada 2011, jumlah penduduk rasmi kawasan metropolitan Cape Town ialah 3,740,026 orang yang menghuni dalam 1,068,573 buah isi rumah.[9] Bahasa Afrikaans dituturi oleh 35.7% penduduk, diikuti dengan Xhosa (29.8%) dan Inggeris (24.8%).[10]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.