From Wikipedia, the free encyclopedia
Mark Alan Webber (lahir 27 Ogos 1976) ialah seorang pemandu Formula Satu yang berasal dari Australia.
Lahir | Mark Alan Webber 27 Ogos 1976 Queanbeyan, New South Wales, Australia |
---|---|
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Kewarganegaraan | Australia |
Tahun aktif | 2002–2013 |
Teams | Minardi, Jaguar, Williams, Red Bull |
Entri | 217 (215 permulaan) |
Kejuaraan | 0 |
Kemenangan | 9 |
Podium | 42 |
Mata kerjaya | 1.047,5 |
Petak pertama | 13 |
Pusingan terpantas | 19 |
Perlumbaan pertama | Grand Prix Australia 2002 |
Kemenangan pertama | Grand Prix Jerman 2009 |
Kemenangan terakhir | Grand Prix British 2012 |
Perlumbaan terakhir | Grand Prix Brazil 2013 |
Kedudukan 2013 | Ke-3 (199 mata) |
Webber bermula dalam Formula Satu pada tahun 2002, dan mendapat mata pertama Minardi dalam tempoh tiga tahun selepas mendapat mata kejuaraan pada perlumbaan F1 yang pertamanya. Selepas musim pertama beliau, Jaguar Racing mengambil beliau sebagai pemandu pertama pasukan mereka. Pada tahun 2009, Webber memenangi perlumbaan pertamanya dengan Red Bull Racing di Grand Prix Jerman. Menjelang akhir tahun 2009, Webber mendapat lapan podium, termasuk satu lagi kemenangan di Brazil. Beliau menambah sepuluh lagi podium pada tahun 2010, termasuk kemenangan di Sepanyol, Monaco, Britain dan Hungary. Webber menamatkan musim 2010 di tempat ketiga. Pada tahun 2011, Webber menambah satu lagi kemenangan di Grand Prix Brazil, dan sekali lagi menamatkan musim di tempat ketiga. Webber akan terus bersama Infiniti Red Bull Racing sehingga akhir musim 2013.
Webber membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu di Grand Prix Australia. Beliau melayakkan diri di tempat ke-18, lebih daripada 4 saat dari masa petak pertama, tetapi 1.4 saat di hadapan rakan sepasukan, Alex Yoong.[1] Pada hari perlumbaan, Webber mendapat tempat keenam, lalu mendapat mata kejuaraan pada Grand Prix pertamanya. Hanya 4 pemandu Formula Satu dari Australia yang mendapat mata kejuaraan dunia dan beliau merupakan pemandu Minardi yang pertama untuk mendapat mata sejak Marc Gene pada tahun 1999.
Webber terpaksa bersara di Grand Prix Malaysia, sebelum mendapat tempat ke-11 berturut-turut pada dua perlumbaan berikutnya. Webber dan Yoong terpaksa menarik diri daripada Grand Prix Sepanyol disebabkan kegagalan sayap yang berkemungkinan mendatangkan bahaya.
Di Grand Prix Hungary, Webber hilang dua kilogram berat badannya sepanjang perlumbaan tersebut kerana terpaksa memandu tanpa air minuman selepas botol airnya pecah. Webber dapat mengatasi Yoong (dan Anthony Davidson, yang menggantikan Yoong untuk Grand Prix Hungary dan Belgium) pada pusingan kelayakan bagi setiap perlumbaan, dan 2 mata kejuaraan yang beliau kutip di Australia sudah memadai bagi Minardi untuk menamatkan musim di tempat kesembilan, di hadapan Toyota dan Arrows.[2] Webber dianugerahkan dengan gelaran Rookie of the Year dalam majalah F1 Racing. Autosport.com juga memberikan anugerah Rookie of the Year dan F1 Newcomer of the Year. Pada bulan November 2002, ia telah diumumkan bahawa Webber akan menyertai Jaguar Racing untuk musim 2003, bersama pemandu ujian Williams, Antônio Pizzonia.
Pada perlumbaan pertama musim ini di Melbourne, Webber melayakkan diri ke tempat ketujuh dan mempertahankan kedudukan tersebut semasa bahagian awal perlumbaan, namun menamatkan perlumbaan di tempat ke-13. Di Grand Prix Malaysia, beliau mendapat tempat kesepuluh selepas bermula dari kedudukan yang sama. Perlumbaan di Bahrain berjalan dengan lancar bagi Webber dan Coulthard. Mereka berdua berada di tempat keenam dan ketujuh, sehingga kedua-dua kereta terpaksa bersara disebabkan kerosakan mekanikal.
Perlumbaan di Sepanyol tidak berjalan dengan lancar bagi Webber. Beliau gagal untuk memasuki pusingan kelayakan bahagian kedua dan bersara awal dari perlumbaan disebabkan masalah hidraulik. Webber akhirnya mendapat podium kedua kerjayanya di Grand Prix Eropah selepas bermula dari tempat keenam. Webber hampir kehilangan tempat podium tersebut selepas bersaing dengan Alexander Wurz pada selekoh kedua terakhir perlumbaan.[3]
Webber hampir mendapat satu lagi podium di Grand Prix Jepun, namun beliau dilanggar oleh Sebastian Vettel dalam keadaan hujan lebat.
Webber kelihatan kukuh pada perlumbaan terakhir musim di Brazil. Webber bermula dari tempat kelima, di hadapan kedua-dua kereta BMW Sauber dan di belakang kereta Ferrari dan McLaren. Webber kelihatan kukuh dalam perlumbaan tersebut, namun satu lagi kegagalan mekanikal menyebabkan beliau untuk bersara dari perlumbaan tersebut.
Webber memulakan musim ini dengan Red Bull Racing di Melbourne. Beliau mencatatkan masa pusingan enam teratas dalam ketiga-tiga sesi latihan bebas, dan hampir memasuki sesi kelayakan bahagian ketiga namun cakera brek depan kereta beliau gagal berfungsi semasa sesi kelayakan bahagian kedua, lalu menyebabkan beliau terperangkap dalam pasir pada akhir sesi tersebut, dan menyebabkan beliau bermula dari tempat ke-15. Walaupun bermula dengan baik, beliau terkeluar dari litar pada selekoh pertama untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam perlanggaran yang berlaku dihadapannya. Webber berjaya memotong beberapa kereta yang lain, namun beliau berlanggar dengan Kazuki Nakajima dan Anthony Davidson, lalu beliau terpaksa bersara dari perlumbaan tersebut.[4]
Walaupun bersara di Australia, Webber berjaya mendapatkan mata untuk lima perlumbaan seterusnya. Beliau juga mendapat tempat keempat di Monaco dalam keadaan hujan. Sehingga tahun 2009, ini merupakan permulaan musim yang terbaik bagi Webber sejak tahun 2005 dengan Williams, dengan mendapat mata dalam lima perlumbaan berturut-turut.
Pada hari Khamis sebelum Grand Prix British, ia telah diumumkan bahawa Webber telah bersetuju untuk melanjutan kontraknya bersama Red Bull Racing untuk setahun, dan akan terus dengan mereka sehingga akhir musim 2009.[5] Semasa sesi kelayakan untuk Grand Prix tersebut, Webber berjaya melayakkan diri ke tempat kedua, di hadapan Kimi Räikkönen dan di belakang Heikki Kovalainen. Namun, hasil Webber disia-siakan selepas hanya mampu mendapat satu mata.
Pada perlumbaan malam pertama dalam Formula Satu, iaitu Grand Prix Singapura, Webber bermula dari tempat ke-13. Red Bull menyuruh kedua-dua Webber dan Coulthard untuk memasuki pit apabila kereta keselamatan berada di litar selepas Nelson Piquet, Jr. terhempas. Ketika Webber berada di tempat kedua, beliau mengalami masalah kotak gear, dan menyebabkan beliau bersara pada pusingan ke-29.
Webber kekal bersama Red Bull bagi musim 2009, di mana beliau telah disertai oleh Sebastian Vettel selepas persaraan David Coulthard pada akhir tahun 2008. Selepas kaki Webber patah dalam sebuah kemalangan jalan raya semasa acara amal di Tasmania, beliau kembali untuk melengkapkan ujian pra musim pada 11 Februari dengan bebatang keluli di kakinya.[6]
Di Grand Prix Australia, sebuah kesilapan pada pusingan kelayakan menyebabkan beliau memulakan perlumbaan dari tempat kesepuluh. Pada pusingan kedua perlumbaan, Webber berlanggar dengan Heikki Kovalainen, Adrian Sutil dan Nick Heidfeld, berikutan usaha mereka untuk mengelakkan perlanggaran dengan Rubens Barrichello, yang menyebabkan mereka semua untuk ke pit, kecuali Barrichello.[7]
Di Grand Prix Malaysia, Webber melayakkan diri ke tempat ketujuh, namun dinaikkan dua tempat kedudukan selepas dua pemandu lain menerima penalti. Perlumbaan tersebut diberhentikan selepas hujan monsun, dan perlumbaan tersebut berakhir di bawah keadaan kereta keselamatan dengan Webber di tempat keempat. Beliau kemudiannya diklasifikasikan di tempat kelapan, tetapi siasatan lanjut menyebabkan beliau mendapat tempat keenam. Beliau telah diberikan 1.5 mata kerana perlumbaan tersebut tidak dilengkapkan sepenuhnya. Grand Prix China merupakan satu kejayaan bagi Webber. Beliau bermula dari tempat ketiga, dan perlumbaan ini bermula di bawah keadaan kereta keselamatan kerana hujan lebat. Webber akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Rakan sepasukan, Sebastian Vettel, memenangi perlumbaan tersebut dan ia merupakan kemenangan pertama (dan keputusan 1-2) bagi Red Bull.
Di Grand Prix Sepanyol, Webber bermula dari tempat ketiga dan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, manakala di Monaco, beliau mendapat tempat kelima. Webber sekali lagi mendapat tempat kedua di Grand Prix Turki dan Grand Prix British.
Webber mendapat petak pertama yang pertama dalam kerjaya Formula Satunya di Grand Prix Jerman. Beliau berjaya memenangi perlumbaan tersebut, walaupun menerima penalti pandu dalam pit pada awal perlumbaan kerana menyebabkan perlanggaran yang boleh dielakkan selepas berlanggar dengan pemandu Brawn GP, Rubens Barrichello. Webber memenangi perlumbaan tersebut di hadapan Vettel. Dengan keputusan 1-2 Red Bull ini, Red Bull merapatkan jurang dengan Brawn dalam Kejuaraan Pengeluar. Webber naik ke tangga ketiga dalam Kejuaraan Pemandu Dunia selepas kemenangannya, lalu menjatuhkan Barrichello ke tangga keempat dalam kejuaraan tersebut.[8]
Berikutan Grand Prix Jerman, Webber mendapat tempat ketiga di Grand Prix Hungary. Namun beliau mendapat tempat kesembilan bagi dua perlumbaan seterusnya, dan bersara dalam dua perlumbaan yang lain. Selepas perlumbaan yang malang di Grand Prix Jepun, Webber jatuh ke tempat keempat dalam kejuaraan pemandu dan gagal mendapat sebarang mata. Walau bagaimanapun, beliau menang di Brazil setelah bermula dari tempat kedua. Beliau menamatkan musim di tangga keempat dalam kejuaraan pemandu.
Webber kekal bersama Red Bull bagi musim 2010. Beliau mendapat petak pertama sebanyak lima kali (di Malaysia,[9] Sepanyol,[10] Monaco, [11] Turki[12] dan Belgium); dan memenangi empat perlumbaan (Sepanyol, Monaco, Britain dan Hungary); dan menamatkan perlumbaan di tempat kedua di Malaysia, Belgium, Jepun dan Brazil dan tempat ketiga di Turki dan Singapura. Selepas Grand Prix Monaco, Webber mendahului kedudukan kejuaraan pemandu, dan manjadi orang Australia yang pertama untuk berbuat demikian sejak Alan Jones pada tahun 1981. Pada bulan Jun, Red Bull Racing mengumumkan bahawa Webber telah menandatangani lanjutan kontrak selama satu tahun, bermakna beliau akan kekal bersama mereka untuk musim 2011.
Di Grand Prix Eropah, Webber merempuh ke belakang kereta Lotus kepunyaan Heikki Kovalainen, dan menyebabkan kereta Webber terpelanting di udara, dan melanggar papan iklan di litar dan mendarat secara terbalik. Webber mengalami kecederaan ringandan bersara dari perlumbaan tersebut.
Pada akhir musim, Webber mendapat tempat ketiga dalam kejuaraan pemandu, di belakang Vettel dan Alonso. Beliau telah memimpin kejuaraan pemandu sehingga Grand Prix Korea, di mana beliau gagal menamatkan perlumbaan tersebut. Webber masih berpeluang untuk memenangi kejuaraan tersebut jika Webber memenangi perlumbaan terakhir musim ini di Abu Dhabi dan Alonso perlu menamatkan perlumbaan di tempat ketiga atau rendah. Vettel memenangi perlumbaan tersebut dan memenangi kejuaraan pemandu dan Red Bull memenangi kejuaraan pengeluar.
Webber berlumba dengan keretakan kecil di bahu kanannya bagi empat perlumbaan terakhir musim ini disebabkan sebuah kemalangan berbasikal gunung.[13]
Di Grand Prix British 2011, Webber dianugerahkan Memorial Hawthorn Trophy bagi tahun 2010.[14]
Webber memulakan musim 2011 dengan mendapat tempat kelima di Grand Prix Australia, selepas bermula dari tempat ketiga.[15] Di Malaysia, beliau mendapat tempat ketiga tetapi KERS beliau gagal sepenuhnya pada awal perlumbaan dan jatuh lebih daripada 10 tempat, namun menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan mendapat pusingan terpantas perlumbaan tersebut. Di China, beliau mendapat tempat ketiga dan ia merupakan podium pertamanya bagi musim 2011 dan beliau mendapat satu lagi podium di Turki selepas mendapat tempat kedua. Di Sepanyol, Webber mendapat petak pertama, namun hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat keempat.
Webber mendapat petak pertama di Grand Prix British, namun perlumbaan tersebut tidak berjalan lancar untuk Webber. Beliau menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, manakala Sebastian Vettel mendapat tempat kedua dan Fernando Alonso memenangi perlumbaan tersebut.[16]
Webber mendapat kemenangan yang pertama dan terakhirnya pada tahun 2011 di Brazil, selepas mendahului perlumbaan tersebut selepas rakan sepasukan, Sebastian Vettel, mengalami kerosakan dengan kotak gearnya. Dengan keputusan ini, beliau mendapat tempat ketiga dalam Kejuaraan Dunia Pemandu, di hadapan Fernando Alonso.[17] Webber juga mendapat 7 pusingan terpantas musim ini, dan tiada pemandu lain mendapat lebih daripada tiga pusingan terpantas, dan beliau diberikan anugerah DHL Fastest Lap Award yang pertama dalam kerjayanya.[18]
Pada 27 Ogos 2011, ia telah diumumkan bahawa Webber akan kekal bersama Red Bull bagi musim 2012, dan sekali lagi menjadi rakan sepasukan Vettel[19] Webber mendapat tempat kelima pada pusingan kelayakan di Grand Prix Australia dan menamatkan perlumbaan di tempat keempat.[20]
Webber mendapat tempat keempat di Malaysia, China dan Bahrain. Beliau mendapat tempat pertama untuk Grand Prix Monaco selepas menetapkan masa kedua terpantas pada Q3 tetapi dinaikkan kedudukan selepas Michael Schumacher dikenakan penalti lima-petak kedudukan selepas berlanggar dengan Bruno Senna di Grand Prix Sepanyol. Beliau memenangi perlumbaan tersebut. Ia merupakan kemenangan ketiga berturut-turut bagi pemandu Red Bull Racing di Monaco, dan kali pertama bahawa enam pemandu yang berbeza memenangi enam perlumbaan dalam sebuah musim.[21] Dengan kemenangan ini, beliau menjadi pemandu Australia yang pertama untuk mendapat dua kemenangan di Monaco.
Webber mendapat kemenangan keduanya bagi musim ini di Grand Prix British selepas memotong Fernando Alonso pada saat-saat akhir perlumbaan.[22] Berikutan kemenangan itu, Webber melanjutkan kontraknya bersama Red Bull, dan akan kekal bersama mereka sehingga musim 2013.[23] Webber mendapat petak pertama di Grand Prix Korea, di hadapan rakan sepasukan, Vettel,[24] Namun begitu, Vettel memenangi perlumbaan ini dengan Webber mendapat tempat kedua. Di India, Webber mendapat tempat ketiga selepas mengalami masalah KERS. Beliau bersara di Abu Dhabi dan Amerika Syarikat, sebelum mendapat tempat keempat di Brazil, di mana Vettel memenangi kejuaraan dunia ketiganya.
Webber menamatkan musim di tangga keenam dengan 179 mata.
Musim | Siri | Pasukan | Perlumbaan | Kemenangan | P/Pertama | P/Terpantas | Podium | Mata | Kedudukan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1994 | Australian Formula Ford | Mark Webber | 16 | 0 | 0 | ? | ? | 30 | Ke-13 |
1995 | Australian Formula Ford | Yellow Pages Racing | 16 | 3 | 3 | ? | ? | 158 | Ke-4 |
Australian Drivers' Championship | Birrana Racing | 2 | 0 | 0 | 0 | 2 | 32 | Ke-8 | |
Formula Ford Festival | Van Diemen | 1 | 0 | 0 | 0 | 1 | N/A | Ke-3 | |
1996 | European Formula Ford | Van Diemen | ? | ? | ? | ? | ? | ? | Ke-3 |
British Formula Ford | ? | ? | ? | ? | ? | 113 | Ke-2 | ||
Formula Ford Festival | 1 | 1 | 0 | 0 | 1 | N/A | Pertama | ||
Australian Drivers' Championship | Ralt Australia | 2 | 1 | 0 | 0 | 1 | 20 | Ke-10 | |
1997 | British Formula Three | Alan Docking Racing | 16 | 1 | 3 | 1 | 5 | 127 | Ke-4 |
Macau Grand Prix | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | Ke-4 | ||
Masters of Formula Three | 1 | 0 | 0 | 0 | 1 | N/A | Ke-3 | ||
1998 | FIA GT Championship | AMG Mercedes (GT1) | 10 | 5 | 0 | 0 | 8 | 69 | Ke-3 |
Le Mans 24 Hours | 1 | 0 | 1 | 0 | 0 | N/A | NC | ||
1999 | Le Mans 24 Hours | AMG Mercedes (GTP) | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | DNS |
2000 | International Formula 3000 | European Arrows | 10 | 1 | 0 | 2 | 3 | 21 | Ke-3 |
Formula Satu | Arrows | Pemandu ujian | |||||||
2001 | International Formula 3000 | Super Nova Racing | 12 | 3 | 2 | 3 | 4 | 39 | Ke-2 |
Formula Satu | Benetton | Pemandu ujian | |||||||
2002 | Formula Satu | KL Minardi Asiatech | 17 | 0 | 0 | 0 | 0 | 2 | Ke-16 |
2003 | Formula Satu | Jaguar Racing | 16 | 0 | 0 | 0 | 0 | 17 | Ke-10 |
2004 | Formula Satu | Jaguar Racing | 18 | 0 | 0 | 0 | 0 | 7 | Ke-13 |
2005 | Formula Satu | BMW WilliamsF1 Team | 19 | 0 | 0 | 0 | 1 | 36 | Ke-10 |
2006 | Formula Satu | WilliamsF1 Team | 18 | 0 | 0 | 0 | 0 | 7 | Ke-14 |
2007 | Formula Satu | Red Bull Racing | 17 | 0 | 0 | 0 | 1 | 10 | Ke-12 |
2008 | Formula Satu | Red Bull Racing | 18 | 0 | 0 | 0 | 0 | 21 | Ke-11 |
2009 | Formula Satu | Red Bull Racing | 17 | 2 | 1 | 3 | 8 | 69.5 | Ke-4 |
2010 | Formula Satu | Red Bull Racing | 19 | 4 | 5 | 3 | 10 | 242 | Ke-3 |
2011 | Formula Satu | Red Bull Racing | 19 | 1 | 3 | 7 | 10 | 258 | Ke-3 |
2012 | Formula Satu | Red Bull Racing | 20 | 2 | 2 | 1 | 4 | 179 | Ke-6 |
2013 | Formula Satu | Infiniti Red Bull Racing | 3 | 0 | 0 | 0 | 1 | 26* | Ke-3* |
* Musim sedang dijalankan.
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | Casis | Enjin | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | WDC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2002 | KL Minardi Asiatech | Minardi PS02 | Asiatech AT02 3.0 V10 | AUS 5 |
MAL Ret |
BRA 11 |
SMR 11 |
ESP DNS |
AUT 12 |
MON 11 |
CAN 11 |
EUR 15 |
GBR Ret |
FRA 8 |
GER Ret |
HUN 16 |
BEL Ret |
ITA Ret |
USA Ret |
JPN 10 |
Ke-16 | 2 | |||
2003 | Jaguar Racing | Jaguar R4 | Cosworth CR-5 3.0 V10 | AUS Ret |
MAL Ret |
BRA 9 |
SMR Ret |
ESP 7 |
AUT 7 |
MON Ret |
CAN 7 |
EUR 6 |
FRA 6 |
GBR 14 |
GER 11 |
HUN 6 |
ITA 7 |
USA Ret |
JPN 11 |
Ke-10 | 17 | ||||
2004 | Jaguar Racing | Jaguar R5 | Cosworth CR-6 3.0 V10 | AUS Ret |
MAL Ret |
BHR 8 |
SMR 13 |
ESP 12 |
MON Ret |
EUR 7 |
CAN Ret |
USA Ret |
FRA 9 |
GBR 8 |
GER 6 |
HUN 10 |
BEL Ret |
ITA 9 |
CHN 10 |
JPN Ret |
BRA Ret |
Ke-13 | 7 | ||
2005 | BMW WilliamsF1 Team | Williams FW27 | BMW P84/5 3.0 V10 | AUS 5 |
MAL Ret |
BHR 6 |
SMR 7 |
ESP 6 |
MON 3 |
EUR Ret |
CAN 5 |
USA DNS |
FRA 12 |
GBR 11 |
GER NC |
HUN 7 |
TUR Ret |
ITA 14 |
BEL 4 |
BRA NC |
JPN 4 |
CHN 7 |
Ke-10 | 36 | |
2006 | WilliamsF1 Team | Williams FW28 | Cosworth CA2006 2.4 V8 |
BHR 6 |
MAL Ret |
AUS Ret |
SMR 6 |
EUR Ret |
ESP 9 |
MON Ret |
GBR Ret |
CAN 12 |
USA Ret |
FRA Ret |
GER Ret |
HUN Ret |
TUR 10 |
ITA 10 |
CHN 8 |
JPN Ret |
BRA Ret |
Ke-14 | 7 | ||
2007 | Red Bull Racing | Red Bull RB3 | Renault RS27 2.4 V8 | AUS 13 |
MAL 10 |
BHR Ret |
ESP Ret |
MON Ret |
CAN 9 |
USA 7 |
FRA 12 |
GBR Ret |
EUR 3 |
HUN 9 |
TUR Ret |
ITA 9 |
BEL 7 |
JPN Ret |
CHN 10 |
BRA Ret |
Ke-12 | 10 | |||
2008 | Red Bull Racing | Red Bull RB4 | Renault RS27 2.4 V8 | AUS Ret |
MAL 7 |
BHR 7 |
ESP 5 |
TUR 7 |
MON 4 |
CAN 12 |
FRA 6 |
GBR 10 |
GER Ret |
HUN 9 |
EUR 12 |
BEL 8 |
ITA 8 |
SIN Ret |
JPN 8 |
CHN 14 |
BRA 9 |
Ke-11 | 21 | ||
2009 | Red Bull Racing | Red Bull RB5 | Renault RS27 2.4 V8 | AUS 12 |
MAL 6‡ |
CHN 2 |
BHR 11 |
ESP 3 |
MON 5 |
TUR 2 |
GBR 2 |
GER 1 |
HUN 3 |
EUR 9 |
BEL 9 |
ITA Ret |
SIN Ret |
JPN 17 |
BRA 1 |
ABU 2 |
Ke-4 | 69.5 | |||
2010 | Red Bull Racing | Red Bull RB6 | Renault RS27 2.4 V8 | BHR 8 |
AUS 9 |
MAL 2 |
CHN 8 |
ESP 1 |
MON 1 |
TUR 3 |
CAN 5 |
EUR Ret |
GBR 1 |
GER 6 |
HUN 1 |
BEL 2 |
ITA 6 |
SIN 3 |
JPN 2 |
KOR Ret |
BRA 2 |
ABU 8 |
Ke-3 | 242 | |
2011 | Red Bull Racing | Red Bull RB7 | Renault RS27 2.4 V8 | AUS 5 |
MAL 4 |
CHN 3 |
TUR 2 |
ESP 4 |
MON 4 |
CAN 3 |
EUR 3 |
GBR 3 |
GER 3 |
HUN 5 |
BEL 2 |
ITA Ret |
SIN 3 |
JPN 4 |
KOR 3 |
IND 4 |
ABU 4 |
BRA 1 |
Ke-3 | 258 | |
2012 | Red Bull Racing | Red Bull RB8 | Renault RS27 2.4 V8 | AUS 4 |
MAL 4 |
CHN 4 |
BHR 4 |
ESP 11 |
MON 1 |
CAN 7 |
EUR 4 |
GBR 1 |
GER 8 |
HUN 8 |
BEL 6 |
ITA 20† |
SIN 11 |
JPN 9 |
KOR 2 |
IND 3 |
ABU Ret |
USA Ret |
BRA 4 |
Ke-6 | 179 |
2013 | Infiniti Red Bull Racing | Red Bull RB9 | Renault RS27 2.4 V8 | AUS 6 |
MAL 2 |
CHN Ret |
BHR |
ESP |
MON |
CAN |
GBR |
GER |
HUN |
BEL |
ITA |
SIN |
KOR |
JPN |
IND |
ABU |
USA |
BRA |
Ke-6* | 26* |
‡ Separuh mata diberikan kerana kurang daripada 75% jarak perlumbaan dihabiskan oleh pemenang.
† Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih dari 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.
Tahun | Kelas | No. | Tayar | Kereta | Pasukan | Pemandu kedua | Pusingan | Ked. | Posisi kelas. |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1998 | GT1 | 35 | B | Mercedes-Benz CLK-LM Mercedes-Benz M119 5.0L V8 |
AMG-Mercedes | Bernd Schneider Klaus Ludwig |
19 | DNF | DNF |
1999 | LMGTP | 4 | B | Mercedes-Benz CLR Mercedes-Benz GT108C 5.7L V8 |
AMG-Mercedes | Jean-Marc Gounon Marcel Tiemann |
0 | DNS | DNS |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.