Perbadanan Penyiaran British

From Wikipedia, the free encyclopedia

Perbadanan Penyiaran British

Perbadanan Penyiaran British (bahasa Inggeris: British Broadcasting Corporation, disingkatkan kepada BBC) ialah penyiar perkhidmatan awam British. Beribu pejabat di London, ia merupakan penyiar kebangsaan tertua di dunia, dan penyiar terbesar di dunia mengikut bilangan pekerja, menggaji lebih 21,000 kakitangan secara keseluruhan, di mana kira-kira 17,900 daripadanya berada dalam penyiaran sektor awam.[1][2][3][4][5]

Fakta Segera Jenis/bentuk sah, Industri ...
Perbadanan Penyiaran British
Jenis/bentuk sahBadan berkanun dengan piagam diraja
IndustriMedia massa
PendahuluSyarikat Penyiaran British
Ditubuhkan18 Oktober 1922; 102 tahun yang lalu (1922-10-18) (sebagai Syarikat Penyiaran British)
1 Januari 1927; 98 tahun yang lalu (1927-01-01) (sebagai Perbadanan Penyiaran British)
PengasasKerajaan United Kingdom
Ibu pejabatBroadcasting House, London, England
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
  • Elan Closs Stephens (Pengerusi)
  • Tim Davie (Ketua Pengarah)
Keluaran
Perkhidmatan
Hasil £5.330 bilion (2022)[1]
Pendapatan kendalian £124 juta (2022)[1]
Pendapatan bersih £206 juta (2022)[1]
Jumlah aset £3.414 juta (2022)[1]
Bilangan kakitangan 21,281 (2022)[1]
Pembahagian
Anak syarikatBBC Worldwide, BBC Studioworks, BBC Film, BBC Studios, German Service 
Tapak webbbc.com
IBDB: 83561
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

BBC ditubuhkan di bawah piagam diraja[6] dan beroperasi di bawah perjanjiannya bersama Setiausaha Negara bagi Kebudayaan, Media dan Sukan.[7] Hasil kerjanya dibiayai terutamanya oleh yuran lesen televisyen tahunan[8] yang dikenakan caj kepada semua isi rumah, syarikat dan pertubuhan British menggunakan sebarang jenis peralatan untuk menerima atau merakam siaran televisyen secara langsung atau menonton menggunakan iPlayer.[9] Yuran itu ditetapkan oleh Kerajaan British, dipersetujui oleh Parlimen,[10] dan digunakan untuk membiayai radio, TV, dan perkhidmatan dalam talian BBC yang meliputi negara dan wilayah di UK. Sejak 1 April 2014, ia juga telah membiayai BBC World Service (dilancarkan pada 1932 sebagai BBC Empire Service), yang menyiarkan dalam 28 bahasa dan menyediakan perkhidmatan TV, radio dan dalam talian yang komprehensif dalam bahasa Arab dan Parsi.

Kira-kira satu perempat daripada hasil BBC datang daripada anak syarikat komersialnya BBC Studios (dahulunya BBC Worldwide), yang menjual rancangan dan perkhidmatan BBC di peringkat antarabangsa dan juga mengedarkan perkhidmatan berita antarabangsa 24 jam berbahasa Inggeris BBC World News, dan daripada BBC.com, yang disediakan oleh BBC Global News Ltd. Pada tahun 2009, syarikat itu telah dianugerahkan Anugerah Ratu untuk Perusahaan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian antarabangsanya.[11]

Sejak penubuhannya pada 1922, BBC telah memainkan peranan penting di dalam kehidupan dan budaya British.[12] Ia secara lazimnya dikenali sebagai the Beeb, Auntie, atau gabungan kedua-duanya (Auntie Beeb).[13][14]

Sejarah

Syarikat Penyiaran British yang asal ditubuhkan pada tahun 1922 oleh sekumpulan syarikat telekomunikasi (termasuk anak syarikat General Electric dan AT&T) untuk menyiarkan perkhidmatan radio percubaan. Rancangan pertama disiarkan pada 14 November 1922 dari stesen 2LO yang terletak di Rumah Marconi, London.[15]

Syarikat Penyiaran British, dengan John Reith sebagai pengurus besarnya, kemudian menjadi Perbadanan Penyiaran British pada tahun 1927 apabila ia diiktiraf sebagai perbadanan Piagam Diraja dan tidak lagi merupakan sebuah syarikat persendirian. BBC memulakan penyiaran televisyen percubaan pada tahun 1932 dengan menggunakan sistem 30-talian mekanik penuh. Sistem ini diperkembangkan oleh John Logie Baird. BBC kemudian membekalkan perkhidmatan yang tetap (dikenali sebagai Perkhidmatan Televisyen BBC) pada tahun 1936. Ketika itu, sistem BBC bersilih ganti antara sistem 240-talian mekanik Baird dan sistem 405-talian EMI elektronik penuh. Keunggulan sistem elektronik memperlihatkan sistem mekanik ditamatkan pada akhir tahun tersebut.

Penyiaran televisyen tergendala antara 1 September 1939 hingga 7 Jun 1946 semasa Perang Dunia II. Sebuah mitos bandar yang dilaporkan secara meluas mengatakan bahawa apabila perkhidmatan disambung semula, juruhebah Leslie Mitchell bermula dengan berkata: "Seperti yang saya berkata sebelum saya diganggu dengan biadab..." Sebenarnya, orang pertama yang muncul apabila siaran disambung semula ialah Jasmine Bligh, dan perkataan-perkataannya ialah: "Selamat petang para penonton. Apa khabar? Adakah kamu ingat akan saya, Jasmine Bligh...?" [16]

Persaingan terhadap BBC diperkenalkan pada tahun 1955 dengan kemunculan ITV, sebuah televisyen komersil yang bebas. Disebabkan oleh laporan Pilkington pada tahun 1962 yang memuji BBC dan membidas ITV kerana tidak memberikan rancangan bermutu yang cukup, [17] BBC diberikan kebenaran untuk memulakan saluran TV yang kedua (BBC 2) pada tahun 1964. Dengan itu, salurannya yang lama dinamai semula sebagai BBC 1. BBC 2 disiarkan dengan warna mulai daripada 1 Julai 1967, diikuti oleh BBC 1 dan ITV pada 15 November 1969.

Pada tahun 1974, CEEFAX, perkhidmatan teleteks, diperkenalkan tetapi tidak disiarkan secara in-vision sehingga awal April 1980. Pada tahun 1978, BBC mogok sejurus sebelum Hari Krismas dan dengan itu, menyekat semua penyiaran kedua-dua saluran televisyen dan menyatukan keempat-empat stesen radionya.

Sejak pembatalan kawal selia pasaran televisyen dan radio United Kingdom pada dekad 1980-an, BBC telah menghadapi persaingan yang semakin meningkat dari sektor komersil (dan dari Saluran 4, syarikat penyiaran awam yang dibiayai oleh pengiklan), khususnya perkhidmatan-perkhidmatan televisyen satelit, televisyen kabel, dan televisyen digital.

Bahagian Penyelidikan BBC telah memainkan peranan yang utama dalam pengembangan teknik-teknik penyiaran dan perakaman. Pada masa awal, ia menjalankan penyelidikan yang penting dalam akustik, tingkat penyiaran rancangan, dan pengukuran hingar.

Penyiasatan Hutton pada tahun 2004 dan laporan-laporan susulannya menimbulkan kesangsian tentang piawai kewartawanan dan keberkecualian BBC yang akhirnya mengakibatkan peletakan jawatan ahi-ahli pengurusan atasannya ketika itu.

Perbadanan

Piagam Diraja

BBC merupakan syarikat awam separa berautonomi yang beroperasi sebagai syarikat penyiaran awam yang ditubuhkan di bawah Piagam Diraja yang dikaji semula setiap 10 tahun; maka secara teknikal BBC merupakan separa pertubuhan bukan kerajaan (quango) dan perbadanan awam tidak berjabatan, sungguhpun jarang dianggap sedmikian kerana perbadanan ini ditubuhkan lama sebelum wujudnya istialh ini. Sehingga 2007, Perbadanan ini dikendali oleh sebuah lembaga gabenor yang dilantik oleh Raja atau Ratu British atas nasihat kerajaan untuk satu penggal empat tahun, tetapi mulai 1 Januari 2007 Lembaga Gabenor-Gabenor ini diganti oleh BBC Trust. BBC dikehendaki oleh piagamnya untuk memastikan dirinya bebas dari pengaruh politik dan komersial serta hanya menyambut kehendak penonton dan pendengarnya.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.