Anthony Davidson
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Anthony Denis Davidson (lahir 18 April 1979) ialah seorang pemandu kereta lumba profesional, dan dilahirkan di Hemel Hempstead, Hertfordshire. Beliau dahulunya berlumba dalam Formula Satu untuk pasukan Minardi dan Super Aguri. Davidson pernah menjadi pemandu ujian/atau simpanan bagi pasukan British American Racing, Honda dan Brawn GP. Beliau kini merupakan seorang penganalisis untuk saluran Sky Sports F1 HD dan merupakan seorang pemandu kilang untuk pasukan Toyota Le Mans, dan pemandu simulator untuk Mercedes AMG Petronas.[1]
Remove ads
Kerjaya
Formula Satu
BAR dan Minardi
Pada akhir tahun 2000, Davidson menjadi pemandu ujian untuk British American Racing (BAR) bagi musim 2001.[2] Pada musim seterusnya, Davidson memulakan dua perlumbaan bagi pasukan Minardi, dengan menggantikan Alex Yoong selepas Yoong gagal melayakkan diri untuk 3 perlumbaan. Pada mulanya, Minardi mahukan Justin Wilson untuk mengantikan Yoong, tetapi beliau terlalu tinggi untuk muat di dalam kereta mereka.[3] Davidson memulakan kedua-dua Grand Prix Hungary dan Belgium di belakang rakan sepasukan, Mark Webber, dan gagal menamatkan kedua-dua perlumbaan.[4]
Beliau tidak diberi peluang untuk berlumba pada tahun 2003 dan kekal sebagai pemandu ujian di BAR. Pemandu untuk BAR pada tahun 2003 ialah Takuma Sato dan Jenson Button, yang menyertai pasukan tersebut dari Renault. Apabila Sato telah dinaikkan pangkat untuk menjadi pelumba bagi pasukan selepas Jacques Villeneuve meninggalkan BAR, Davidson diberikan peluang untuk menjadi pemandu ketiga pasukan. Ini amat berguna terutamanya pada tahun 2004 selepas BAR mencipta kereta ketiga untuk sesi latihan bebas pada hari Jumaat, dan Davidson memandu sebagai pemandu ujian bagi setiap Grand Prix bagi musim 2004.
Beliau telah diberikan peluang untuk berlumba, dengan mengantikan Sato untuk Grand Prix Malaysia 2005 kerana Sato kurang sihat. Namun Davidson gagal menamatkan perlumbaan tersebut.
Honda

Pada tahun 2006, Davidson meneruskan peranannya sebagai pemandu ujian untuk BAR, yang kini dimiliki oleh Honda dan diberi nama baru, Honda Racing F1. Kerana BAR gagal untuk menjadi salah satu daripada empat pengeluar utama musim sebelumnya, Honda dibenarkan untuk menguji kereta ketiga mereka pada hari Jumaat dan ia memberikan peranan yang lebih besar kepada Davidson berbanding tahun 2005. Pada tahun 2008, Davidson kembali ke Honda sebagai pemandu ujian untuk menguji kereta mereka di Sepanyol, manakala pemandu ujian Honda, Alexander Wurz, berlumba di Le Mans.
Super Aguri

Pada November 15, 2006, Super Aguri mengesahkan bahawa Davidson akan menjadi rakan pasukan Takuma Sato bagi musim 2007.[5] Oleh itu, beliau menjadi pemandu Formula Satu yang biasa buat kali pertama.
Ampaian belakang kereta Davidson di Grand Prix Hungary patah setelah berlanggar dengan kereta Giancarlo Fisichella, dan memaksanya untuk bersara. Davidson menamatkan musim di tempat ke-23 dan gagal mendapat sebarang tiada mata.

Dalam kemelut masalah kewangan yang mengancam penyertaan mereka untuk terus berada dalam Formula Satu, Super Aguri tetap mengekalkan Davidson dan Sato untuk musim 2008. Walau bagaimanapun, pada 6 Mei 2008, Super Aguri menarik diri dari Formula Satu dan meninggalkan Davidson tanpa kerusi perlumbaan.
Kembali ke Honda
Davidson telah diumumkan sebagai pemandu ujian untuk Honda bagi baki tahun 2008. Pada 5 Disember 2008, Honda menarik diri dari Formula Satu disebabkan masalah kewangan. Ross Brawn membeli pasukan pasukan tersebut dan membentuk Brawn GP, dan Davidson menjadi pemandu ujian bagi pasukan tersebut. Pada 16 November 2009, pembekal enjin, Mercedes-Benz, membeli Brawn GP dan dinamakan semula sebagai Mercedes GP. Davidson meneruskan tugasnya sebagai pemandu ujian dan pembangunan pasukan.
Mercedes (2011-kini)
Davidson telah dikaitkan dengan beberapa pasukan baru yang menyertai Formula Satu pada musim 2010 seperti Virgin dan Lotus.[6] Walau bagaimanapun, Davidson tidak dapat menyertai mana-mana pasukan bagi musim 2010. Beliau kekal bersama Mercedes GP F1 Team sebagai pemandu simpanan dan simulator mereka pada tahun 2010 dan 2011, dan meneruskan peranan simulator beliau pada tahun 2012 dan 2013.
Permainan video Formula Satu Codemaster
Davidson menjadi penasihat untuk Codemasters bagi permainan video F1 2009 (untuk Wii, PSP dan iPhone / iPod Touch) sejak tahun 2009, dan F1 2010 ( juga terdapat untuk PC) yang dikeluarkan pada September 2010. Reka bentuk topi keledarnya boleh dipilih oleh pemain yang bermain permainan video tersebut. Baru-baru ini beliau telah bekerja bersama Codemasters-Birmingham untuk permainan video F1 2011 dan F1 2012.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Pada 11 Ogos 2006, Davidson berkahwin dengan teman wanitanya, Carrie, di Banbury, Oxfordshire. Mereka kini menetap di Brackley.
Rekod perlumbaan
Ringkasan kerjaya
* Musim sedang dijalankan.
† Di samping bersaing dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans, Peugeot Sport hanya bertanding dalam acara terpilih dalam Le Mans 2010 dan American Le Mans Series.
Keputusan lengkap Formula Satu
(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Keputusan 24 Hours of Le Mans
Keputusan lengkap FIA World Endurance Championship
* Musim sedang dijalankan.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
