Perlumbaan auto (juga dikenali sebagai perlumbaan automobil, perlumbaan kereta) adalah sejenis sukan bermotor yang melibatkan pertandingan lumba kereta. Ia merupakan salah satu daripada sukan yang paling ramai ditonton di televisyen.
Mula ditandingi | 28 April 1887 |
---|---|
Ciri-ciri | |
Jantina bercampur | Ya |
Jenis | Permotoran |
Permulaan perlumbaan
Perlumbaan bermula tidak lama selepas kejayaan membina automobil berkuasa petrol yang pertama. Perlumbaan pertama yang diatur adalah pada 28 April, 1887 oleh ketua pengarang akhbar di Paris, Le Vélocipède, Monsieur Fossier.[1] Jarak perlumbaan adalah 2 kilometer bermula dari Jambatan Neuilly ke Bois de Boulogne. Perlumbaan ini dimenangani oleh Georges Bouton dari syarikat De Dion-Bouton, dengan memandu kereta yang beliau bina bersama-sama Albert, the Comte de Dion. Walau bagaimanapun, di sebabkan hanya beliau yang hadir untuk bertanding peristiwa ini sukar untuk diputuskan sama ada ia adalah sebuah perlumbaan ataupun tidak.[1]
- Perlumbaan motorsikal
- Litar lumba
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.