Grand Prix Jerman 2012
From Wikipedia, the free encyclopedia
Grand Prix Jerman 2012 (nama rasmi: Formula 1 Grosser Preis Santander von Deutschland) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang berlangsung pada 22 Julai 2012 di Litar Hockenheimring di Hockenheim, Jerman. Ia adalah perlumbaan kesepuluh bagi musim 2012. Selepas perlumbaan di Nürburgring pada tahun lepas[2], perlumbaan Grand Prix Jerman kembali ke Hockenheimring dan merupakan kali ke-33 litar ini menjadi tuan rumah bagi Grand Prix Jerman. Pemandu Ferrari, Fernando Alonso memenangi perlumbaan ini dengan bermula pada petak pertama dengan Jenson Button mendapat tempat kedua setelah Sebastian Vettel diturunkan kedudukannya ke tempat kelima dan Kimi Räikkönen melengkapi podium di tempat ketiga.
Maklumat perlumbaan | ||
---|---|---|
Perlumbaan ke-10 daripada 20 dalam Formula Satu musim 2012. | ||
![]() Litar Hockenheimring | ||
Tarikh | 22 Julai 2012 | |
Nama rasmi | Formula 1 Großer Preis Santander von Deutschland 2012[1] | |
Lokasi | Hockenheimring, Hockenheim, Jerman | |
Litar | Litar perlumbaan tetap 4.574 km (2.842 batu) | |
Jarak | 67 pusingan, 306.458 km (190.433 batu) | |
Petak pertama | ||
Pemandu | Fernando Alonso | Ferrari |
Masa | 1:40.621 | |
Pusingan terpantas | ||
Pemandu | Michael Schumacher | Mercedes |
Masa | 1:18.725 pada pusingan ke-58 | |
Podium | ||
Pertama | Fernando Alonso | Ferrari |
Kedua | Jenson Button | McLaren-Mercedes |
Ketiga | Kimi Räikkönen | Lotus-Renault |
Ini merupakan perlumbaan Grand Prix yang ke-100 bagi Lewis Hamilton.
Laporan
Latar belakang
Kerana tidak perlumbaan di Hockenheim pada tahun 2011, 2012 merupakan tahun pertama bahawa DRS dan tayar Pirelli digunakan di litar ini. Zon pengesanan DRS terletak di selekoh keempat, dan zon pengaktifannya terletak 260 meter di hujung jalan, supaya ia boleh digunakan menyusuri Parabolika ke selekoh tajam.[3]
- Penalti pemandu
Romain Grosjean dikenakan penalti lima-petak kedudukan selepas pasukannya menemui masalah kotak gearnya.[4] Nico Rosberg dikenakan penalti lima-petak kedudukan kerana menukar kotak gearnya.[5] Mark Webber juga diberikan penalti lima-petak kedudukan kerana menukar kotak gearnya.[6] Sergio Pérez pula dikenakan penalti lima-petak kedudukan kerana menghalang Fernando Alonso dan Kimi Räikkönen pada sesi kelayakan bahagian kedua.[7]
- Pertukaran pemandu
Dani Clos memandu kereta HRT kepunyaan Narain Karthikeyan pada sesi latihan bebas pertama.[8] Jules Bianchi memandu kereta Force India kepunyaan Paul di Resta,[9] sementara Valtteri Bottas sekali lagi memandu kereta Williams kepunyaan Bruno Senna pada sesi yang sama.[10]
Klasifikasi
Kelayakan
Ked. | No. | Pemandu | Pengeluar | Bahagian 1 | Bahagian 2 | Bahagian 3 | Petak |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 5 | ![]() |
Ferrari | 1:16.073 | 1:38.521 | 1:40.621 | 1 |
2 | 1 | ![]() |
Red Bull-Renault | 1:16.393 | 1:38.309 | 1:41.026 | 2 |
3 | 2 | ![]() |
Red Bull-Renault | 1:16.500 | 1:39.382 | 1:41.496 | 8 |
4 | 7 | ![]() |
Mercedes | 1:16.686 | 1:38.010 | 1:42.459 | 3 |
5 | 12 | ![]() |
Force India-Mercedes | 1:16.271 | 1:39.467 | 1:43.501 | 4 |
6 | 18 | ![]() |
Williams-Renault | 1:16.181 | 1:38.731 | 1:43.950 | 5 |
7 | 3 | ![]() |
McLaren-Mercedes | 1:16.507 | 1:38.659 | 1:44.113 | 6 |
8 | 4 | ![]() |
McLaren-Mercedes | 1:16.221 | 1:37.365 | 1:44.186 | 7 |
9 | 11 | ![]() |
Force India-Mercedes | 1:16.352 | 1:39.703 | 1:44.889 | 9 |
10 | 9 | ![]() |
Lotus-Renault | 1:15.693 | 1:39.729 | 1:45.811 | 10 |
11 | 16 | ![]() |
Toro Rosso-Ferrari | 1:16.516 | 1:39.789 | 11 | |
12 | 15 | ![]() |
Sauber-Ferrari | 1:15.726 | 1:39.933 | 12 | |
13 | 14 | ![]() |
Sauber-Ferrari | 1:16.481 | 1:39.985 | 13 | |
14 | 6 | ![]() |
Ferrari | 1:16.265 | 1:40.212 | 14 | |
15 | 10 | ![]() |
Lotus-Renault | 1:16.685 | 1:40.574 | 20 | |
16 | 19 | ![]() |
Williams-Renault | 1:16.426 | 1:40.752 | 15 | |
17 | 8 | ![]() |
Mercedes | 1:15.988 | 1:41.551 | 22 | |
18 | 17 | ![]() |
Toro Rosso-Ferrari | 1:16.741 | 16 | ||
19 | 20 | ![]() |
Caterham-Renault | 1:17.620 | 17 | ||
20 | 21 | ![]() |
Caterham-Renault | 1:18.531 | 18 | ||
21 | 25 | ![]() |
Marussia-Cosworth | 1:19.220 | 19 | ||
22 | 24 | ![]() |
Marussia-Cosworth | 1:19.291 | 21 | ||
23 | 22 | ![]() |
HRT-Cosworth | 1:19.912 | 23 | ||
24 | 23 | ![]() |
HRT-Cosworth | 1:20.230 | 24 | ||
Masa 107%: 1:20.991 | |||||||
Nota:
- Romain Grosjean, Nico Rosberg dan Mark Webber dikenakan penalti lima-petak kedudukan kerana menukar kotak gear mereka sebelum perlumbaan.[11] [12] [13]
- Sergio Pérez dikenakan penalti lima-petak kedudukan kerana menghalang Fernando Alonso dan Kimi Räikkönen pada sesi kelayakan bahagian kedua.[14]
Perlumbaan

Nota:
- ↑1 — Sebastian Vettel diberikan penalti 20 saat selepas perlumbaan kerana memotong Jenson Button pada pusingan ke-66 secara tidak sah, lalu menjatuhkan kedudukannya dari tempat ke-2 hingga ke-5.[16]
Kedudukan kejuaraan selepas perlumbaan
|
|
- Nota: Hanya lima kedudukan teratas dimasukkan dalam senarai.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.