From Wikipedia, the free encyclopedia
Generalisimo[1] (/ˌdʒɛnərəˈlɪsɪmoʊ/ JEN-(ə-)rə-LISS-im) adalah satu pangkat kanan tentera yang tertinggi, lebih atas daripada Fil Marsyal dan pangkat lima bintang lain dalam negara yang mereka gunakan.
Perkataan "generalissimo" berasal daripada bahasa Itali Generale (bahasa Melayu Jeneral), ditambah dengan akhiran -issimo, yang bermaksud "amat, ke gred tertinggi". Pangkat ini dari segi sejarahnya diberi kepada pegawai tentera yang mengetuai keseluruhan tentera darat atau keseluruhan pasukan bersenjata, berada hanya di bawah kedudukan raja. "Generalissimo" kadang kala digunakan di dalam bahasa Inggeris moden bagi merujuk kepada pegawai tentera yang memperolehi kuasa politik melalui rampasan kuasa tentera, atau dalam beberapa kes seseorang yang telah dihalang oleh mekanisme perlembagaan sedia ada dalam usaha untuk mengekalkan kuasa dengan cara kedudukan dalam ketenteraan[perlu rujukan].
Bermula 1834 sehingga 1910, raja-raja Portugal dianggap sebagai "Generalissimo", di dalam pelembagaan mereka yang berperanan sebagai Komander Tertinggi Tentera Darat Portugal.
Terdapat empat pemegang pangkat Rusia atau gelaran "generalisimus" sebelum kurun ke-20. Menshikov memimpin kedua-dua pasukan tentera dan pemerintah dengan mutlak; Aleksei Shein dan Aleksandr Suvorov, lebih merupakan seorang pemimpin tentera berbanding tokoh politik. Anthony Ulrich II, Duke dari Brunswick-Lüneburg (1714–1776), telah dilantik sebagai generalisimus oleh isterinya Anna Leopoldovna, akan tetapi tidak pernah menjadi pemimpin atau pemerintah tentera.
Untuk seketika Baldomero Espartero dan Putera Keamanan, Manuel Godoy, telah dipanggil sebagai generalissimo.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.