Brigedier Jeneral

From Wikipedia, the free encyclopedia

Brigedier Jeneral ialah pangkat yang terdapat di dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia. Ia merupakan pangkat pegawai jeneral yang terendah sebelum Mejar Jeneral. Brigedier Jeneral merupakan lantikan seterusnya setelah pangkat Kolonel. Namun pernah juga berlaku dalam sejarah TDM, seseorang Leftenan Kolonel dinaikan pangkat terus ke Brigedier Jeneral.

Thumb
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera DaratTentera LautTentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil MarsyalLaksamana ArmadaMarsyal TUDM
JeneralLaksamanaJeneral TUDM
Leftenan JeneralLaksamana MadyaLeftenan Jeneral TUDM
Mejar JeneralLaksamana MudaMejar Jeneral TUDM
Brigedier JeneralLaksamana PertamaBrigedier Jeneral TUDM
KolonelKeptenKolonel TUDM
Leftenan KolonelKomanderLeftenan Kolonel TUDM
MejarLeftenan KomanderMejar TUDM
KaptenLeftenanKapten TUDM
LeftenanLeftenan MadyaLeftenan TUDM
Leftenan MudaLeftenan MudaLeftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran IPegawai Waran IPegawai Waran Udara I
Pegawai Waran IIPegawai Waran IIPegawai Waran Udara II
Staf SarjanBintara KananFlait Sarjan
SarjanBintara MudaSarjan Udara
KoperalLaskar KananKoperal Udara
Lans KoperalLaskar Kelas ILaskar Udara Kanan
PrebetLaskar Kelas IILaskar Udara I
PrebetLaskar MudaLaskar Udara II
Perajurit MudaPerajurit MudaPerajurit Muda

Sejarah

Seawal penubuhan Tentera Darat, ia ditadbir oleh pegawai-pegawai British dan mewarisi tradisi dan sistem British. Tentera Darat British menggunakan pangkat Brigadier bagi panglima yang memimpin sesebuah brigade atau briged. Pangkat ini menjadi Brigedier dalam perkhidmatan Rejimen Askar Melayu Diraja dan Tentera Darat Malaysia bagi pemimpin Briged Pertama Persekutuan. Dari segi tafsiran, Brigedier bukanlah pegawai jeneral, (bahasa Inggeris: General officer), sebaliknya ialah pegawai medan, (bahasa Inggeris:Field officer). Ia boleh disifatkan sebagai Kolonel Kanan atau Senior Colonel, sama seperti pangkat Komodor dalam tentera laut. Perbezaan di antara pegawai medan dan pegawai jeneral juga, mirip perbezaan di antara pegawai berbendera dan pegawai kanan tentera laut (bahasa Inggeris: Flag officer, senior officer). Pangkat ini kemudiannya menjadi Brigedier Jeneral untuk memasukannya ke dalam golongan pegawai jeneral.

Insignia


Insignia asal pada bahu Brigedier ialah seperti yang digunakan oleh Tentera British di sebelah kiri, dengan sedikit perubahan. Mahkota England (Mahkota St Edward) ditukar dengan mahkota persekutuan yang mengandungi "Allah" dan "Muhammad", tetapi masih mengekalkan aturan tiga "paku" atau nama sebenarnya bintang Order of Bath. Setelah mengalami perubahan nama kepada Brigedier Jeneral, pangkat ini menampilkan insignia satu bintang seperti yang dipakai sekarang. Insignia satu bintang memudahkannya dikenali setaraf dengan Laksamana Pertama dan Brigedier Jeneral TUDM.

Brigedier Jeneral juga memakai gorget merah beserta bunga padi di kolar baju. Pada pelindung topi beliau pula dihiasi dua baris kalungan padi.

Thumb
Insignia Brigedier Jeneral TDM

Lihat juga

Pangkat Brigedier Jeneral yang sepadan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.