Leftenan Muda

From Wikipedia, the free encyclopedia

Leftenan Muda (singkatan Lt M) merupakan pangkat tentera bagi pegawai bertauliah terbawah di dalam kebanyakan angkatan tentera terutamanya Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perkataan leftenan diterbitkan daripada bahasa Perancis; lieu bermaksud "berada dalam" seperti satu kedudukan; dan tenant bermaksud "menyandang" seperti "menyandang kedudukan"; oleh itu "leftenan" adalah seseorang yang menyandang kedudukan sekiranya ketidak hadiran pegawai lebih kanan dari beliau.

Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera DaratTentera LautTentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil MarsyalLaksamana ArmadaMarsyal TUDM
JeneralLaksamanaJeneral TUDM
Leftenan JeneralLaksamana MadyaLeftenan Jeneral TUDM
Mejar JeneralLaksamana MudaMejar Jeneral TUDM
Brigedier JeneralLaksamana PertamaBrigedier Jeneral TUDM
KolonelKeptenKolonel TUDM
Leftenan KolonelKomanderLeftenan Kolonel TUDM
MejarLeftenan KomanderMejar TUDM
KaptenLeftenanKapten TUDM
LeftenanLeftenan MadyaLeftenan TUDM
Leftenan MudaLeftenan MudaLeftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran IPegawai Waran IPegawai Waran Udara I
Pegawai Waran IIPegawai Waran IIPegawai Waran Udara II
Staf SarjanBintara KananFlait Sarjan
SarjanBintara MudaSarjan Udara
KoperalLaskar KananKoperal Udara
Lans KoperalLaskar Kelas ILaskar Udara Kanan
PrebetLaskar Kelas IILaskar Udara I
PrebetLaskar MudaLaskar Udara II
Perajurit MudaPerajurit MudaPerajurit Muda

Insignia Tentera Darat dan Tentera Laut Malaysia

Pegawai tentera darat yang berpangkat Leftenan Muda memakai satu "paku" di epolet manakala Leftenan Muda TLDM memakai satu "balak" di epolet dan di pergelangan baju musim sejuk.

Thumb
Leftenan Muda TDM
Thumb
Leftenan Muda TLDM

Leftenan Kedua Amerika Syarikat

Thumb
Lencana leftenan kedua Angkatan Tentera Amerika Syarikat.

Di Amerika Syarikat, leftenan kedua ialah pangkat peringkat awal bagi keseluruhan pegawai bertauliah dalam Tentera Darat, Kor Marin, Tentera Udara, dan Tentera Angkasa. Ia setaraf dengan pangkat ensain dalam Tentera Laut, Pengawal Pantai, Kor Tauliah Perkhidmatan Kesihatan Awam, dan Kor Pegawai Tauliah Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan.

Dalam Tentera Darat dan Kor Marin, leftenan kedua lazimnya adalah ketua platun yang memimpin elemen bersaiz platun, yang mengandungi 16 hingga 44 askar biasa atau askar marin. Sebuah platun raifal terdiri daripada beberapa skuad dengan setiap skuad dipimpin oleh pegawai tanpa tauliah sebagai ketua skuad. Leftenan Kedua biasanya dibantu oleh sarjan platun yang menasihati dan menyokong pegawai memerintah platun dalam mengetuai unit itu.

Dalam Tentera Darat AS, sehingga Disember 1917, pangkat ini tidak mempunyai lencana melainkan jalur lengan coklat pada blaus dan lencana kep pegawai dan kord topi.[perlu rujukan] Pada Disember 1917, satu bar berwarna emas yang serupa dengan bar berwarna perak Leftenan Pertama telah diperkenalkan. Dalam slang tentera AS, lencana pangkat itu kadangkala dipanggil "butterbar" atau "brown bar".[1]

Leftenan Kedua United Kingdom

Leftenan Kedua
Second Lieutenant
Thumb
Thumb
Tanda pangkat
Tentera Darat
Tanda pangkat
Marin Diraja
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatanBendera Tentera Darat United Kingdom Tentera Darat Britain
Marin Diraja
Kumpulan pangkatPegawai muda
Singkatan2Lt
Persamaan
NATO
OF-1
Pangkat tinggi seterusnya

Leftenan

Pangkat rendah seterusnya

Pegawai Kadet

Persamaan pangkat tentera lautMidshipman (RN)
Persamaan pangkat tentera udaraPegawai Juruterbang (RAF)

Leftenan Kedua (Second lieutenant) ialah pangkat pegawai muda dalam banyak angkatan tentera. Pangkat pegawai paling rendah, ia biasanya berada di bawah Leftenan atau Leftenan Pertama. Pangkat leftenan kedua (2Lt) telah diperkenalkan oleh Tentera Darat British pada 1877 untuk menggantikan pangkat jangka pendek Leftenan Madya, walaupun ia telah lama digunakan dalam Artileri Diraja, Jurutera Diraja, Fusilier dan rejimen Raifal. Pada mulanya pangkat itu tidak mempunyai lencana yang jelas. Pada tahun 1902, satu bintang Bath telah diperkenalkan; pangkat leftenan dan kapten mempunyai bilangan bintang bertambah dari satu kepada dua dan kepada tiga. Pangkat ini juga digunakan oleh Marin Diraja.

Pegawai baru Tentera Darat British biasanya ditauliahkan sebagai second lieutenant pada akhir kursus pentauliahan di RMA Sandhurst, dan meneruskan latihan khusus dengan unit mereka. Kenaikkan pangkat lieutenant biasanya berlaku selepas setahun. Di dalam angkatan bersenjata British, second lieutenant ialah pangkat yang tidak digunakan sebagai bentuk panggilan. Sebaliknya seorang second lieutenant dinamakan, sebagai contoh, Smith adalah panggilan dan dirujuk sebagai Encik Smith, dengan pengecualian gelaran alternatif ensain (Pengawal Berjalan) dan kornet (dalam Pengawal Berkuda[2] dan Queen's Royal Hussars[3]) masih digunakan. Di dalam Royal Air Force, pangkat setanding ialah Pegawai Juruterbang manakala dalam Royal Navy ialah Midshipman.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.