From Wikipedia, the free encyclopedia
Kapten (Jawi: کڤتن) atau kapitan[1] merupakan satu pangkat atau gelaran dengan pelbagai makna berpincang mengikut konteks disentuh baik dalam bidang pelayaran, tentera, penerbangan, polis, perkhidmatan kecemasan dan sukan, namun umumnya difahamkan menandakan peranan penjawat mengetuai atau memimpin sesebuah pasukan.
Gelaran ini datangnya dari Bahasa Latin capitaneus ("ketua") terbitan perkataan caput yakni "kepala";[2] hal ini boleh diibaratkan dengan penggunaan perkataan "kepala" atau "hulu" (lihat penghulu) merujuk kepada gelaran ketua sesebuah kelompok. Perkataan Latin ini diturunkan kepada dua bentuk Romawi yang diserap dalam bahasa Melayu:
Seseorang kapten tentera dipilih untuk memimpin dan memberi perintah ke atas kompeni askar-askar. Pangkat ini juga lebih umum bertindak sebagai pemerintah kedua pasukan artileri dalam sesebuah angkatan tentera.
Kapten atau nakhoda sesebuah kapal dipertanggungjawabkan atas keselamatan kapal yang dikemudikan dalam pelayaran[6]:4 serta isi yang diangkutkan,[6]:7 kebajikan anak-anak kapal[6]:7-11 serta pematuhan pelayaran kapal dikemudikan mengikut undang-undang perairan setempat dan antarabangsa.[6]:3
Kapten sesebuah pasukan sukan dilantik jurulatih dengan tanggungjawab diamanahkan mengatur strategi dan kerjasama sesama rakan sepasukan semasa sesuatu perlawanan itu berlangsung. Pemilihan seseorang kapten boleh ditentukan tahap keupayaan bermain mahupun kepimpinan.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.