From Wikipedia, the free encyclopedia
Big Stage (digayakan sebagai BIG ST▶GE) merupakan sebuah rancangan pertandingan realiti nyanyian Malaysia yang disiarkan di Astro Ria.[1] Ia memulakan tayangan perdana pada 5 Ogos 2018 dan telah disiarkan sebanyak lima musim dan 42 episod. Alif Satar dan Sherry Alhadad telah mengacarakan kesemua empat musim siri ini sepanjang ia bersiaran. Bermula musim kelima, Elly Mazlein dan Rina Nose akan mengacarakan rancangan ini. Big Stage menampilkan bakat-bakat muda industri muzik tanahair yang lebih terkenal dengan jolokan 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) dan 'Dominasi BBNU' dalam kalangan penggiat dunia hiburan tempatan serta menjadi penanda aras bagi generasi awal BBNU yang ingin kembali aktif dalam bidang muzik.[2]
Big Stage | |
---|---|
Genre | Realiti |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Pengacara |
|
Juri |
|
Lagu pembukaan | "Kuasakan Big Stage" |
Lagu penutup | "Kuasakan Big Stage" (musim 1-Megastar) "Life Is A Big Stage" (musim 5) |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 6 |
Bilangan episod | 42 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Firdaus Mahadi |
Penerbit | Nurul A'in Mohd Noor |
Lokasi | Auditorium MBSA,Shah Alam (musim 1 - megastar) |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 150 minit |
Syarikat penerbitan | ASTRO |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 5 Ogos 2018 – 9 Julai 2023 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Big Stage ialah sebuah rancangan televisyen realiti menampilkan bakat muda generasi alaf baharu dalam industri muzik Malaysia, yang juga dikenali sebagai 'Budak Baru Nak Up' (BBNU).[3][4] Ia memberi kebebasan kepada penyanyi muda yang mempunyai bakat, namun tidak berpeluang untuk melangkah lebih jauh.[3] Menurut Bekas Ketua Stategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Harris dalam temuramah bersama mStar Online: "Menerusi Big Stage, kami memberi platform kepada golongan BBNU yang memiliki daya juang tinggi untuk membawa karya mereka yang selama ini cuma dipertontonkan menerusi alam maya ke alam realiti sebenar. Program ini memberi memberi kebebasan untuk mencari sisi kreatif yang tersendiri agar mampu melonjakkan nilai jenama mereka ke peringkat yang lebih tinggi,".[3]
Format penjurian dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu nasib peserta akan ditentukan berdasarkan permarkahan oleh juri profesional dan undian oleh peminat secara dalam talian. Untuk bahagian pertama, 100% keputusan telah ditentukan oleh juri berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan semasa konsert mingguan. Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara dalam talian, peserta yang mendapat undian terendah akan tersingkir.[5] Musim kedua menampilkan kelainan berbanding musim pertama yang menampilkan 10 peserta, dengan memperkenalkan 12 peserta yang terdiri dari 8 peserta Malaysia, sementara Indonesia, Brunei, Thailand dan Korea Selatan masing-masing mempunyai 1 peserta.[6] Konsert mingguan kedua-dua musim Big Stage telah diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Terdapat perubahan besar dalam musim ketiga apabila ia kembali kepada format asal yang digunapakai dalam musim pertama, iaitu menampilkan peserta tempatan dan tidak mengetengahkan peserta luar negara susulan penularan pandemik COVID-19 dengan tidak membuka ruang perkongsian di peringkat antarabangsa atas sebab-sebab keselamatan bagi menghapuskan pandemik ini.[7] Konsert mingguan yang sebelum ini diadakan di Auditorium MBSA, telah diadakan di lokasi baru iaitu Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Penyanyi Alif Satar dan pelakon/pelawak Sherry Alhadad dipilih sebagai pengacara tetap Big Stage bermula dari musim pertama sehingga musim keempat,[3] sementara pengacara jemputan akan betukar secara bergilir-gilir untuk menggalas peranan sebagai pengacara kapsul harian dan di belakang tabir bermula dari musim seterusnya.
Pengacara tetap |
Pengacara jemputan & Live+ |
Pengacara | Musim 1 | Musim 2 | Musim 3 | Musim 4 | Musim 5 |
---|---|---|---|---|---|
Alif Satar | |||||
Sherry Alhadad | |||||
Harris Annuar | |||||
Eyra Hazali | |||||
Radin | |||||
Sissy Imann | |||||
Hani Fadzil | |||||
Isha Norsham | |||||
Neeta Manis | |||||
Elly Mazlein | |||||
Rina Nose |
Juri yang dipilih untuk musim pertama ialah dua penyanyi tersohor Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.[8][9] Bermula dari musim ini ke atas, juri jemputan akan diundang khas secara bergilir-gilir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembahan.
Untuk musim kedua, Siti kekal sebagai juri tetap dengan pengecualian daripada Faizal. Dua penyanyi tersohor Indonesia, Cakra Khan dan Judika diberikan tugas sebagai juri tetap bersama-sama Siti, bagi menggantikan Faizal.[6][10]
Bermula dari musim ketiga, barisan juri mengalami perubahan. Faizal Tahir kembali menggalas tugas sebagai juri tetap, manakala Siti Nurhaliza menarik diri sebagai juri tetap. Dua ikon muzik terkenal, Ajai dan Dayang Nurfaizah menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap bersama-sama dengan Faizal.[7]
Juri tetap |
Juri jemputan |
Bermula dari musim ketiga, Big Stage telah memperkenalkan sistem baharu dikenali sebagai Presiden Netizen yang mewakili pendapat peminat mengenai persembahan perserta dan suara mereka di media sosial sepanjang bersiaran.[11][12][13]
Setakat ini, lima musim telah disiarkan dengan butiran berikut:
Telah meninggal dunia |
Musim pertama Big Stage memulakan siaran pada 5 Ogos hingga 23 September 2018.[14] Sarah Suhairi ialah juara sulung edisi pertama sekaligus menewaskan 4 peserta lain. Untuk musim ini, Alif Satar dan Sherry Alhadad menggalas tanggungjawab sebagai pengacara, manakala Harris Annuar dan Eyra Hazali mengacarakan rancangan kapsul Live Plus Big Stage. Kerusi juri diduduki oleh Faizal Tahir dan Siti Nurhaliza bersama-sama juri jemputan setiap minggu.
Pengacara: Alif Satar & Sherry Alhadad
Juri Tetap: Faizal Tahir & Dato' Sri Siti Nurhaliza
Bil. Episod: 8
Bil. Peserta: 10
Senarai Peserta Musim 1:
Bintang BBNU | Keputusan | Catatan |
---|---|---|
Sarah Suhairi | Juara (RM100,000) | |
Syafiq Farhain | Naib Juara (RM50,000) | |
Afieq Shazwan | Tempat ke-3 (RM25,000) | |
Wani Kayrie | Tempat ke-4 (RM10,000) | |
Baby Shima | Tempat ke-5 (RM5,000) | |
Ariff Bahran | Tersingkir minggu ke-7 (16 September 2018) | |
Tajul | Tersingkir minggu ke-5 (2 September 2018) | |
Sissy Imann | Tersingkir minggu ke-4 (26 Ogos 2018) | |
Andi Bernadee | Tersingkir minggu ke-3 (19 Ogos 2018) | |
Fara Hezel | Tersingkir minggu ke-2 (12 Ogos 2018) |
Musim kedua Big Stage memulakan siaran pada 18 Ogos hingga 6 Oktober 2019. Musim kali ini menampilkan peserta dari Indonesia, Brunei, Thailand dan Korea selatan selain peserta tempatan. Big Stage mencipta sejarah dengan menobatkan penyanyi kelahiran Korea Selatan, Jang Han-byul sebagai juara sekaligus menewaskan 4 peserta lain. Alif dan Sherry kekal sebagai pengacara. Radin Amir dan peserta musim 1, Sissy Imann menggalas peranan sebagai pengacara rancangan kapsul Live Plus Big Stage, manakala Hani Fadzil menjadi pengacara Studio Big Stage. Faizal menarik diri sebagai juri tetap, Siti kekal sebagai juri tetap bersama-sama Cakra Khan dan Judika bersama juri jemputan setiap minggu.
Pengacara: Alif Satar & Sherry Alhadad
Juri Tetap: Cakra Khan, Judika & Dato' Sri Siti Nurhaliza
Bil. Episod: 8
Bil. Peserta: 12
Senarai Peserta Musim 2:
Bintang BBNU | Keputusan | Catatan |
---|---|---|
Han-byul | Juara (RM100,000) | Bintang Antarabangsa dari Korea Selatan |
Neeta | Naib Juara (RM50,000) | |
Adzrin | Tempat ke-3 (RM25,000) | |
Irfan Haris | Tempat ke-4 (RM10,000) | |
Dinda Permata | Tempat ke-5 (RM5,000) | Bintang Antarabangsa dari Indonesia |
Kucaimars | Tersingkir minggu ke-7 (22 September 2019) | |
Fieya Julia | ||
Santesh | Tersingkir minggu ke-6 (16 September 2018) | |
Chaleeda Gilbert | Tersingkir minggu ke-5 (15 September 2019) | Bintang Antarabangsa dari Thailand |
Syada Amzah | ||
Aziz Harun | Tarik diri pada minggu ke-3 (1 September 2019) | Bintang Antarabangsa dari Brunei Darussalam |
Sheryl Shazwanie | Tersingkir minggu ke-2 (25 Ogos 2019) |
Musim ketiga Big Stage memulakan tayangan perdana pada 16 Ogos hingga 4 Oktober 2020. Edisi kali ini kembali ke format asal yang digunakan dalam musim pertama, dengan perubahan besar dilakukan berikutan pandemik COVID-19. Ini termasuk tidak melibatkan peserta luar negara untuk tujuan keselamatan dan kesihatan, konsert mingguan diadakan dengan jumlah penonton dihadkan sedikit, dengan skala Norma Baharu diamalkan dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang pandemik ini.
Alif Satar dan Sherry Alhadad masih kekal sebagai pengacara. Siti Nurhaliza menarik diri sebagai juri tetap,[15] Faizal kembali menggalas tugas sebagai juri tetap dengan penyertaan Ajai dan Dayang Nurfaizah sebagai juri tetap baharu, bersama juri jemputan akan diundang setiap minggu. Sistem baharu telah diperkenalkan untuk musim ketiga, dikenali sebagai Presiden Netizen yang digalas oleh Caprice, Michael Ang dan Neelofa. Salah seorang peserta musim ketiga, Sandra Dianne meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 11 September 2020. Astro mengumumkan untuk tidak meneruskan konsert minggu kelima. Sebuah konsert khas, #SandraDalamKenangan telah diadakan dua hari kemudian, iaitu pada 13 September bagi memperingati sumbangan beliau terhadap industri muzik tanahair terutamanya sepanjang pertandingan berlangsung.[16] Azzam Sham telah dinobatkan sebagai juara musim ketiga sekaligus menewaskan 4 finalis lain.
Pengacara: Alif Satar & Sherry Alhadad
Juri Tetap: Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah & Ajai
Bil. Episod: 8
Bil. Peserta: 12
Senarai Peserta Musim 3:
Bintang BBNU | Keputusan | Catatan |
---|---|---|
Azzam Sham | Juara (RM100,000) | |
Usop | Naib Juara (RM50,000) | |
Qody Rany | Tempat ke-3 (RM25,000) | |
Dinie Rashid | Tempat ke-4 (RM10,000) | |
Fadh Majid | Tempat ke-5 (RM5,000) | |
Farisha Iris | Tersingkir minggu ke-7 (27 September 2020) | |
Hafiz Zainal | Tersingkir minggu ke-6 (20 September 2020) | |
Nana Sheme | ||
Sandra Dianne | - | Meninggal dunia pada 11 September 2020 kerana kemalangan jalan raya |
Yamani Abdillah | Tersingkir minggu ke-4 (6 September 2020) | |
Amir Hasan | Tersingkir minggu ke-3 (30 Ogos 2020) | |
Hanie Soraya | Tersingkir minggu ke-2 (23 Ogos 2020) |
Musim keempat Big Stage memulakan tayangan perdana pada 6 Februari hingga 27 Mac 2022. Musim kali ini menampilkan peserta dari Indonesia dan Brunei. Sama seperti musim terdahulu, musim keempat masih mengekalkan Presiden Netizen, manakala sistem baharu, Juri Pedas akan diperkenalkan pada minggu pertama.[17] Elica Paujin telah dinobatkan sebagai juara musim keempat sekaligus menewaskan 4 peserta lain. Ini merupakan musim Big Stage terakhir yang menampilkan Alif Satar dan Sherry Alhadad sebagai pengacara.
Pengacara: Alif Satar & Sherry Alhadad
Juri Tetap: Ajai & Dato' Sri Siti Nurhaliza
Bil. Episod: 8
Bil. Peserta: 12
Senarai Peserta Musim 4:
Bintang BBNU | Keputusan | Catatan |
---|---|---|
Elica Paujin | Juara (RM100,000) | |
Danial Chuer | Naib Juara (RM50,000) | |
Aisha Retno | Tempat ke-3 (RM25,000) | |
Yazmin Aziz | Tempat ke-4 (RM10,000) | |
Tegar Septian | Tempat ke-5 (RM5,000) | Bintang Antarabangsa dari Indonesia |
Ajoi Zainal | Tersingkir minggu ke-7 (20 Mac 2022) | |
Megat Rahim | Tersingkir minggu ke-6 (13 Mac 2022) | |
Syafiq Abdilah | Bintang Antarabangsa dari Brunei Darussalam | |
Sofiaa Marieylla | Tersingkir minggu ke-5 (6 Mac 2022) | |
Tuah Adzmi | Tersingkir minggu ke-4 (27 Februari 2022) | |
Lia Aziz | Tersingkir minggu ke-3 (20 Februari 2022) | |
Iqbal Zulkefli | Tersingkir minggu ke-2 (13 Februari 2022) |
Musim kelima Big Stage memulakan tayangan perdana pada 7 Mei 2023 hingga 9 Julai 2023 dengan format baharu diperkenalkan.[18] Elly Mazlein dan Rina Nose akan menggalas tanggungjawab sebagai pengacara, menggantikan Alif Satar dan Sherry Alhadad yang mengacarakan empat musim terdahulu.[19] Nadeera Zaini telah dinobatkan sebagai juara musim kelima sekaligus menewaskan 5 peserta lain.[20]
Pengacara: Elly Mazlein & Rina Nose
Juri Tetap: Ajai & Aina Abdul
Bil. Episod: 10
Bil. Peserta: 13
Senarai Peserta Musim 5:
Bintang BBNU | Keputusan | Catatan |
---|---|---|
Nadeera Zaini | Juara (RM100,000) | |
Waode | Naib Juara (RM50,000) | Bintang Antarabangsa dari Indonesia |
Putera Muhammad | Tempat ke-3 (RM25,000) | |
Hoondoo | Tempat ke-4 (RM15,000) | Bintang Antarabangsa dari Korea Selatan |
Aufahanie | Tempat ke-5 (RM10,000) | |
Puteri Khareeza | Tempat ke-6 (RM5,000) | |
Firdaus Rahmat | Tersingkir minggu ke-9 (2 Julai 2023) | |
Dem Lepak Boyz | ||
Coëx | Tersingkir minggu ke-7 (18 Jun 2023) | |
Farhan Shah | Tersingkir minggu ke-6 (11 Jun 2023) | Bintang Antarabangsa dari Singapura |
Meer Nash | Tersingkir minggu ke-4 (28 Mei 2023) | |
Naufal Azrin | Tersingkir minggu ke-3 (21 Mei 2023) | |
Isaac Voo | Tersingkir minggu ke-2 (14 Mei 2023) |
Megastar Big Stage Nantikan Disember
Senarai Pestera Megastar Big Stage:
Megastar | Umur | Tempat Asal | Cataran |
---|---|---|---|
Sarah Suhairi | 24 | Selangor | Juara BS1 |
Han-byul | 34 | Korea Selatan | Juara BS2 |
Azzam Sham | 27 | Kuala Lumpur | Juara BS3 |
Elica Paujin | 25 | Sabah | Juara BS4 |
Nadeera Zaini | 31 | Johor | Juara BS5 |
Afieq Shazwan | 27 | Selangor | Tempat Ke-3 BS1 |
Irfan Haris | 23 | Johor | Tempat Ke-4 BS2 |
Usop | 27 | Kedah | Naib Juara BS3 |
Versi bahasa Tamil siri ini, Big Stage Tamil ditayangkan secara langsung bermula 12 Mac 2022 di Astro Vinmeen HD.[21][22]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2019 | Anugerah MeleTOP Era 2019 | Program MeleTOP | Big Stage | Tercalon |
Hos MeleTOP | Alif Satar dan Sherry Alhadad | Tercalon | ||
2020 | Anugerah MeleTOP Era 2020 | Program MeleTOP | Big Stage 2: Akhir | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.