Nana Sheme
penyanyi wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Nur Nabilah Hashimi (lahir 20 Mei 1995), dikenali secara profesional sebagai Nana Sheme atau Nanasheme, ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagunya, "Hantu Atau Buaya".[1][2] Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang daripada 12 peserta rancangan pertandingan nyanyian Big Stage musim ketiga.[3]
Nana Sheme | |
---|---|
Maklumat latar belakang | |
Nama lahir | Nur Nabilah binti Hashimi |
Juga dikenali sebagai | Nanasheme |
Kelahiran | Kuching, Sarawak, Malaysia | 20 Mei 1995
Warganegara | Malaysia |
Genre | Pop, R&B |
Pekerjaan | Penyanyi |
Alat muzik | Vokal |
Tahun aktif |
|
Syarikat rakaman | LIFE Records, XENO Production |
Kegiatan berkaitan | Eyza Bahra |
Anggota keluarga/pasangan | |
Suami/isteri | Zikri Zakaria (k. 2022) |
Pautan berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Kerjaya
Beliau mula berkecimpung dalam bidang muzik sewaktu menuntut di peringkat diploma. Namanya mula meraih perhatian peminat selepas lagu "Hantu Atau Buaya" nyanyiannya berjaya menduduki carta 10 lagu popular di pusat karaoke Red Box sepanjang 2015. Beliau memutuskan untuk memperlahankan kerjaya muzik pada 2016 untuk memberi tumpuan pada pelajaran.[4] Namun beliau sempat melancarkan single "Boleh Blah" dan album pertamanya pada Mac.[5]
Beliau kembali dengan single terbarunya, "Ragu-Ragu" yang dikeluarkan pada Mac 2020.[4][6][7] Beliau turut mengambil bahagian dalam projek kolaborasi muzik Make It Through yang turut disertai oleh Zee Avi dan Ayda Jebat.[4]
Big Stage (musim 3)
Beliau menyertai Big Stage musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria, namun beliau tersingkir bersama-sama dengan Hafiz Zainal di konsert minggu keenam, sekaligus gagal mara di konsert minggu seterusnya.[8][9] Berikut ialah senarai lagu persembahan beliau dalam konsert mingguan:
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Starter Pack | "Hantu Atau Buaya" dan "Boleh Blah" | Dirinya sendiri | SELAMAT |
Minggu 2 | Hype Beat | "Mata" | Ayda Jebat | SELAMAT |
Minggu 3 | Duominasi | "Setia" (duet bersama Adzrin) | Elizabeth Tan & Faizal Tahir | SELAMAT |
Minggu 4 | Baby Bash | "Don't Speak" | No Doubt | SELAMAT |
Minggu 5 | #SandraDalamKenangan | |||
Minggu 6 | Rotasi 36T | "Budak Ngam" | Sophia Liana dan Budak Ngam | TERSINGKIR |
Kehidupan peribadi
Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kuching, Sarawak dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Ibunya, Suriana Bt Mohd Butler meninggal dunia pada 2010 akibat kegagalan buah pinggang dan jangkitan kuman dalam darah.[10] Beliau merupakan lulusan dalam Pengajian Pengurusan dan Pembinaan dari Fakulti Senibina dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM).[11][12][13]
Beliau berkahwin dengan penerbit muzik, Zikri Zakaria pada 22 Oktober 2022.[14]
Diskografi
Album
- Nanasheme EP (2016)
Single
- "Permintaan Hati" (2014)
- "Hantu Atau Buaya" (2015)
- "Boleh Blah" (2015)
- "Santai" (ft. Eyza Bahra) (2016)
- "Jom Coffee-Coffee" (2018)
- "Ragu-Ragu" (2020)
- "Cemburu" (2020)
- "R.A.Y.A" (2022)[15][16]
- "Aku Mencoba" (2023)[17][18][19][20]
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2016 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 | Artis Baru Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.