26 Januari merupakan hari ke-26 dalam kalendar Gregory . Tinggal 339 hari (atau 340 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Perundingan Perjanjian Karlowitz
Arthur Phillip
1340 - Raja Edward the Great lll dari England diisytihar Raja Perancis .
1500 - Ahli pelayaran, penjelajah dan konkuistador Sepanyol Vicente Yáñez Pinzón sampai ke pantai utara Brazil kini.
1565 - Kesultanan Decca menewaskan Empayar Vijayanagara dalam Pertempuran Talikota , mengakhiri era kerajaan Hindu besar di India.
1699 - Penandatanganan Perjanjian Karlowitz (gambar) bagi menamatkan Perang Austria-Uthmaniyyah menandakan berakhirnya kawalan Uthmaniyah di kebanyakan Eropah Tengah dan kebangkitan Monarki Habsburg sebagai kuasa dominan di wilayah itu.
1700 - Gempa bumi Cascadia bermagnitud 9 terjadi berhampiran pantai Pasifik di Amerika Barat Laut , sebagaimana yang dibuktikan oleh rekod tsunami Jepun.
1788 - Armada Pertama British yang diketuai oleh Kapten Arthur Phillip (gambar) mendarat di Suak Sydney , di sebelah luar Sydney kini, dan mengasaskan petempatan Eropah tetap yang pertama di Australia.
1808 - Gabenor New South Wales William Bligh digulingkan oleh New South Wales Corps dalam satu-satunya pengambilalihan kerajaan bersenjata yang berjaya dalam sejarah Australia.
1837 - Michigan diterima menjadi negeri Amerika Syarikat yang ke-26.
1841 - United Kingdom secara rasminya menduduki Hong Kong .
1905 - Berlian kasar terbesar pernah dijumpai, Berlian Cullinan ditemui di Cullinan , Gauteng , Afrika Selatan.
1907 - Senapang Short Magazine Lee-Enfield Mk III diperkenalkan secara rasminya kepada tentera British, dan merupakan senapang tentera tertua yang masih digunakan secara rasmi.
1911 - Glenn H. Curtiss menjayakan penerbangan pesawat laut sulung.
1930 - Kongres Kebangsaan India mengisytiharkan 26 Januari sebagai Hari Merdeka atau Hari Poorna Swaraj (Kemerdekaan Sepenuhnya) yang hanya menjadi 20 tahun kemudian.
1934 - Teater Apollo dibuka semula di kawasan Harlem , Bandar Raya New York.
1939 - Perang Saudara Sepanyol : Pihak tentera yang taat kepada Jeneral Francisco Franco menawan Barcelona dengan bantuan Itali.
1950 - Gerakan kemerdekaan India : India menjadi republik, dan Presiden Rajendra Prasad mewarisi Gabenor Jeneral C. Rajagopalachari sebagai ketua negara .
1952 - Sabtu Hitam di Mesir: Rusuhan meletus di pusat perniagaan Kaherah , menyasarkan perniagaan milik British dan golongan atasan tempatan.
1961 - John F. Kennedy melantik Janet G. Travell menjadi pakar perubatan peribadinya, iaitu wanita pertama yang menyandang jawatan tersebut.
1965 - Bahasa Hindi menjadi bahasa rasmi India .
1983 - Program hamparan kerja Lotus 1-2-3 dikeluarkan, menjadi "aplikasi terhandal " pertama Komputer Peribadi IBM .
1988 - The Phantom of the Opera oleh Andrew Lloyd Webber dipentaskan buat julung kalinya di persada Broadway , di Teater Majestic di Bandar Raya New York .
1992 - Boris Yeltsin mengumumkan bahawa Rusia tidak akan menyasarkan senjata nuklear ke arah Amerika Syarikat.
1998 - Skandal Lewinsky : Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton mengumumkan di kaca TV, bahawa beliau tidak pernah ada "hubungan seksual" dengan bekas pelatih White House Monica Lewinsky .
2001 - Sebuah gempa bumi melanda negeri Gujarat , India, meragut lebih 20,000 nyawa.
2006 - Western Union menamatkan khidmat telegramnya .
2009 - Gerhana matahari cincin dapat dilihat di Lautan Atlantik , bahagian selatan Afrika , Lautan Hindi , Kepulauan Cocos , Sumatera , Jawa , Malaysia , Kalimantan , Sulawesi dan berakhir sebelum Mindanao , Filipina.
2009 – Rusuhan meletus di Antananarivo , mencetuskan krisis politik yang membawa kepada penggulingan Presiden Madagaskar Marc Ravalomanana .
2010 - Avatar James Cameron menjadi filem dengan perolehan kasar tertinggi , mengatasi rekod Titanic pada 1997.
2013 - Miloš Zeman terpilih sebagai Presiden Republik Czech .