Senapang

From Wikipedia, the free encyclopedia

Senapang (disebut [sĕ.na.pang], Jawi: سناڤڠ) ialah sejenis senjata api terdiri daripada suatu laras panjang – lebih besar dan panjang daripada pistol dan lebih kecil serta pendek daripada meriam – yang diisi dengan peluru.[1]

Thumb
Sepucuk senapang Minié digunakan semasa Perang Boshin pada abad ke-17

Perkataan ini meminjam dari Belanda: snappaan[2] iaitu sejenis senjata api mudah alih berlaras panjang dan berkancing batu api yang agak berbeza daripada apa yang biasa diketahui masyarakat setempat pada ketika itu;[3][4] ia datang dari cara senjata ini digunakan dengan menarik (snappen) bahagian kancing jenis sebegitu (haan).[2]

Kegunaan

Ia lazim digunakan sebagai alat mempertahankan diri atau mengawal keadaan (seperti menyuraikan rusuhan atau tunjuk perasaan) baik secara persendirian mahupun dalam kalangan pengawal keselamatan dan askar; senapang-senapang ini diisi peluru getah mengurangkan risiko kecederaan awam.

Alat ini juga cocok untuk memburu lagi-lagi di kawasan kurang berpenghuni.

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.